webnovel

Bab 2 : Verse

Mimpi itu semakin panjang. Seperti tidak akan berakhir. Berkali-kali Han menutup matanya agar dia terbangun dari mimpi ini. Tapi masih tetap sama. Dia masih bermimpi.

Han menoleh ke belakang dan dia baru sedar. Ada sebuah hutan di pantai itu. Hutan besar dan segar. Han menuju ke hutan sambil meletakkan kedua tangannya ke dalam poket hoodie.

Bau asap dari hutan itu, menarik perhatiannya yang membuat dia terus melangkah masuk ke hutan. Semakin dia masuk ke dalam hutan, semakin telinganya mendengar suara samar-samar. Seperti orang sedang bersorak?.

"Ketua menang!"

"Jom buat pesta!"

"Ketua.. ajarlah kitaorang,"

"Jemput makan.. jemput makan,"

Han melihat sekeliling. Ada banyak orang di dalam hutan. Sedang menyambut pesta. Seperti baru saja menerima kemenangan.

"Orang berkhemah?" Gumam Han.

"Abang nak makan sekali ke?"

Han menunduk apabila mendengar suara kecil itu. Dia melihat seorang budak lelaki yang berdiri di depannya. Budak lelaki itu sedang menghulur makanan kepadanya.

"Mama masak sedap..."

"Arhgghh, serigala datang!"

Jeritan itu mengalihkan pandangan Han dari budak lelaki itu ke keramaian orang. Semua orang terlihat panik kerana kedatangan sekumpulan serigala yang tak diundang. Bahkan, budak lelaki itu sudah memegang seluar Han. Budak lelaki itu sangat ketakutan.

"Jangan takut, ketua ada! Kita ada ketua!"

Sekumpulan serigala itu berhadapan dengan lelaki tua yang mereka panggil ketua. Semua orang berselindung di belakang lelaki tua itu. Sekumpulan serigala itu seperti tidak mengancam nyawa. Hanya saja serigala itu ingin merebut makanan mereka.

"Ketua kalahkan serigala tu!"

"Kalahkan!"

"Semuanya tenang, kita takkan kalahkan serigala tu. Tapi kita akan buat serigala itu menjadi kawan kita," lelaki tua itu menenangkan keadaan dan duduk mencangkung dihadapan sekumpulan serigala itu.

Han seperti tidak tertarik dengan apa yang terjadi. Dia melepaskan tangan budak lelaki yang memegang seluarnya lalu dia melangkah pergi dari situ. Han tertanya-tanya, bila dia akan terbangun dari mimpi ini?.

"Aku yang kau panggil ketua, aku yang beri kau makan. Duduklah!"

Han tiba-tiba berhenti melangkah apabila mendengar kata-kata lelaki tua itu. Dia terus memandang ke sana dan di sana.. sekumpulan serigala sudah duduk sambil menggoyangkan ekor. Seperti baru saja menerima arahan dari penjaganya.

"Wah.. serigala tu dengar cakap!"

"Cayalah ketua!"

"Verse ketua memang yang terbaik!"

Riak wajah Han berubah. Dia tidak faham tapi verse yang mereka katakan itu, seperti familiar di pendengarannya.

"Ajarlah kitaorang ketua,"

"Hehe.. ada masa saya ajar," lelaki tua itu terlihat malu-malu apabila dapat pujian dari semua orang.

Han menatap lelaki tua itu. Kalau difikir-fikir, wajah lelaki tua itu terlihat familiar. Seperti ada di ingatannya. Tidak, lebih tepatnya lelaki tua itu sudah ada sejak awal difikirannya.

Haaa.. dia sudah ingat. Tapi Han tiba-tiba menggeleng kepala. Mustahil! Dia tersenyum lalu memutuskan untuk keluar dari hutan. Apa yang dia fikirkan? Itu sangatlah mustahil!.