Kazzul melangkah ke depan sambil mengamati suasana di sekelilingnya, yang penuh percikan-percikan darah dan mayat-mayat yang bergelimpangan akibat persembelihannya.
Seorang lelaki tua yang berpakaian seperti pendeta sedang memerhatikan remaja itu.
"Wahai anak muda! Kemarilah!" seru lelaki tua itu. Kazzul menuju ke arah seruan itu.
"Apa yang saya patut lakukan selepas ni?" Tanya Kazzul. Lelaki tua itu mengukir senyuman pada bibirnya.
"Memandangkan tugas kamu sudah pun selesai, maka kamu nikmatilah dunia ini sebelum ia menghilang"
"Dengan tanpa adik saya?" Tanya Kazzul. Air matanya mula mengalir. Dia mengenagkan tentang adik kesayangannya yang sudah lama pergi bertemu ilahi.
"Janganlah kamu bersedih wahai anak muda" lelaki tua itu mengelap air mata remaja itu, lalu dia mengeluarkan sebuah kotak bersederhana kecil di sebalik kain jubahnya.
"Walau apa pun terjadi, kamu tetap bersabar dalam ujian di dunia ni" katanya lagi.
"Nah!" Lelaki tua itu memberikan kotak itu pada Kazzul" Ambillah ini bersama ketenangan yang ada pada diri kamu. Ambillah kotak ini dengan hati yang penuh keinginan untuk meraikan keyakinan terhadap diri kamu"
Kazzul membuka kotak itu, maka jelas terpampang di dalamnya terdapat sebuah topeng yang berwarna hitam yang diperbuat daripada kayu. Kazzul mengamati setiap sudut topeng itu. Agak unik ukirannya yang dibuat oleh lelaki tua itu.
"Selepas ini, kamu bukan lagi seorang yang lemah, dan bukan lagi seorang yang ada perasaan. Ingatlah! Suatu hari nanti, kamu akan dapat apa yang kamu inginkan" kata lelaki tua itu.
"Terima kasih..... atas segala tok ajarkan saya tentang... erti kehidupan ini, dan terima kasih juga atas... jasa tok selama ini, yang mengajar saya tentang ilmu ini. Saya berjanji saya akan mengamalkan ilmu ini sehingga akhir hayat saya" ucap Kazzul. Lelaki tua itu tersenyum sambil mengangguk menandakan dia menyahut ucapan itu.
"Tapi....Soalan saya masih lagi tok belum menjawab" kata Kazzul. "Apa yang saya patut lakukan selepas ini?" Lelaki tua itu menghela nafas dalam-dalam untuk menjawab soalan tersebut.
"Buatlah apa yang kamu suka terhadap dunia ini"
"Seperti?" Tanya Kazzul, inginkan kepastian.
"Persiapan diri untuk menguasai dunia ini....."