webnovel

SEMPURNAKAH AKU UNTUKMU?

Tengku Zara Arianaa/Zara pernah digelar sebagai "Wanita pujaan hati" kerana paras rupanya, adabnya terhadap orang lebih tua dan juga mudah menarik perhatian ramai lelaki walaupun Zara masih 13 tahun. Murid contoh di sekolah. (13 tahun) Tuan Amirul Mikael/Amirul pula digelar sebagai "Lelaki Idaman" kerana paras rupanya juga.. Tidak kira dimana dia berada, perempuan mesti tertarik akan penampilannya. Adabnya pun OK. Agak mengejutkan juga sebab dia ni jenis yang tak suka bercinta waktu sekolah.. Amat tegas orangnya, tetapi manja dan penyayang (pencinta kucing) and tak pernah fall in love pada seseorang pun kerana kejadian yang pernah berlaku. (14 tahun) --------------------------------- Zara terfikir jika dia telah 'ter'jatuh hati pada Amirul.. tapi dia hanya mendiamkan diri sehingga dia bersuara. Amirul sejak sekian lama memendamkan perasaan terhadap Zara, dia terpaksa meluahkan segalanya.. segala isi hatinya kepada Zara. --------------------------------- Semestinya, mereka berdua meluahkan perasaan yang sama pada akhirnya. Adakah Si Heroin betul-betul meluahkan perasaan yang sama? ataupun perasaan yang menyakitkan hati Si Hero? *Selamat membaca!*❤

qissjwoo · Masa Muda
Peringkat tidak cukup
45 Chs

Bab 21: Pastikan cinta itu positif..

"Zara sayang...Mama dengan Papa dah sampai". Mama Zara mengusap kepala Zara.

"Mama....Papa....Danish kat mana?".

"Dia dengan Amirul, kenapa?".Kata Mama.

"Oh...".Zara mengangguk.

"Danish taknak jumpa Zara..Dia sedih".Kata Papa.

"Eh takpe..".Kata Zara.

"Zara rehat dulu.. Mama dengan Papa balik kejap.. Nanti Aa, Yana dengam Amirul jaga, Bye.. Love you sayang".Mama Zara mengelap air mata.

"Mama jangan nangis tau.. Bye..".

Selepas mencium tangan Mama dan Papa Zara.. Mereka terus keluar.

"Awak taknak makan?".Amirul baru masuk kebilik Zara.

"Taknak.. Awak makan lah dulu".Zara mengalihkan pandangannya ke tingkap.. Kat luar tengah hujan..Sejuk.. Aircond pun sejuk..

"Awak tak sejuk?".Tanya Amirul.

"Tak.....".

"Awak taknak balik?".Tanya Zara pula.

"Saya kan jaga awak..".

"Oh haahlah..".

"Apa beza awak dengan KLCC?".Tanya Amirul.

"Hahaha.. Awak jangan nak buat lawak ehh..Tak tahu?".Kata Zara.

"Sekarang ni awak betul-betul milik saya, saya akan jaga awak sampai mati.. Jangan sampai buaya darat betawi perangkap awak..".Amirul tersipu malu.. Zara kembang sepuluh mangkuk.

"Hahaha... Kalau macam tu, saya akan jaga awak daripada buaya betina betawi dari diorang tangkap awak..".Zara tergelak kecil.

"Ok, dear".

"Dear?".

"Yes.. Dear Zara Arianaa yang saya cintai".Amirul mengenyitkan mata.

"Ok, Amirul Muahh".Zara buat flying kiss.

"Taknak tangkap..".Amirul mengenyitkan mata.

"Ok..Nanti bagi kat Ikhwan lah".Gurau Zara. Takkanlah nak bagi kat Ikhwan..

"Eh eh.. Saya tangkap".Amirul cepat-cepat tangkap.

How How you like that! You gon` like that that that that that... Now look at you now look at me.. now look at you now look at me (telefon berdering)..

"Pft".Amirul tergelak kecil.

"Wait a minute".Zara mengangkat telefon dengan pantas.

"Hello? Ni siapa?".Tanya Zara.

"Boleh bukak loud speaker?".Kata lelaki didalam telefon itu.

"Ok, dah".Kata Zara.

"Hai Zara..".Macam pernah dengar suara ni. Lagipun Zara tak tengok nama/siapa yang telefon tu.

"Ikhwan ke ni?".Amirul bertanya.

"Pandainya kau, Mirul.. Eh bukan.. Buaya Darat Betawi, Sarawak..". Kata Ikhwan dengan berlagak.

"Kurang ajar!". Amirul menggenggamkan tangannya.

"Kurang ajar?? Ha ha ha... Kesian aku tengok hidup kau, Mirul".

"Apa yang awak nak??".Zara bertanya.

"Saya nak awaklah... Apa lagi? Takkan dengan buaya pun awak nak??".

"Mak kau tak ajar eh?? Ooo.. Patutlah hidup kau terbiar macam sampahh!!".Amirul mengenakan Ikhwan.

Ikhwan terdiam seketika. Dia berkata.

"Zara, are you 'positif' ?".

Pertanyaan itu membuatkan Zara nak nangis..Amirul mengambil telefon Zara lalu berkata.

"Kau dengar sini, eh..Kalau aku jumpa kau..Siaplah kau nanti!!".Amirul terus 'end call'.

"Kenapa dia cakap macam tu? Aku tahu dia mesti benci aku lepas aku banyak kali reject dia banyak kali.. Tapi aku, baik aku mati lagi bagus rasanya..".Kali ini Zara betul betul tersentuh setelah mendengar kata-kata Ikhwan.

"Jangan cakap macam tu..Tapi aku taknak kau pergi..".Amirul memujuk Zara.

Keadaan terus sunyi sepi selepas memujuk Zara.Amirul keluar daripada wad Zara, itupun sebab Zara kata nak 'rehat'..