webnovel

Selama ini, kumpulan Tang Yu menjadi sokongan kepada barisan hadapan dengan menggunakan serangan jarak jauh dari belakang. Mereka yang terdiri daripada mecha kelas khas atau jaguh telah menerima berita tentang kemasukan kumpulan baru mecha musuh, lebih awal daripada mecha biasa.

Tang Yu segera mengunci sasaran ke arah sebuah mecha musuh dan mengezum masuk imej pada layarnya. Apabila nampak bentuk luaran mecha yang biasa dilihatnya, wajah Tang Yu terus berubah pucat. Dia kemudian memilih beberapa mecha lain daripada pasukan mecha musuh yang sedang mara itu secara rawak dan mengezum masuk imej mereka. Dia mendapati kebanyakan mecha musuh terdiri daripada mecha jaguh dan kelas khas dengan nisbah 1 mecha jaguh kepada 4 mecha kelas khas... bilangan mereka mencecah 500 mecha!

Tang Yu tahu ini kemungkinan besar merupakan pilihan akhir musuh dan menandakan pertempuran akhir dalam peperangan ini akan bermula!

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com