Berlari-lari anak Sheena mengejar bayang-bayangnya sendiri, berharap dia akan sampai ke rumah dengan segera. Panggilan daripada uncle-nya sebentar tadi membuatkan dia tidak keruan, mahu sahaja dia menyeru Doraemon agar meminjamkannya pintu sesuka hati agar dia dapat sampai ke rumah dengan sekelip mata. Nasib baik jugalah, Murad yang kebetulan mahu pulang ke rumah menumpangkan dia sampai ke simpang. Dekat sedikit untuk Sheena mahu memecut balik ke rumah.
"Sheena, awak masih kat ladang ke? Awak tak nak balik rumah? Uncle baru dapat panggilan yang ada rombongan nak datang meminang awak petang ini." Nasib baik dia tidak pengsan mendengar perkabaran En. Martin ketika dia sedang makan tengah hari sebentar tadi. Terbayang terus wajah Mike apabila dia mendengar perkataan 'meminang'. Biar betul juga lelaki itu, serius dia datang meminang? Gila. Sungguh gila. Ini memang kerja gila.
Dari kejauhan, dia dapat melihat Pn.Biba sedang bercekak pinggang melihatnya datang. Ini mesti nak marah lagi, Sheena meneka di dalam hati.
"Apa yang lambat sangat sampai nie? Ladang bukannya jauh sangat pun. Takkan awak nak jumpa bakal tunang awak dengan penampilan begini?"
Terdiam Sheena mendengar bebelan Pn.Biba. Dia ambil berat pasal saya kah? Terkejut Sheena apabila bukan marah yang keluar dari mulut Pn.Biba. Pertama kali dalam berbelas tahun ini, Pn.Biba berbicara dengan nada selembut itu dengan dirinya. Kalau selalu, bukan main nyaring lagi suaranya apabila bercakap dengan Sheena. Amazing.
"Huh, tunggu apa lagi? Pergi mandi cepat. Pakaian sudah ada di dalam bilik kamu. Pakai mekap sikit, rambut tue sikat kemas sedikit."
Pantas Sheena berlalu ke dalam biliknya mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik mandi. Masih kurang percaya dengan apa yang terjadi. Satu, Mike serius dengan kata-katanya mahu menghantar rombongan hari ini dan kedua, Pn.Biba baik kepada dirinya. Wow, dia perlu menuliskan ini di dalam diarinya supaya dia boleh ingat sampai bila-bila. Tapi sejak bila dia ada diari? Okay, reminder di dalam handphone supaya setiap tahun dia ingat tentang hari ini dalam sejarah. Padahal dia tahu, baik Pn.Biba ada disebaliknya. Mesti dia gembira kerana Sheena akan bakal meninggalkan rumah mereka. Sedih.
Dress pink, mesti milik Kayla atau Pn.Biba membeli khas untuk dirinya? Sempat ke Pn.Biba ke bandar? Tapi tidak hairan juga jika dress itu masih baru pun. Setiap bulan Pn.Biba dan Kayla akan membeli dress baru yang sehingga tahun hadapan belum tentu akan dipakai (atau sampai bila-bila kerana bilangan dress mereka semakin bertambah). Harga pun bukan calang-calang, kalah-kalah belanja dia sebulan untuk satu dress.
Sheena mengenakan sedikit mekap, hanya untuk mengelakkan mukanya kelihatan terlalu pucat dan rambutnya juga dia sikat kemas. Asalkan tidak terlalu mengerbang, sudahlah. Nanti disangka langsuir pula, jodoh yang datang menyerah diri habis lari mimpi ngeri.
Eh, tersemangat pula dia mahu bersiap! Tadi bukan main dia kebingungan, sekarang tiba-tiba dengan senang hati dia berhias di depan cermin. Kerja gila pun kerja gilalah. Kalau waras pun hidup dia memang sudah tidak ada harapan.
Sheena keluar dari dalam biliknya apabila Pn.Biba datang memanggilnya. Sudah ada tetamu yang datang? Sheena tertanya-tanya. Sambil menunduk, dia menyusul di belakang Pn.Biba. Ala-ala gadis Dusun terakhir gitue, malu-malu kucing. Namun, dia hampir jatuh terjelopok apabila dia terlanggar Pn.Biba yang dia tidak sedari berhenti di hadapannya. Tidak sia-sia satu jelingan tajam Pn.Biba sampai kepadanya. Sheena tersengih seperti kerang busuk. Maaf.
Matanya perlahan-lahan meliar, melihat siapa yang ada di ruang tamu. Okay, tidak ramai. Mungkin kerana semuanya berlaku secara mendadak, Pn.Biba tidak sempat untuk menghebohkan hal tersebut kepada Bawang's Army sekampung atau dia memang sengaja tidak mahu menghebohkannya. Difahami. Hanya sepasang suami isteri yang agak asing bagi Sheena, confirm bukan orang kampungnya. Mungkin ibu bapa Mike dan Mike sendiri. Tenang di posisi sedang bermain dengan telefon bimbitnya. Ketua kampung mereka dan beberapa orang jiran sebelah rumah, Kayla dan Adam. Oh, Adam juga ada! Sheena cepat-cepat membetulkan posisi berdirinya, lebih bergaya. Awak ingat saya tak laku? Tengok, lagi hensem dari awak. Dia mengata di dalam hati, puas hati melihat riak wajah Adam yang kelihatan tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku. Ini pula yang dibincangkan oleh mereka siang tadi. Dia meneka di dalam hati.
"Awak tunggu apa lagi? Tue sana tempat duduk awak, kat sebelah emm..." Pn.Biba memandang Sheena, dia belum berkenalan dengan bakal tunang anak buahnya itu.
"Mike." Sheena menyambung kata-kata Pn.Biba seakan faham. Mike...emm. Dia juga tidak kenal, yang dia tahu nama lelaki itu ialah Mike. Latar belakang? Asal? Umur? Itu semua dia tidak tahu. Gila bukan?
Sepanjang perbincangan dari A sehingga Z, lelaki yang dikenali sebagai Pak Neo sahaja yang bersuara dan sesekali isterinya menyampuk. Mike? Matanya tidak pernah lepas daripada skrin telefon. Hanya sesekali dia memberi 'emm' apabila ditanya oleh Pak Neo menandakan yang dia bersetuju. Okay, dia akan bakal berkahwin dengan jejaka telefon atau dia memang akan berkahwin dengan telefon.
"Kalau boleh, saya mahu majlis perkahwinan kami berlangsung esok."
Hampir tersedak Sheena mendengar kata-kata Mike. Kahwin esok? Dia memandang lelaki itu tajam. Adakah dia memang sudah gila?
En.Martin dan Pn.Biba saling berbalas pandangan, turut terkejut dengan kata-kata Mike tersebut. Siapa yang tidak terkejut, baru hari ini datang merisik dan meminang. Tup,tup, besok mahu berkahwin?
Mata Pn.Biba tertumpu kepada perut Sheena. Pantas Sheena menggeleng. Saya masih suci. Hampir terkeluar kata-kata tersebut dari mulutnya.
"Oh, kenapa perlu tergesa-gesa sangat? Macam mana kami nak buat persediaan kalau begitu cepat sekali?" Pn.Biba bertanya seakan tidak bersetuju. Nasib baiklah dia tidak diserang sakit jantung gara-gara mendengar kata-kata Mike tadi. Dia menjeling memandang suaminya, meminta sokongan.
"Iya...esok itu tinggal beberapa jam untuk membuat sebarang persiapan. Tak elok juga kalau majlis kamu nanti terlalu simple." Ujar En.Martin menyokong kata-kata isterinya. Walaupun Sheena bukan anak kandung mereka tapi at least biarlah dia mendapat majlis perkahwinan yang baik dan meriah.
Mike mencebik tapi matanya masih pada skrin telefonnya.
"Saya tak minta korang yang buat preparation, serahkan sahaja kepada saya. Majlis kami akan kami buat di ibu kota. Jangan risau tentang apa-apa. Tengah malam ini, pakaian kahwin, MUA, catering, tempat dan pengangkutan semuanya akan sedia. Termasuklah pakaian kamu sekeluarga."
Melopong Sheena mendengarnya. Perkahwinan kami? Serius? Dia tidak salah dengar? Siapakah Mike sebenarnya? Kenapa dia boleh menyediakan semuanya dengan hanya sekelip mata sahaja?
Pn.Biba dan En.Martin juga melopong, sudah tidak ada bahan untuk membantah. Apa lagi yang mereka boleh katakan?
"Awak yakin ke tengah malam nie semuanya akan siap? Nak kahwin bukan benda main-main." Sinis kata-kata Kayla yang dari tadi berdiam diri.
"Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, tak perlu risau. Tuan Mike akan pastikan semuanya siap 100% sempurna sebelum tengah malam ini. Apa yang perlu tuan-tuan dan puan-puan lakukan adalah berehat dengan cukup. Awal pagi esok, saya akan hantar orang untuk menjemput kalian semua." Kini giliran Pak Neo pula menjawab bagi pihak Mike. Kayla menarik muka meluat, cemburulah tue.
"Ini bukan scam untuk menipu keluarga kamikan?"
Ujar Adam membuatkan Mike mengangkat mukanya buat kali pertama memandang mereka yang berada di dalam rumah itu. Scam? Menipu? Mike tertawa di dalam hati, harta keseluruhan keluarga itu belum tentu dapat menyamai pendapatan sebulannya, buat apa dia mahu menipu. Kalau dia mahu menipu, lebih baik dia cari keluarga diraja atau jutawan.
"Kalian tidak kenal siapa saya?" Mike bertanya tenang, Pn.Biba dan En.Martin saling berbalas pandangan. Setelah melihat wajah-wajah mereka yang bingung, Mike akhirnya berdiri dari duduknya.
"Maaf, saya lupa memperkenalkan diri saya. Saya Mike Jacob Miles, CEO MJ corporation." Dia diam seketika. Wajah Adam yang tadinya bajet sombong dan angkuh, memucat. Mike Jacob Miles? Bergetar lututnya mendengar nama itu. Itu ialah nama bakal majikannya kelak. En.Martin yang tadinya tenang secara automatik berdiri dari duduknya.
"En.Mike?" Dia bertanya lagi untuk kepastian, kurang percaya. En.Mike yang selalu datang ke ladangnya dari ibu kota untuk belajar pengurusan ladang?
Mike menunduk memberi hormat.
"Kalau masih tidak kenal, mama saya Datuk Alice Miles CEO dan founder SKY corporation Berhad."
Sheena yang tidak mempunyai sebarang idea tentang nama-nama yang disebut hanya memerhatikan tiap gerak geri mereka yang ada di dalam rumah. Kenapa mereka semua seakan baru sahaja melihat hantu? Pucat lesi. Hebat sangatkah MJ corporation, SKY Corporation.
Mike duduk semula di tempatnya, tidak lagi bersuara kerana Adam dan Kayla sudah saling berbisik, begitu juga dengan En.Martin yang menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Biar betul, orang kaya seperti Mike boleh datang ke rumah untuk meminang anak buahnya? Dia melirik kearah Sheena, bagaimana anak gadis tersebut mengenalinya?
"Jadi semuanya sudah selesai bukan? Cik.Sheena akan ikut kami untuk balik ke ibu kota hari ini untuk persiapan. Ahli keluarga yang lain akan kami jemput esok pagi." Ujar Pak Neo, dia tersenyum manis memandang Sheena yang dari tadi berdiam diri di sebelah Mike.
"Cincinnya, bang." Mak Mia berbisik di telinga suaminya itu.
"Oh, saya hampir lupa! Tuan ketua kampung, kalau sudah tidak ada apa-apa halangan lagi, saksi sudah boleh menandatangani surat tunang bukan? Agar mereka boleh saling menyarungkan cincin."
Ketua kampung yang dari tadi berdiam diri, hanya memerhatikan setiap drama di hadapannya sedikit terkejut. Seronok sungguh dia memerhatikan tiap perkara yang terjadi sehingga dia lupa peranannya.
Maka dengan itu, Sheena sah menjadi tunangan Mike. Lelaki yang baru dia kenal beberapa hari yang lalu, lelaki yang dia kenali begitu-begitu sahaja. Yang dia berbual-bual kurang daripada 100 patah perkataan. Hebat. Memang hebat. Dia sendiri tidak menyangka yang dirinya boleh terjebak dengan perkara gila seperti ini.
Sheena merenung bilik kecil yang menjadi tempat dia berehat dan tidur selama beberapa belas tahun dia tinggal bersama Pn.Biba dan En.Martin, bilik yang bakal dia akan tinggalkan sebentar lagi. Adakah dia akan kembali lagi ke bilik itu suatu hari nanti? Hatinya sebak tiba-tiba, walaupun tidak ada kenangan yang cukup manis untuk mahu dia kenang terjadi dalam bilik tersebut tapi hati siapa yang tidak sebak bila meninggalkan satu-satunya tempat yang pernah dia kenali sebagai rumah selepas kepergian mama,papa dan kakaknya. Bilik yang menjadi saksi dirinya belajar bertungkus lumus supaya dia dapat melanjutkan pelajaran (hakikatnya kini dia sudah mahu berkahwin dalam usia 18 tahun). Bilik yang menjadi saksi bagi setiap keluhan dan rungutannya sejajar usianya membesar.
"Awak sudah siap kemas barang-barang awak, Sheena?" En.Martin di belakangnya bertanya. Cepat-cepat dia mengesat air mata yang sudah bergenang di kelopak matanya kemudian memandang lelaki itu sambil tersenyum manis.
"Sudah, uncle."
Ujarnya ringkas, namun dia tewas apabila melihat pandangan sayu En.Martin. Dia memeluk lelaki tua itu erat, dia menganggap lelaki itu sebagai papanya sejak dari dulu lagi. Hanya lelaki itu sahaja yang melayannya sebagai seorang manusia di dalam rumah tersebut. Satu-satunya insan yang menghargai dirinya seperti seorang manusia dan bukan binatang.
"Jaga diri baik-baik, uncle. Jangan lupa pergi hospital. Buat medical check-up. Uncle, selalu jadi pelupa sejak akhir-akhir ini. Jangan tunggu sampai keadaan uncle lebih teruk. Jangan terlalu buat kerja berat, Sheena tidak ada lagi di rumah untuk mahu membantu uncle. Kalau susah sangat, uncle mintalah bantuan Kayla." Panjang lebar Sheena memberikan pesan kepada En.Martin. Lelaki tua itu membelai rambut anak buahnya itu mesra. Matanya terasa pedih, sebak hatinya mendengar kata-kata Sheena. Gadis itu selalu membantu dan mengambil berat tentang dirinya lebih daripada anaknya sendiri, Kayla.
"Awak juga jaga diri baik-baik, Sheena. Bawa diri baik-baik di tempat orang. Jadi isteri yang baik kepada suami kamu kelak. Bila bergaul dengan orang, jaga batasan. Jangan sampai suami kamu marahkan kamu. Ingat Sheena, hidup di kota tidak sama dengan hidup di kampung. Kalau ikutkan uncle, uncle belum mahu Sheena berkahwin tetapi auntie beria-ia sangat mahu Sheena menerima lelaki itu. Kalau ada apa-apa, Sheena boleh balik ke rumah bila-bila masa. Pintu rumah sentiasa terbuka untuk Sheena. Kalau suatu hari nanti, Sheena dilukai kami di sini sentiasa mengalu-alukan kepulangan Sheena."
Air mata Sheena akhirnya tumpah, dia tidak lagi dapat menahan gejolak di dalam hatinya. Pelukannya juga semakin erat. Terima kasih uncle untuk semuanya. Dia berbisik di dalam hati. Saya berjanji akan menjaga nama baik keluarga kita baik-baik selagi saya mampu.
Selesai mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga yang lain, Sheena masuk ke dalam kereta. Walaupun yang sedih dengan pemergian Sheena hanyalah En Martin. Pn.Biba? Kayla? Mereka hanya memandang tanpa perasaan. Mungkin hanya cemburu. Sebelum ini mereka menyangka yang Mike hanyalah seorang lelaki biasa, tidak menyangka yang dia merupakan seorang anak orang berpengaruh. Kalaulah mereka tahu awal-awal, atau kalaulah Pn.Biba tahu awal-awal, dia akan menjodohkan Kayla dengan Mike dan bukannya Sheena. Melepas mendapat menantu orang kaya.
Sheena duduk di tempat duduk belakang bersama dengan Mak Mia. Manakala, Pak Neo pula duduk di sebelah bangku pemandu. Mike tidak membenarkan lelaki itu membawa kereta kerana perjalanan mereka agak jauh dan hari sudah sedikit gelap. Dia tahu penglihatan Pak Neo agak bermasalah pada waktu malam kerana silau. Sebab itulah dia dengan senang hati menawarkan diri untuk memandu sendiri.
Matanya melirik memandang pantulan Sheena dari cermin belakang, selesai satu masalah. Kini tinggal mahu menyelesaikan perkara paling senang iaitu menjadikan gadis itu sebagai isterinya. Kemudian dia boleh meneruskan rancangannya ke tahap yang lebih tinggi iaitu membuka perniagaan dalam bidang baru. Merealisasikan rancangannya untuk mengusahakan ladang ternakan kambing dan lembu. Kemudian, mengeksport susu dan daging ke luar negara. Pendapatannya boleh berlipat kali ganda lagi. Mike tersenyum di dalam hati.
Sepanjang perjalanan, keadaan sunyi sepi. Mak Mia terlentok di sebelahnya begitu juga dengan Pak Neo. Hanya sesekali dia terdengar Mike yang sedang memandu berdehem. Sheena mulai mempersoalkan tindakan yang dia ambil. Betul ke apa yang dia lakukan? Tidakkah ini terlalu mendadak? Dia tertanya-tanya sendiri. Walau bagaimanapun, kalau pun dia mahu menyesal. Nasi sudah menjadi bubur. Dia sudah tidak boleh berpatah balik lagi. Apa yang perlu dia lakukan kini? Dia hanya perlu menerima kenyataan dan apa sahaja yang akan bakal berlaku. Lembaran baru dalam bab kehidupannya akan terbentang tidak lama lagi. Semoga dia terus tabah untuk menempuhinya.