webnovel

Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras

perkotaan
Sedang berlangsung · 3.1M Dilihat
  • 1206 Bab
    Konten
  • 4.8
    1.3K peringkat
  • NO.200+
    DUKUNG
Ringkasan

Malam sebelum perkahwinan mereka, tunangnya lari bersama-sama perempuan simpanannya. Dengan perasaan kecewa, dia terus memilih lelaki yang berada di hadapan Pejabat Urusan Awam. “Presiden Mo, pengantin perempuan kamu tidak datang dan pengantin lelaki saya sudah lari. Boleh saya cadangkan kita berkahwin?” Sebelum berkahwin, dia berkata, “Kalau kita berkongsi katil yang sama sekalipun, tiada apa-apa yang akan berlaku antara kita!” Selepas berkahwin, si lelaki berkata, “Kalau kita tidak cuba, bagaimana kita mahu tahu?”

Chapter 1Isteri Perkahwinan Segera

Jam 9 malam, satu malam yang indah.

Selepas sesi minum yang agak berlebihan di majlis bujangnya, tunang Tangning datang menjemputnya dan membawanya pulang ke pangsapuri mereka. Apabila dia akhirnya sedar kembali, dia memaksa matanya terbuka sambil menahan sakit kepala yang kuat. Sebaik sahaja penglihatannya semakin jelas, dia dapat melihat bentuk tubuh sepasang lelaki dan perempuan yang asyik bercumbu di dalam bilik yang samar-samar itu.

Seolah-olah dipanah petir, Tangning memerhati pasangan itu dalam keadaan terkejut. Mereka terus bercumbu mesra di tepi katilnya. Amarah mula membara dalam dirinya…

"Yurou, berhenti lah main-main. Tangning baru sahaja tertidur!" Lelaki itu memberi amaran sambil mencengkam pergelangan tangan wanita itu.

"Apa? Kamu takut tunang kamu akan terjaga?" Mo Yurou membalas dengan jengkel. "Kamu akan berkahwin esok. Kenapa kamu tidak boleh serahkan diri kamu kepada saya malam ini?"

"Sayang, kamu ini benar-benar pembuat kacau. Jom pergi ke bilik lain." Lelaki itu senyum menggoda.

"Tidak! Saya nak buat di sini! Saya nak buat di sini di depan dia!" Mo Yurou menanggalkan butang baju lelaki itu dengan cepat tatkala bibir mereka bertemu lagi.

Tangning menahan air matanya daripada mengalir tapi dia dapat merasakan air mata perlahan-lahan menuruni pipinya. Siapa sangka, lelaki yang akan dikahwininya esok akan curang betul-betul di hadapannya.

"Kawal diri kamu. Jom kita ke bilik mandi. Bukankah tab mandi itu tempat kegemaran kamu?"

"Baiklah kalau begitu. Kamu pergi dan penuhkan tab itu dahulu…" Mo Yurou menolak dada lelaki itu ke arah bilik mandi. Sebaik sahaja lelaki itu meninggalkan bilik itu, dia merapati Tangning. Sambil tunduk dan tersenyum dingin, dia berbisik, "Tangning, saya tak akan biarkan kamu dan Yu Fan menandatangani perjanjian itu esok. Saya mengandung, dia milik saya!"

Tangning menggenggam penumbuk sambil menahan perasaannya. Dia berhati-hati untuk tidak membuat sebarang bunyi. Dia hanya sedar yang dunianya sudah hancur musnah apabila terdengar bunyi desahan pasangan tersebut dari bilik mandi.

Tiga tahun yang lalu, Tangning merupakan peragawati terkenal di Beijing. Tetapi, kerana lelaki ini, dia menyerahkan segalanya. Dia melepaskan jawatan yang diusahakannya selama ini kepada Mo Yurou. Nampaknya, segala apa yang dilakukannya hanyalah seperti mempersiapkan gaun perkahwinan untuk orang lain. Tidak! Ini hanyalah mimpi. Ini hanya mimpi buruk yang menakutkan. Semuanya akan kembali seperti asal pada esok hari!

Tangning terus membohongi dirinya sendiri. Pertengahan malam itu, Mo Yurou mengadu yang dia tidak sihat sewaktu dia menuntun tangan Han Yufan keluar dari hotel itu. Kemudian, Han Yufan keluar dan tidak pulang.

Tetapi, mereka akan berkahwin esok!

Keesokan harinya, seperti yang sudah dirancang, Tangning memandu ke Pejabat Urusan Awam dengan senyuman pahit. Sebaik sahaja dia melangkah keluar daripada kereta, dia membuat panggilan telefon kepada Han Yufan. Panggilannya disambut dengan suara dingin. "Mo Yurou cedera di atas pentas. Saya perlu menguruskan hal ini terlebih dahulu. Mari tangguhkan pendaftaran perkahwinan ini ke hari lain."

Sudah tidak ada hari lain, Tangning memberitahu dirinya sendiri dengan kecewa.

Tangning berpusing dan memakai kaca matanya. Dia bersedia untuk meninggalkan tempat itu. Pada waktu itu, matanya tertarik dengan tubuh tinggi lampai yang berjalan ke arahnya. Dia tidak dapat mengendahkan sut retro berwarna biru gelap yang membalut kemas pada tubuh sasa tersebut. Daripada poket hadapan dada sut itu, kelihatan sedikit bucu sapu tangan berwarna merah anggur. Tangning memandang ke bawah dan melihat sepasang kaki panjang yang sempurna bersarung kasut kulit coklat berkilau dipanah mentari.

Lelaki ini mempunyai aura yang sangat kuat, tak ubah seperti raja zaman pertengahan dahulu!

Walaupun dia memakai kaca mata, wajahnya yang terbentuk sempurna dan bibirnya yang menggoda cukup untuk menggugat mana-mana wanita. Terutamanya apabila dia mendekati mereka.

Tangning kenal lelaki ini. Dia ialah CEO Hai Rui Entertainment – Mo Ting. Pada zaman Tangning masih terkenal, mereka pernah berjumpa di majlis tari menari sekali.

Adakah dia akan berkahwin juga pada hari ini?

"Presiden, Cik Chi tidak datang tepat pada waktunya. Dia sudah lewat 10 minit!" pembantu di belakangnya melaporkan.

"Telefon keluarga Chi dan beritahu mereka: sekiranya mereka tidak dapat hadir tepat pada waktunya untuk perkahwinan, mereka tidak perlu datang langsung." Lelaki itu membalas dingin.

"Tapi, pengerusi kata kamu mesti kahwin pada hari ini. Tidak kiralah apa yang terjadi. Dia tidak kisah jika kamu terpaksa berkahwin dengan lelaki berpakaian wanita sekalipun…." Pembantu itu membalas ketakutan.

"Kalau begitu, pilih sahaja lah mana mana perempuan daripada keluarga-keluarga elit. Saya beri kamu setengah jam…" arah lelaki itu. Dia kelihatan agak tidak bertolak ansur.

Oh… jadinya dia juga dilema perkara yang sama walaupun sedikit berbeza.

Mo Ting mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar. Dia semudah-mudahnya boleh memilih mana mana perempuan yang dikehendakinya. Dan sebagai lelaki bujang yang menjadi rebutan, cinta bukanlah keutamaannya. Keutamaannya adalah menguruskan tekanan disuruh berkahwin yang datang daripada ahli keluarganya.

Tiba-tiba, Tangning mendapat satu idea. Sambil menanggalkan kaca matanya, dia berjalan ke hadapan lelaki itu dan mencadangkan dengan lembut, "Presiden Mo, pengantin perempuan kamu tidak datang dan pengantin lelaki saya sudah lari. Bolehkan saya mencadangkan kita berkahwin?"

Pembantu Mo Ting terkaku tidak percaya, mengapakah perempuan ini begitu berani?

Tangning berdiri tegak penuh keyakinan. Dia sudah mengumpulkan seluruh keberaniannya untuk melakukan perkara ini.

Mo Ting menanggalkan kaca matanya, menyerlahkan mata yang gelap seperti dakwat. Anak matanya berkilau seperti berlian. Selepas beberapa ketika, dia berpusing pada pembantunya dan mengarahkan, "Beri maklumat mengenai dia pada saya!"

Sudah tentu lah pembantu Mo Ting tahu siapa Tangning. Dia cepat-cepat mengambil telefon bimbitnya dan mencari nama Tangning. Dia menghulurkan hasil cariannya kepada bosnya. Dua minit kemudian, bibir lelaki itu melengkung sedikit apabila dia membalas dengan sepatah perkataan, "OK!"

Tangning merasakan pertemuannya dengan Mo Ting adalah kejadian yang paling bernasib baik yang pernah dilaluinya. Mo Ting tiada sebab untuk menggunakan perempuan. Dia juga tidak perlukan cinta dan yang paling penting, dia tidak pernah kehabisan perempuan untuk ditiduri.

Yang paling penting, Tangning mahu Han Yufan menyesal dengan keputusannya!

Proses perkahwinan pasangan itu dilakukan dengan cepat. Dalam masa setengah jam sahaja, Tangning sudah memegang sijil perkahwinan di tangannya. Mulai detik ini, dia adalah seorang wanita yang sudah berkahwin.

"Presiden Mo, bolehkah saya bercakap sedikit dengan kamu?"

"Masuk ke dalam kereta!" Mo Ting memakai kaca matanya kembali sambil berjalan keluar dari dewan pendaftaran itu.

Tangning mengikut rapat di belakangnya. Selepas dia memasuki Roll-Royce milik lelaki itu, dia memandang Mo Ting dengan gementar sebelum membuat permintaan. "Terima kasih kerana mengahwini saya. Kalau kami mahukan apa apa daripada saya, sila beritahu saya. Saya akan buat apa sahaja. Namun begitu, saya ada dua permintaan mudah yang saya harap kamu boleh turuti."

"Cakap lah!" Mo Ting membalas letih sambil melonggarkan kolar bajunya.

"Yang pertama, jangan dedahkan hubungan kita, melainkan kamu tiada pilihan. Kedua, jangan masuk campur urusan peribadi saya. Jangan bimbang, memandangkan kita sudah berkahwin, saya tidak akan terlampau rapat dengan lelaki lain."

Selepas mendengar permintaan Tangning, Mo Ting tersenyum sinis sedikit. Aura bahaya memenuhi ruang kereta. "Saya janji pada kamu…tetapi, selepas saya beri kamu sedikir masa untuk uruskan hal masa lalu kamu, saya mahu kita adakan kontrak perkahwinan. Selepas enam bulan, saya akan umumkan perkahwinan kita."

"Terima kasih!" Tangning mengangguk.

"Dan…saya tidak rasa pasangan yang sudah berkahwinan perlu hidup berasingan! Saya beri kamu tiga hari untuk mengemaskan semua barangan kamu dan pindah ke tempat pilihan saya. Pembantu saya akan menghubungi kamu."

Tangning tidak mempunyai sebarang bantahan. Memandangkan mereka sudah berkahwin, permintaan seperti ini munasabah baginya. Jadi dia terus mengangguk bersetuju. "Saya setuju!"

"Bagus!"

Selepas kedua-duanya membuat perjanjian lisan, Tangning keluar daripada kereta Mo Ting dan beredar. Pembantu Mo Ting duduk pada tempat pemandu dan memandang Mo Ting melalui cermin pandang belakang. "Presiden, patutkah kita kembali ke pejabat? Atau kamu mahu saya pulang ke rumah agam dan beritahu pengerusi mengenai berita ini?"

"Ikut Tangning dan laporkan setiap pergerakannya kepada saya!" Mo Ting memberi arahan sebelum keluar dari kereta itu.

Sesuatu pasti telah berlaku jika dia tiba-tiba mengajak Mo Ting berkahwin!

Sebagai presiden sebuah agensi hiburan antarabangsa, sudah tentulah dia pernah mendengar nama Tangning sebelum ini. Tangning pernah menjadi peragawati terkenal dalam industri. Tiga tahun dahulu, dia menolak tawaran daripada agensi hiburan terkenal iaitu Star King yang menyebabkan dia disenarai hitam. Akhirnya, dia mengumumkan berita dia akan menandatangani pernjanjian bersama Tianyi Entertainment dan menjadi topik panas bersama bos syarikat itu, Han Yufan.

Anda Mungkin Juga Menyukai

My Ex (melayu sabahan)

" Jason.. dengar kau cakap begini.. saya rasa tepat betul keputusan saya kasi tinggal kau dulu.. saya langsung tidak menyesal.. tengok perangai kau yang sesedap rasa saja hina orang.. ngam lah keputusan saya tu dulu.. yalah suda jadi kaya tapi makin teruk tu gaya bila kaya.. busuk hati pui!" aku kasi kena dia. geram ba " kalau ko hina aku dulu nda apa lah? Sekarang giliran sia hina ko..  tiba-tiba aku busuk hati? Lara! Among ppl dlm dunia ni aku paling layak marah dan hina ko! Ko yang curang! Mulut sial ko tu yang cakap sia lelaki teda guna? Mana sudah lelaki kaya dan berguna yang ko kejar2 tu?" Bidas Jason berapi-api. "Jadi.. apa sebenarnya yang ko mau?! Ko mau hina-hina sia? Hina ja la bah.. sepuas hati.. sia ok ja ni.. cakap ja tu sumpah seranah yang ko mo kasi sia.. sia terima ja ni" balas ku dengan gaya tenang. Mata Jason berubah garang dengar cakap ku. Tiba-tiba dia mendekat dan tekan aku ke dinding. Aku tersentak. Terkejut. Tidak sangka Jason bertindak macam ni.  "ui!" aku try lepaskan diri. "You made me who I am today Lara. Semua pasal kau.. saya jadi begini.. you to blame!!" Suaranya pertahan tapi penuh geram.  " Then you should thank me and let me go.. kau sudah jadi orang kaya.. hidup senang.. ada segala-galanya.. boleh dapat mana-mana perempuan cantik pun yang kau mau.. apa lagi yang kau nda puas hati? " aku jawab dengan berani. Jarinya menarik dagu ku sampai betul-betul dekat dengan mukanya sampai aku boleh rasa nafasnya di muka ku.  " kau tidak tau apa yang saya lalui sebab apa yang kau buat dengan saya.. tiap hari saya fikir mau jadi kaya saja sebab kau hina saya miskin.. tiap saat saya terbayang-bayang kau curang dan tidur dengan ramai lelaki.. kau tidak tau betapa hancurnya hati saya bila kau cakap saya lelaki tidak berguna.. tiap hari tiap saat saya mau kasi bukti dengan kau yang saya bukan sehina yang kau cakap.." dia stop kijap. Aku nampak matanya macam ada dendam dan luka yang dalam. "Kau tau Lara? Saya sanggup guna jalan kotor untuk berjaya macam sekarang. Kau la racun yang sampai sekarang masih berbisa dalam hati saya.. selagi bisa dalam hati saya ni tidak hilang.. saya tidak akan kasi lepas kau.. saya tidur banyak perempuan.. saya kasi sakit hati ramai perempuan.. semuanya pasal kau!! Saya nda boleh percaya dengan perempuan pun sebab kau curang dengan saya.. kau memang racun Lara!" Jason cakap berapi-api. " Kau tidur dengan banyak perempuan bukan sebab saya, Jason. Buduh punya alasan oh.. Itu sebab kau gatal miang. Mau rasa semua perempuan. Fuck banyak perempuan. Kau sendiri getek mau kasi blame saya pula..." balasku berani. Marah. Geram. Palui betul ba si Jason ni! "Diam! Lara mulut kau kan.. dari dulu memang mulut puaka.. mulut kurang ajar.. " jari Jason cubit bibir ku dengan kasar sambil matanya terbeliak macam mau menelan aku hidup-hidup. " Kau mesti bayar satu persatu.. saya akan pastikan kau Lara.. tidak akan hidup aman.." habis saja cakap itu tiba-tiba bibirnya dengan pantas dan kasar gigit bibir ku. "Ahhh" Aku terkejut dan meronta. Aku tolak dia sepenuh hati. Tapi makin aku meronta makin kasar dan bertubi-tubi Jason cium. Kedua pahu ku dicengkam kuat. Aku rasa bibirku luka digigit dan di hisap Jason. Dia betul-betul gila. Last-last aku mengalah. Aku biar dia terus cium. Bila dia perasan aku tidak lagi melawan. Jason berhenti. Dia tatap mata ku dengan pandangan yang aku tidak faham. " Napa kau buat begini Jason?" Aku tanya perlahan. Sakit hati. Terkejut. segala macam perasaan bercampur. " Aku hukum kau.. " Jason balas selamba. hukum?  " by kissing me dengan paksa?" Tanya ku geram. " ada banyak lagi saya mau buat sama kau.. kau tunggu saja.." jawab Jason sambil ketawa ringan. Dia kasi lepas tangannya dari tubuh ku.

Nico_Robin_2777 · perkotaan
Peringkat tidak cukup
12 Chs

Oh My Crush

Biasanya la kan...kalau kita sukakan seseorang itu, kita yang akan kejar orang yang kita sukakan tu ya tak? Tapi macam mana kalau kali ni, orang yang kita sukakan tu pulak yang kejar kita? Apa yang kau orang akan buat? Macam kisah si Naera Aleena ni..... Naera Aleena ada crush semasa dia sekolah menengah tinggi. Jadi dia berniat hendak lafazkan rasa Sukanya kepada crushnya itu. Cubaannya itu Berjaya. Crush dia sudi untuk menerima permintaannya untuk keluar dating Bersama. Tapi itulah...manusia hanya sekadar mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. ********************* Seperti biasa awal-awal pagi dia akan bersiap untuk ke pejabat bagi membuat persiapan bosnya. Selaku setiausaha, dia gemar hadir sejam lebih awal sebelum bosnya tiba. Namun kehadirannya itu disambut oleh orang lain, bukan bosnya. "Apa maksud tuan ditukar hak milik?"soal Naera dengan muka tergamam. "Ya Naera...mulai hari ini, Syarikat Di Clove berada di bawah pengurusan Triad Convenant...presiden baru syarikat ini adalah Tuan Seth Cain ini..." Seperti baru di siram dengan air sejuk dan ais ke atas kepala, Naera pandang lelaki di belakang meja bosnya Bersama mata terbutang luas. Oh my crush! Macam mana semua ni boleh berlaku? "Se-th?"sebut Naera tergagap sendiri. Kecik betul dunia ni kan?Elok dia nak larikan diri, boleh pulak ada didepan matanya! "Sila beri tunjuk ajar..."sapa Seth semasa memberi renungan tajam ke Naera dan tersenyum sinis. Susah payah, Naera menelan air liur. Sh*t betul! Tak boleh jadi ni! Esok pagi jugak dia pergi jauh dari sini! Naera mengetap gigi seeratnya!Kenapa la dia boleh bertemu semula dengan crushnya di sini?Di syarikat yang sama?Bos dia lagi tu! "Mulai hari ini kamu adalah setiausaha saya..."maklum Seth. Naera pandang tidak berkedip. Masih belum sober dari terkejutnya!

TintaHitamTanpaAra · perkotaan
Peringkat tidak cukup
57 Chs

MR Q DAN MR V

Ruth seorang gadis yang comel dan nakal,sifatnya agak sedikit tulus sehingga nampak kebodohan yang menlucukan,dari keluarga pertengahan,bapaknya memiliki sebuah kedai runcit separuh abad.Ruth tidak mempunyai ibu,tapi mempunyai papa dan dua orang abang yang sangat menyayanggi Ruth dengan sepenuh hati mereka.Aboy abang sulung yang bersifat lembut dan Ate yang sisi tidak pasti baik atau jahat,papa mereka seorang yang kedekut,tapi keluarganya tetap utama. Quan jiran sebelah rumah dan juga teman masa kecil Ruth yang bercita² tinggi,dia sangat pintar dan bergaya,dia seorang anak tunggal di dalam keluarga,jadi dialah harapan ibu bapanya,bapaknya menpunyai sebuah kilang makanan. Villiam seorang chef terkenal yang hemsem berkerja di sebuah restoran lima bintang di kuala lumpur bandar raya yang sibuk,bukan saja hemsem tapi juga pandai masak,satu suka bersaing dan agak romantik. Diana sahabat talam dua muka yang selalu merasakan dia lagi bagus dari Ruth,dari alam persekolahan lagi dia menanggap Ruth sebagai persaingnya dalam diam,tampa Ruth sedari Diana bermain kotor di belakangnya. Ruth dan Quan pernah bercinta,karna salah faham,mereka akhirnya berpisah dan menjalankan kehidupan masing²,di saat Ruth mengenali Villiam.Quan muncul kembali ingin bersama,pada masa yang sama Diana juga muncul sebagai penghalang untuk Quan kembali kepada Ruth.Villiam juga tidak mahu mengalah untuk memiliki Ruth,bagaimana pengakhirannya di antara mereka nanti...

FOX12 · perkotaan
Peringkat tidak cukup
39 Chs
Indeks
Jilid 1
Jilid 2
Jilid 3

peringkat

  • Rata-rata Keseluruhan
  • Kualitas Terjemahan
  • Memperbarui stabilitas
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • latar belakang dunia
Ulasan-ulasan
Disukai
Terbaru
Eda_Edy
Eda_EdyLv5
Zul_Farhan_2775
Zul_Farhan_2775Lv4
NORHAIDAH_EDEH
NORHAIDAH_EDEHLv4
Eda_Edy
Eda_EdyLv5
Zul_Farhan_2775
Zul_Farhan_2775Lv4
Eda_Edy
Eda_EdyLv5
rose_ani
rose_aniLv3
NORHAIDAH_EDEH
NORHAIDAH_EDEHLv4
Zul_Farhan_2775
Zul_Farhan_2775Lv4
Eda_Edy
Eda_EdyLv5

DUKUNG