webnovel

bab 19 (kain kuning)

Beberapa minit selepas habis bercakap dengan Raisha di dapur pagi tadi, Rizzuan memutuskan untuk pergi kerumah Laila dan meletakkan kain kuning itu. Akibat terlalu sayang dan rindu kepada Laila, dia sanggup menggunakan kain kuning itu, walaupun dia tahu benda itu akan mendatangkan syirik. Rizzuan menarik nafasnya dan lalu dia menekan lonceng rumah Laila itu.

"Ha sapa pulak lah yang tekan lonceng pepetang ni. Aku baru nak mandi pastu nak berehat". Dengan mengeluh itu, Laila bangun dari sofanya dan menuju kearah pagar. Dia membuka pagar itu dan dia terkejut karena yang datang itu Rizzuan. "suprise. hai Laila". "Ri-Rizz, ka-kau buat apa kat sini?. Erm kan aku dah kata jangan datang ke sini lagi kau tak faham bahasa ka ha?!". "Laila please lah bagi aku bercakap dengan kau. Sekejap pun jadilah please". "argh okk fine. Masuklah". Dengan senyuman yang terukir di bibirnya itu, Rizzuan terus masuk ke dalam rumah Laila. "ha sila lah duduk. Aku nak pergi naik atas jap". "eh nak buat apa? jomlah duduk sama". "eh kau kan perangai gatal kau memang tak boleh berubah eh?. Haih aku nak mandi kejap ja bukan lama pun". Laila terus naik keatas dan tinggalkan Rizzuan seorang diri di bawah. "a dia dah naikkan. Fuh". Rizzuan menggangkat punggungnya itu dan lalu dia mencari cari tempat untuk melekat kain kuning itu. Rizzuan sudah menjumpai tempat yang sesuai untuk meletakkan kain kuning itu. Rizzuan mengeluarkan kain kuning itu dan dia menyorok kain kuning itu di dalam almari penyimpanan buku - buku Laila. "aku harap dia atau sesiapa tak perasan kain ni, kalau perasan hah gagal lah mission aku nak dapatkan Laila balik". Rizzuan duduk balik di sofa itu dan dia mendiamkan diri seolah - olah tidak ada benda yang terjadi. Laila turun dan tiba - tiba entah bagaimana kakinya boleh tersadung di tangga.

"AUCH!. Aw aw aw sakit erm sakit". Rizzuan perasan Laila yang tersadung itu dan lalu dia berlari mengdatangi Laila. "Laila kau okk tak ni?. Hm camna boleh jatuh" kata Rizzuan sambil menggangkat Laila perlahan - lahan.

"h-ha ma-mana lah aku tau macam mana boleh jatuh" kata Laila yang tidak tersengaja melihat kearah mata Rizzuan itu. Mata Laila membesar dan nampak gayanya dia macam terpegun apabila melihat Rizzuan. Laila melihat ke mata Rizzuan itu macam baru pertama kali melihat dirinya. "aaaa oppa". "eh hahah kau ni dah kenapa Laila". "h-ha oh takda apa". "oh okk. A cuba kau berdiri elok - elok". Laila perlahan - lahan untuk berdiri, dan dirikan dia sungguh tegak tetapi dia buat - buat kakinya masih sakit. Laila pura - pura terjatuh dan disambut oleh Rizzuan. "eh eh a jangan jatuh". Laila tersenyum apabila Rizzuan menyambutnya. "e-eh hehe thanks sambut". "hahaha no hal lah. Erm okklah Laila aku nak balik dulu kalau ada rezeki kita jumpa lagi ok?". "eh erm laju nya nak balik. Hrm okklah kalau macam tu, kalau ada rezeki kita jumpa lagi". Rizzuan senyum dan lalu dia berjalan menuju kearah pintu untuk keluar.

Rizzuan membuka pintu keretanya dan lantas dia duduk dan menutup pintu kereta. "Wow sungguh berkesan. Tapi aku juga lah kena tanggung risikonya kalau ada apa - apa yang berlaku kepada Laila haih. Eh Rizz kau rasa apa yang kau buat ni betul ke ha? nak sangat ikut cakap si Raisha tu" kata Rizzuan kepada dirinya sendiri. Kebetulan Razin yang baru sampai itu dia perasan akan kereta Rizzuan. "eh kereta Rizz? apa yang dia buat kat rumah Laila ni ee memang nak kena dia ni". Lalu Razin pun menghampiri kereta si Rizzuan itu, dia pun mengetuk cermin tingkapnya. Razin terperanjat dan lantas dia membuka cermin tingkapnya itu.

"Aduh Zin kau nak apa? sesuka hati ja ketuk cermin tingkap orang". "eh aku sepatutnya tanya kau soalan tu. Kau yang nak apa? oh pembetulan, kau yang nak apa datang rumah bakal tunang aku ni?". Telinga Rizzuan seakan - akan merasakan bernanah karena asyik mendengar perkataan bakal tunang dari mulut si Razin. Rizzuan keluar dari kereta itu dan lalu dia menengking Razin sambil memegang bajunya. "EH KAU DENGAR SINI EH!. LAILA TU TAK AKAN JADI TUNANG KAU LAH, JANGAN BERANGAN CAKAP DIA TU BAKAL TUNANG KAU. SIA - SIA AYAH DENGAN IBU HANTAR KAU BELAJAR DEKAT LUAR SANA, TAPI MASIH BODO!". "EH EH EH SEDAP SEDAP KAU KATA AKU BODO EH!. KAU TU LAH YANG BODO!, SEBAB MASIH BERHARAP DEKAT ORANG YANG DAH TAK NAK KAU". "EEEE CAKAP DENGAN KAU NI BUAT AKU SAKIT HATI JE LAH!". Rizzuan terus masuk ke dalam keretanya kembali dan dia menggestart enjin keretanya. Rizzuan menurunkan cermin tingkap keretanya dan lantas dia berkata kepada Razin. "suatu saat, suatu hari dan bila bila masa ja lah kau akan sedar juga yang dia bukan jodoh kau. Jangan kuat bermimpi Zin, ini reality bukan mimpi. Oh and sebelum aku terlupa sapa ja nak kau kan selain si Raisha tu ahahaha. Aku pergi dulu chaw assalammualaikum".

"KURANG AJAR PUNYA RIZZUAN!. TAKPA - TAKPA KAU TUNGGU JA, ADA LORI ADA BAS ADA HARI BOLEH AKU BALAS!".

Tajuk bab kalini Lya letak nama kain kuning sebab Lya tak tahu nama benda tu hehe, tapi Lya tahu benda tu cuma taktahu nama dia ja so Lya letak kain kuning.

-

Walaupun benda itu mendatangkan syirik, Rizzuan tetap pakai benda itu dan meletakkannya di rumah Laila iaitu di almari penyimpanan buku - buku Laila. Ya lah akibat menginginkan Laila kembali dia terpaksa pakai benda itu, dah karena tidak ada jalan lain lagi. Benda itu saja yang boleh merapatkan dan mendapatkan Laila kembali lagi kepadanya.

official_alyaa2creators' thoughts