webnovel

Kerana Perasaan Bersalah

Editor: EndlessFantasy Translation

Dalam bunyi kerlipan lensa kamera yang bertingkah-tingkah, An Zihao berhadapan dengan wartawan dan orang awam dengan tenang. Hujung bibirnya terukir naik membentuk senyuman yang menimbulkan pertanyaan.

Kali terakhir dia berdiri di hapadan begitu ramai penonton ialah bertahun-tahun dahulu ketika Yun Xin menjadi jurucakap antarabangsa untuk jenama VL. Hari ini, dia di sini untuk dirinya. Dia akan lahir semula.

Waktu menunjukkan pukul 3.20 petang.

Sidang media itu bermula dengan rasmi. Kakitangan Cheng Tian mengawal keadaan ketika wartawan diberi masa 15 minit untuk bertanya.

Lan Xi melangkah ke atas pentas dan memandang sekeliling. "Teman media, kamu semua sudah bekerja keras. Berkaitan tajuk besar tular mengenai Cheng Tian, kamu akan diberikan penjelasan penuh hari ini."

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com