Song Ling tidak mampu melihat lagi, dia berdiri dan berkata, "Timbalan Pengarah, saya yang mengesyorkan kenaikan pangkat Huo Mian, saya gemarkan dia dan faham maksudnya. Dia dah selamatkan nyawa wanita mengandung di Hospital Pertama dengan melakukan pembedahan caesarean kecemasan. Beberapa hari yang lalu, dia selamatkan anak buah Pengarah Wu, Doktor Wu Xiaoxue. Bukankah dia cukup layak?"
"Itu cuma pameran individualisme yang bodoh. Semasa dia cuba menunjuk-nunjuk, dia hampir menjatuhkan reputasi hospital yang dibina berkurun lamanya bersamanya."
Huo Mian tersenyum manis, berdiri dan dengan sopan menggangguk ke arah doktor dan pengarah yang duduk di sekelilingnya sebelum bertanya, "Timbalan Pengarah, saya dengar kamu pernah menjadi pakar neurologi, betulkah?"
"Ya, kenapa?" Timbalan Pengarah itu membalas soalan Huo Mian dengan bongkak.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com