Kegembiraan Rejimen Kadet Baru yang terpamer itu berbeza dengan suasana suram Kumpulan Leiting kerana mereka masih lagi tidak boleh percaya Kumpulan Leiting telah kalah teruk dalam perlawanan ini… Entah bila kali terakhir Kumpulan Leiting merasai kekalahan. Tetapi, perlawanan kali ini telah membuatkan mereka merasainya dan perasaan itu sememangnya tidak seronok.
Lin Zhidong melihat ke arah pentas tinggi itu yang hampir dipenuhi oleh Rejimen Kadet Baru, sambil membuat muka menyampah. Dia tahu waktu sekarang adalah untuk meraikan pemenang dan tidak ada tempat untuk Kumpulan Leiting terus berada di situ. Lagipun, dia juga tidak mahu terus berada di situ dan terus menyaksikan Kumpulan Leiting kehilangan maruah mereka.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com