webnovel

Bab 1

10 tahun kemudian....

Pasir Gudang,Johor.

  Jam loceng yang berada di atas meja berdekatan dengan katil Kazzul berbunyi menyebabkan Kazzul terjaga. Dia menutup penggera tersebut. Badannya dilentukkan sedikit sambil menguap. Dia mencapai tualanya untuk mandi dan mempersiapkan dirinya untuk pergi kerja, sementara adiknya, Kamaliah,sedang menyiapkan sarapan untuk abangnya.

  "Abang! Turun,sarapan!" Seru Kamaliah.

  "Kejaap!"Kazzul yang sedang mandi segera menyahut.

  "Cepat! Nanti makanan ni sejuk!"

  "Ok,ok! Abang turun!"

  Lima belas minit kemudian, Kazzul turun tangga dengan berpakaian serba hitam, baju T-Shirt hitam, jeket labuh hitam dan seluar Jean's hitam. Dia menuju ke ruang dapur lalu dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu.

  Di atas meja, Kamaliah menyediakan sarapan berasaskan adat-adat Melayu. Di depannya, satu pinggan yang berisi nasi lemak, di depan pinggan belah kanan satu mangkuk yang berisi sambal dan tersedia satu sudu, manakala belah kiri pula satu piring berisi potongan-potongan timun yang tersusun seperti bulat. Kazzul tersenyum sinis, walaupun susunannya cantik dari segi sudut, tetapi hati Kazzul terasa janggal.

  "Hmmm, ada kekuranganlah" kata Kazzul sambil memandang Kamaliah dengan pandangan yang tajam.

  "Apa yang kurangnya bang?"

  "Ikan bilis mana ikan bilis? Kacang mana kacang?"

  "Oh! Liah lupa pulak nak bagitau abang, kat rumah kita dah habis ikan bilis, kacang pun sama, nanti sebelum abang nak balik, tolong belikan ikan bilis sekilo, kacang sekilo. Lepas tu belikan bawang besar sekilo, bawang putih sekilo, tomato sekilo, daun limau errr....ambik lima enam helai je, lepastu beli dua peket perencah Tom Yam" pinta Kamaliah panjang lebar.

  "Uish! Banyaknya sekilo-sekilo tu!" Kazzul berkerut dahi.

  "Yelah, untuk stok sebulan kan? Abang pun tahu, yang abang nak makan nasi lemak setiap hari, memang la cepat habis" ujar Kamaliah. Riak muka Kazzul mula berubah. Tanpa banyak soal, dia mula mencedok sambal dan meratakan pada nasi dan mengambil tiga potongan timun.

  Sekali lagi hati Kazzul tidak berpuas hati.

  "Ada lagi yang kurang la" kata Kazzul.

  "Apa lagi yang kurang?" Tangan Kamaliah bercekak pinggang.

  "Mana lauknya?"

  "Haa! Lagi satu, tolong belikan ayam lima ekor ngan telur lima papan" pinta Kamaliah lagi. Mata Kazzul mula terbeliak.

  "Uih, banyaknya nak beli!"

  "Yeah,untuk stok sebulan kan?"

  Kazzul mendengus sambil menyandar pada kerusi. Tanpa membuang masa, dia menyantap kesemua makanan yang ada di depan matanya.

***

KZ Electronic SDN BHD

  Kamarul Zaman meletakkan telefon bimbitnya di atas meja pejabat. Dia membuka butang baju kotnya lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi hitam yang empuk. Kamarul mengambil kesempatan untuk mengeliat. Memandangkan awal pagi lagi dia perlu berada di pejabat.

  Kamarul, seorang kelaki yang berusia lingkungan 20-an, dan dia juga seorang usahawan muda yang berjaya di dunia masa kini. Mempunyai syarikat tersendiri iaitu syarikat KZ Electronic SDN BHD.

  Selepas pintu bilik itu diketuk, Kamarul membenarkan pekerjanya masuk.

  "Selamat pagi tuan" ucap pekerja wanita itu. Diikuti ucapan yang sama dari Kamarul.

  "Ada apa-apa laporan?" Tanya Kamarul.

  "Ada" wanita itu memberikan fail yang berwarna hitam pada Kamarul. Kamarul mengambil fail itu lalu membacanya.

  "Hmmm, ok" Kamarul hanya mengangguk sahaja.

  "Nak dikatakan keuntungan kita pada bulan lepas melebihi apa yang kita telah tetapkan" ujar pekerja wanita itu.

  Waheeda, salah seorang pekerja wanita di syarikat itu, rupanya yang cantik, bentuk badannya yang menarik, sesuai dengan rupa parasnya. Kamarul agak cair dengan si dia. Dan di antara pekerja wanita yang bekerja di syarikat itu, Waheeda lah yang paling ramai diminati kerana dia masih lagi belum berumahtangga. Kini Kamarul ingin mengambil kesempatan terhadapnya.

  "Waheeda...." panggil Kamarul.

  "Ya? Ada apa-apa saya boleh bantu?"

  "Boleh tak tengah hari ni kita lunch bersama?"

  "Boleh,tak ada masalah"

  "Thanks" ucap Kamarul sambil tersenyum. Dia melihat Waheeda dari hujung rambut hingga ke hujung kaki,dan matanya tiba-tiba terpaku pada bahagian dada Waheeda.

  Waheeda berasa tidak senang hati terhadap bosnya, Kamarul. Dia segera meminta diri untuk keluar. Kamarul mengangguk, lalu Waheeda pergi dari situ dengan rasa tidak sedap hati terhadap bosnya.

  Kamarul tersenyum sinis, planing pertama sudah berjaya, kini dia hanya menunggu untuk plan yang kedua pula.

***

  Waheeda melabuhkan punggungnya di atas kerusi pejabat. Dia menyinsing lengan baju kemejanya yang berwarna putih, membetulkan kain labuhnya yang berwarna hitam. Mengikat rambutnya yang hitam lurus menggunakan getah rambut yang diambil dari pergelangan tangan, dan menyelak rambut yang terjuntai ke belakang.

  Waheeda mengeluh, dia meraup wajahnya yang ayu bercampur aduk dengan penuh kerisauan.

  Akimila, rakan sekerjanya, dari tadi melihat riak wajah rakannya. Dia mula menegur.

  "Ida, kau ok tak?" Waheeda berpaling ke arah rakannya.

  "Aku ok, kenapa?" Waheeda buat muka tak ada apa-apa. Menyembunyikan perasaannya yang bercelaru.

  "Tak de lah, aku tengok muka kau lain macaaam je"

  "Aku ok je, tak de ape lah"

  "Kau jangan tipu aku la Ida, aku ni bukannya seminggu dua kawan ngan kau, dah tiga tahun aku kawan ngan kau. Aku tau ni kau ada masalah, aku tau. Muka kau tu pun aku dah tau da yang kau ada sembunyikan sesuatu. Bagi tau je laah" Waheeda mengeluh berat tanda mengalah. Dia memang tidak mampu untuk menipu dengan rakannya, Akimila. Hebat sungguh pemikirannya.

   "Tadi.....aku jumpa bos, hantar laporan"

  "Lepastu?"

   "Lepastu dia nak ajak aku lunch bersama nanti"

  "Kau terima tak?"

  "Terima....." Waheeda mula menunduk.

  "Ha, ok lah tu, ape kenenye yang tiba-tiba muram?" Akimila berkerut dahi.

  "Lepas aku terima, tiba-tiba pulak dia tengok aku lain macaam je. Ngeri pulak aku" jari Waheeda dari tadi asyik menggesek-gesek pada telapak tangannya.

  "Hmm, mungkin bos suka kat kau kot" kata Akimila.

  "Ish! Tak nak aku ngan dia"

  "Hah? Tak nak? Uish.. Rugi kau Da, kalau aku jadi kau, dah lama aku pilih dia, dah la dia tu handsome, kaya, bergaya pulak tu" kata Akimila, manakala Waheeda pula buat muka menyampah. Akimila tergelak kecil melihat wajah rakannya tadi. Dia faham perasaan Waheeda, maruah seorang wanita mesti dijaga. Dia pernah sekali hampir terkena dengan jerat nafsu bosnya sebelum Waheeda bekerja di situ. Seringkali dia mengelak dari tempias nafsu bosnya, dan seringkali itu jugalah bosnya mendekatinya.

  Faizal Rahiman, rakan sekerjanya juga, membawa dua fail untuk diserahkan kepada Akimila.

  "Nah, ini fail untuk bulan ni" kata Faizal.

  "Ok,thanks" Akimila tersenyum manis. Faizal pun membalas senyuman itu.

  "Mila, malam ni you free tak?" tanya Faizal dengan nada perlahan, tetapi dapat didengari oleh orang sebelah.

  "Errmm, free. Kenapa?"

  "Jom, malam ni kita tengok wayang, nak tak?"

  "Nak! Tapi you belanja eh?" Akimila mengenyit sebelah matanya sambil menuding jarinya pada Faizal.

  "Iyee, I belanja" Faizal tersenyum dengan senyuman yang macho, dan terus mencuit pipi gebu Akimila, lalu dia pergi dari situ. Akimila mula terpegun seketika apabila melihat Faizal yang sentiasa bergaya.

  "Uuuu, pakwe ajak tengok wayang" sakat Waheeda pada rakannya. Akimila tersedar dari lamuan. Dia berpaling ke arah Waheeda.

  "Eleh, kau tu lagi la, bos ajak lunch, lagi dahsyat"

  "Amboi, kau niii, mengada la" gurau Waheeda sambil mencubit manja lengan Akimila.

  "Ala, yang penting kita berdua kena ajak jugak kan?" Respon Akimila. Mereka berdua gelak ketawa bersama. Sedangkan mereka berdua tidak perasan bahawa Kazzul sedang memerhatikan mereka dari CCTV melalui telefon bimbitnya. Untuk menunggu mangsanya yang bakal tiba masuk perangkap tidak lama lagi...

***

Tony Decoration Enterprise SDN BHD.

  Kamaliah mengenakan baju formalnya.... Baju kemeja berwarna putih, baju kot berwarna hitam dan skirt paras atas lutut berwarna hitam.... Rambutnya yang hitam lebat diikat seperti "pony tail".

  Kamaliah bekerja di syarikat Tony Decoration Enterprise SDN BHD. Dia suka akan pekerjaan ini kerana ia mempunyai personaliti di dalam pekerjaannya. Bila mana satu perkara yang mempunyai kekurangan atau kecacatan, maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk menyempurnakan perkara tersebut.

  Kamaliah melabuhkan punggungnya di atas kerusi pejabatnya. Terlebih dahulu dia mengemas barang-barang yang berada di atas meja pejabatnya. Setelah usai mengemas, dia menekan butang C.P.U untuk menghidupkan komputernya.

  Azizul Husni, rakan sekerjanya, berjalan berhampiran di tempat penapis air, dia mengusap lehernya, dahaga rasanya di tekak, perit, dia mencari sesuatu di kawasannya, lalu pandangannya terpaku ke arah penapis air itu.

  Azizul mengambil cawan kertas pakai buang di tepi mesin itu. Lalu dia menekan palang air sejuk sehingga penuh. Setelah itu dia terus minum untuk melegakan tekaknya yang kering. Semasa minum, dia terpandang sesusuk tubuh wanita yang ia sukai, bukan kerana cinta, tetapi kerana suka mengenakannya.

  Dia meninggalkan suku air daripada cawan itu. Lalu dia menuju ke belakang Kamaliah yang khusyuk dengan komputernya. Dia terus menuangkan air yang ada di tangannya di belakang kolar Kamaliah untuk mengenakannya. Lantas bekalan elektrik di pejabat itu terputus.

  Suasana di pejabat itu menjadi riuh-rendah kerana "blackout", manakala Kamaliah terus terbangun menggigil kerana kesejukan di belakang badannya. Melentik-lentik badannya. Dia sempat bersumpah seranah pada orang yang mengenakannya sambil ingin mencari siapakah gerangan yang menuangkan air sejuk itu, tetapi tidak nampak apa-apa. Menambahkan lagi kemarahannya.

  Kamaliah merasakan lehernya disentuh besi yang sejuk. Dia ingin menjerit tetapi mulutnya ditutupi tangan yang agak kasar. Lalu satu bisikan menjengah pada pendengaran di telinganya.

  "Diam kalau nak selamat" Kamaliah berasa seram sejuk. Jantungnya terus berdegup kencang. Dia tahu ini adalah satu ugutan. Dan dia yakin bahawa besi yang berada di lehernya adalah pisau. Kamaliah hanya menurut perintah sahaja. Dia tidak mahu nyawanya melayang hanya disebabkan kedegilannya, kerana nyawanya kini berada di tangan si pemilik bisikan itu.

  Tidak lama kemudian,tangan yang menutup mulut Kamaliah mula direnggangkan,manakala tangan yang memegang pisau itu mula menyimpannya. Lalu kedua-dua tangan itu dengan selamba menjelajah di anggota badan Kamaliah. Kamaliah hanya berdiam diri dalam keadaan pasrah. Makin tertekan dengan situasi tersebut.

  Kedua-dua tangan itu semakin lama semakin rakus yang menyebabkan Kamaliah terasa sakit.

  Setelah beberapa minit kemudian,tangan kiri itu mula turun ke bahagian bawahnya. Terasa ngilu dirasa. Agak panik juga dengan situasi itu.

  Beberapa minit sudah pun berlalu, namun rakusan kedua-dua tangan itu masih lagi berterusan. Lalu satu bisikan menjengah lagi.

  "Barang kau memang baik eh Kamaliah? Walaupun barang kau ni tak lah besar mana pun. Badan comel, bawah...lagi la comel, memang sesuai lah" Kamaliah merah padam mendengar bisikan itu.

  "Badan kau masih lagi aku perlukan, bila-bila masa saja aku nak" Kamaliah bernafas laju seperti orang baru lepas lari satu pusingan stadium setelah menahan kegeliannya bercampur dengan rasa tak keruan dihati.

  "Tapi ingat, jangan bagitau sesiapa pun. Lebih-lebih lagi abang kau, iaitu musuh aku" satu bisikan lagi datang.

  Jantung Kamaliah makin berdegup kencang bilamana mendengar bisikan yang terakhir.

  "Ini baru permulaan, Kamaliah, nanti kau persiapkan diri kau untuk permainan yang ke seterusnya...." sambil mengusap pipi Kamaliah yang licin dan melentik-lentik rambutnya di bahagian tepi. Kemudian pemilik bisikan itu pergi dari situ.

  Tidak lama kemudian selepas itu, bekalan elektrik di pejabat itu disambung semula. Kesemua pekerja bersorak kegembiraan, sementara Kamaliah ingin mencari siapa yang membuat sebegitu rupa, namun tidak jumpa. Hanya meninggalkan penat dan kerisauan sahaja yang ada pada dirinya.

  Siapakah dia? Kemana dia pergi? Adakah dia dari orang luar? Ataupun dari dalam? Kamaliah berasa keliru dan mula risau...