webnovel

RATU HATI CIK ABANG

Qalisya Amani, seorang guru manis dengan perwatakan ceria yang bukan sahaja menarik minat para pelajar malah juga dikalangan guru lelaki. Namun berbeza pula layanan yang dia terima daripada Haniff Mikail,seorang guru matematik yang baru bertukar ke sekolah Qalisya Amani bertugas. ~~ " hai! Cikgu Haniff kan? " -Qalisya "hurm. "-Haniff "awak ada emas dalam mulut ke?" -Qalisya "saya nampak macam murid awak ke yang perlu jawab soalan awak? Heh? " -Haniff ~~~ Layanan dingin yang diberi Haniff Mikail telah membuatkan Qalisya Amani bertekad untuk memikat hati jejaka berhati dingin itu, Namun berjayakah misi sang gadis? Mampukan si batu dingin mencair? P/s: penulisan masih celaru, hehe

Orkid_putih01 · perkotaan
Peringkat tidak cukup
40 Chs

bab27

  Haniff memarkir kereta di hadapan rumah yang menempatkan guru-guru.

 "buat apa balik sini?" soalku hairan.

Haniff tersenyum senget sambil menggelengkan kepalanya, 

"nak pack barang lah, kan malam ni kita nak pergi Turki wahai Puan Qalisya, cepatnya awak lupa, jangan-jangan... awak dah lupa yang saya ni suami awak, " sakatnya sambil ketawa kecil.

Aku memandang Haniff tajam sambil memuncungkan sedikit mulutku.

"Amboi.. seronok eh, awak nak cakap saya nyanyuk lah ni? saya ingatlah suami saya nama dia Encik AIR BATU!" Ujarku sambil tersenyum jahat.

" WHAAAT?! Encik Air Batu? datang dari mana nama tu huh?" soalnya sambi matanya merenung ke dalam anak mataku hingga menusuk ke hati, eh

aduhhhh kantoi pulak, kau ni Alisya memang mulut tak ada filter, sah kau kena beli filter dengan Coway, baru bertapis sikit perkataan yang keluar dari mulut kau ni, detak hatiku sambil memukul perlahan bibirku.

" opps! hehehe, erm datang dari,.." ucapku teragak-agak sambil otak ligat berfikir sama ada nak menipu, atau jujur sahaja, 

" dari mana sayang,..dari hati awak ke.." bisik Haniff dengan nada romantik.

" dari.. perangai awak yang kejung macam air batu," ucapku seraya mengetap ulas bibir bawahku.

Haniff mengerutkan dahi  dan menjongket kening kanannya.

''kejung macam air batu? " soalnya meminta kepastian.

" masa mula-mula kenalkan, awak ni sombong, orang nak ajak borak bukan nak layan, pastu mulut tu pun, asyik nak menyakitkan hati je, " laju kata-kata itu meluncur dari bibirku,

"sorry, terjujur" ucapku bersama sengihan nakal. Iyelah, memang dia macam tu, takkan aku nak cakap yang dia tu sopan santun dulu,

" okay.. kalau dulu saya sejuk macam air batu,.. sekarang macam apa pula?" soal Haniff sambil mendekati tubuhku. Tubuh kami hanya terhalang dek pembahagi antara kerusi pemandu dan penumpang.

Haaa habislah kau Alisya, tu lah pandai-pandai sangat nak jujur, ni kau nak jujur ke tak.. sekarang ni dia punya lah romantik, takkan kau nak cakap dia kejung lagi. Alah , Alisya, dia ni bukan orang lain, suami kau dah, sampai bila kau nak jadi kucing malu-malu bagai, come on Alisya, kau boleh!!

Aku menarik nafas dalam, sambil membuat muka selamba,

" sekarang, hangat macam air panas," jawabku ringkas sambil menahan rasa malu yang menggunung.

uhuk! Haniff tersedak sambil matanya bulat memandang aku. Dia membetulkan duduknya

 "wow, berani juga isteri saya ni, tergugat iman abang," ujarnya bersama senyum simpul.

" dah, tak payah nak tergugat sangat, kata nak kemas barang, kalau kena tinggal flight jangan nak salahkan saya ye," omelku sambil mencapai tas tangan berwarna putih.

"Tak apa, kita honeymoon dekat rumah je lah," ujarnya bersama segaris senyuman nakal.

" tak nak!! saya nak pergi Istanbul, awak nak duduk rumah, duduk lah soarang, " ujarku lalu keluar dari perut kereta.

" Aip! tunggu lahh, tak baik tau tinggal syurga awak ini. " jerit Haniff diiring tawa.

***

Sesampai sahaja di hadapan pintu rumahku, yang dulu berkongsi dengan Hana, kami disambut oleh Hana dan suaminya.

" Babe! bila sampai? kenapa kau ada  dekat sini? "soal aku teruja.

" suami kau lah, call aku suruh tolong isteri tercinta dia kemas barang, orang nak pergi honeymoon kan," sakat  Hana sambil tersenyum.

" hahaha, oh yeke, caring juga eh Encik air batu ni.." ujarku sambil  menjeling sekilas ke arah Haniff. 

Haniff yang sedang rancak berbual dengan Zikri, suami Hana menoleh ke arah aku, 

"baby cakap apa tadi? saya caring? mestilah, untuk isteri tercinta kan," ucapnya lalu mengenyitkan mata. 

" Haniff panggil kau baby?! wow!" bisik Hana dengan nada terkejut.

Aku tersenyum kelat sambil menggelengkan kepala, 

" jom lah, teman aku kemas barang," tuturku lalu menarik Hana menuju ke kamar tidur.

***

Masuk sahaja ke dalam bilik tidur yang aku diami di rumah tiga bilik ini, pantas aku mengajak Hana untuk duduk di birai katil.

" Hana, kau dah kahwin kan, aku nak tanya kau something boleh?" soalku kepada Hana.

"  eh kau ni, dah tadi lelaki mana pula aku bawa datang sini, dah kahwin la, kan kau datang majlis aku, takkan nyanyuk dah, tahu lah dapat suami macam Encik Sempurna," ujar Hana sambil menahan tawa.

Aik, semua orang hari ni nak cakap aku nyanyuk,  memang aku nampak nyanyuk sungguh ke?

" Hana... kau nampak aku ni menarik tak? Aku wangi tak? Atau kau ada bau busuk dekat badan aku?" soal aku resah, bukan apa, peristiwa semalam masih segar diingatanku. Otak aku masih ligat berfikir sebab Haniff meninggalkan aku secara tiba-tiba, dengan keadaan begitu pula.

" hurm? kau merepek apa ni, takkanlah aku nak tertarik dekat kau pula, saya lurus ye, no bengkok-bengkok." ujar Hana sambil mengerutkan keningnya dan ketawa.

"bukan tu maksud aku, ." ucapku bersama keluhan.

" kau maksudkan apa ni, cuba cerita," pujuk Hana lembut sambil tersenyum nipis

Aku menceritakan kejadian yang berlaku antara aku dan Haniff semalam.

***

Bulat mata Hana mendengar ceritaku. Dia  bagaikan keliru dengan apa yang aku ungkapkan.

" Kau dengar ke tak ni wahai PUAN HANA?!" soalku apabila aku menanyakan pendapatnya, namun tiada respon.

" sabarlah, otak aku tengah berkerja keras ni, nak faham perangai laki kau ni,. Oklah, kalau kau tanya aku, kau ni menarik ke tak, aku rasa kau dah cukup cun weh, kalau tak ,tak ada lah ramai lelaki yang try kau dulu masa zaman uni,sekejap-sekejap dapat surat cinta, mesej, orang minta nombor lah, kau memang cukup cantik dah, perfect!, pelik juga aku dengan Haniff ni, aku tengok dia sweet je dengan kau, alih-alih lari pula," ujar Hana sambil menongkat dagu.

" Haniff tu, kejap dia sweet, romantik dengan aku, kejap dingin je, pelik kan? padahal, dia yang ajak aku kahwin, tapi mood dia pula on off" omelku kesah.

" Alisya, kau cakap, yang Haniff pernah ada awek kan?" soal Hana meminta kepastian.

" haah, 10 tahun lepas,." ucapku ringkas.

"lepas pada tu, dia tak bercinta dah?" soal Hana dengan renungan tajam. Fokus betul makcik ni dah ala-ala penyiasat.

Aku mengangguk perlahan tanda mengiyakan soalan Hana.

" Lisya, aku bukan nak takutkan kau lah, tapikan, entah-entah suami kau ni... bengkok?" duga Hana teragak-agak.

"BENGKOK??!!! maksud kau G..GAY?" soal aku sedikit terjerit .

"shh, janganlah kuat-kuat. Ni apa yang aku rasa lah, dia dah lama tak bercinta, tiba-tiba je ajak kau kahwin, lepastu macam tak bernafsu tengok kau, kau rasa?" tutur Hana ala-ala gaya mami jarum.

" tapi babe.. kalau dia tu gay.. kenapa dia ajak aku kahwin?" soal aku kembali sambil mengusap hujung dagu ku.

" simple, sebab nak tutup kegiatan dia. kalau ia kahwin tak ada lah orang tahu yang dia tu songsang, tapi ni  apa yang aku rasa , belum tentu betul, kau still kena siasat," ucap Hana bersama senyuman nipis.

"siasat?  macam mana?" soal aku kepada Hana.

" Goda dia, " ucap Hana bersahaja.

"WHATTT?!! Kau gila ke? malu lah, lagipun apa kena mengena goda dengan dapat tahu dia songsang ke tak," ujarku tidak setuju.

"  Wahai sahabatku Alisya, kalau dia tu straight, dia akan kalah juga dengan dugaan kau, kucing, kalau kita letak ikan depan dia, dia malu-malu lagi, tapi kalau suap, takkan dia tak nganga, lain lah kalau sebenarnya dia tu ikan juga,think! Malu? Alah, bukan orang lain, suami kau lah, dapat pahala tau," ujar Hana sambil tersenyum nakal.

patut ke aku ikut cadangan Hana?

BERSAMBUNG...

P/s:hai semua! hrp smua dlm keadaan sihat ye, bab28 dah ready by time korg baca chap27 ni,so teruskan membaca! enjoy reading semua, jangan lupa komen, vote dan share ye, skrg sis tgk tk rmai yg komen, rindu nk baca, see you dekat bab28, love korg!