webnovel

Chapter 30

Hari kedua mereka mereka berada di hotel mewah itu berjalan dengan lancar cuma biasalah berperang mulut selalu. Sudah menjadi rutin harian bagi Raphael dan Oxana untuk bergaduh mulut dalam segala-galanya. Yela tak seteru orang panggil. Hahahahah. Sabar jelah ye. Nilah orang panggil ujian berumah tangga. Bila dah duduk sebumbung, barulah macam2 terjadi.

Sedikit sebanyak, duduk di hotel itu hanya menyeksa batin Raphael yang tertahan apabila melihat Oxana yang separuh bogel. Yela macam korang kenal. Oxana selamba dan tak kisah pun keadaan diri dia macam mana walaupun depan Raphael. Main langgar je hahahaha. Gasak la kau Raphael. Buat apa suruh handsome sangat, kan Oxana tak nak lepas.

Subuh tadi, mereka bangun pukul 6.00 pagi untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Apabila waktu sudah menginjak ke pukul 9 pagi, Oxana bangun untuk membuat sarapan. Dia yang masih tidak mandi lagi dan hanya memakai lingerie semalam melangkah ke arah dapur untuk membuat menu aglio olio. Selesai sahaja memasak, dia masuk semula ke dalam bilik untuk mengajak suaminya bangun dan bersarapan sama. Dia menggoncang perlahan tubuh Raphael.

"Biyyy... Bangun biyyy jom kita breakfast. Sayang dah buat aglio olio. Cepat bangun..."

"Hmm..."

"Sayang kira sampai tiga, kalau biy tak bangun, sayang cium muka biy."

Raphael yang mendengar satu ayat itu terus tersentak dan membuka matanya pantas dan terus tegak tubuhnya dan melangkah laju ke arah dapur. Hahahahahaha takut bebenor bila dengar ugutan eh. Oxana hanya ketawa suka dapat mengusik suami tersayangnya.

Tubuh badan Raphael yang tidak memakai baju menghiasi mata bening Oxana yang sentiasa merenung setiap pergerakan suaminya. Oxana hanya mengikuti langkah suaminya ke arah dapur dari arah belakang. Raphael duduk sahaja di kerusi dan terpampang hidangan yang kelihatan sangat sedap itu. Oxana pun mengambil pinggan untuk meletakkan aglio olio itu di atas pinggan dan menunggu suapan pertama suaminya. Raphael pun terus menyuap makanan tersebut.

"Biyy... Sedap tak aglio olio ni?"

"Ermm... Boleh la.."

"Ehhh... Boleh la je? Cer komen lebih sikit."

"Aku tak reti komen. Harap maklum."

"Harap maklum? Ingat biy kat sekolah ke? Minta komen makanan pun susah."

"Dah makan. Tak payah banyak mulut. Aku lapar ni. Kang aku ngap kau kat sini karang."

"Ngap jela. Sayang ni sentiasa available tau. Biy yang suka tolak sayang. Bila kita nak bagi, biy yang tak nak terima huhuhu. Kalau laki lain, mesti dah lunyai sayang ni. Biy tu takde nafsu. "

"Eh yang kau nak libatkan laki lain pulak dah kenapa? Sekarang sape suami kau? Aku kan? So tak payah sebut laki lain tu. Aku tak suka.", marah Raphael dengan suara yang tinggi.

"Ouhhh... Tau pulak tak suka. Lepas tu biy tu layan sayang nak tak nak je. So cakaplah macam tu. Eleh. Tu pun nak marah."

"Tak marah cuma aku tak suka okay. Got it?"

"Ermm... Pape jelah. Ok la makan la aglio olio tu. Saya nak mandi dan nak keluar sorang2."

"Eh... Kau dah kenapa nak sentap ni? Bukan kau selalu melawan je ke apa yang aku cakap? Hari ni jadi hari tisu basah pulak dah kenapa? Sentap sebab aku marah ke?"

"Pape jelah. Cakap la apa pun. Saya nak keluar nak ambik angin. Merajuk!!!!"

"Amboi pandai merajuk sekarang."

"Biarlah... Saya ni perempuan. Ada masa hati tisu basah, ada hari hati tisu kering. Harap maklum abe Pael."

"Ohhh.. Begitu.. Faham.. Aku rasa kau ni nak datang bulan merah ni... Sentap bagai semua..."

"Suka hati awak la nak cakap apa. Saya blah dulu..."

"Ikut kaulah.."

Dengan itu, Oxana pun pergi berjalan ke dalam master bedroom untuk mandi dan keluar untuk mengambil angin di luar sana. Bersendirianlah Raphael di meja makan itu sambil menikmati hidangan lazat itu tanpa menghiraukan hati Oxana yang terluka akibat dimarah sebentar tadi.

Oxana terus berlalu ke dalam bilik mandi dengan muka yang monyok kerana dia terasa dengan Raphael. Raphael pula meninggikan suaranya kepada Oxana tanpa memikirkan perasaan isterinya. Sian Oxana. Dia pun mandi dalam 25 minit, dan keluar sahaja dari tempat itu, terpampang muka kacak Raphael yang tadi berada di katil sambil merenung ke arahnya. Oxana yang hanya berkemban dengan tuala itu terus ke wardrobe pakaian untuk memilih pakaian yang sesuai untuk dirinya pakai sewaktu keluar sekejap lagi.

Raphael pula hanya ligat merenung segala tingkah laku Oxana tanpa ada niat untuk menegurnya. Oxana memilih baju tshirt berwarna ungu bersama seluar jean. Rambut ikal mayangnya pula dibiarkan beralun lepas. Mukanya pula ditepek dengan makeup yang nipis. Ia lebih menyerikan lagi wajah cantik Oxana. Setelah selesai, dia terus memakai kasut boot hitam dan sling beg christian dior berwarna putih kelabu. Dia pun terus keluar dari bilik itu dan berlalu dari bilik hotel mewah. Raphael hanya terkebil2 sahaja setelah Oxana keluar dari situ. Dia kelihatan sangat bingung.

Sampai sahaja di lobby hotel itu, Oxana terus berlalu ke parking lot motor untuk menunggang motorbike hitam kesayangannya. Dia memakai jaket hitamnya dan motorbike itu terus menderum laju membelah jalan.

Dia hanya terfikir untuk pergi ke Lac D'Annecy yang mempunyai tasik yang cantik dan juga deretan kedai yang pelbagai jenis untuk menenangkan jiwanya. Sampai sahaja di Lac D'Annecy, Oxana terus memarkirkan motorbike itu di tempat parking lot yang telah disediakan.

Setelah itu dia membuka zip jaketnya dan letak di motorbike itu. Dia pun membetulkan rambutnya yang sudah serabai akibat angin sewaktu perjalanan tadi. Setelah itu, dia pun turun dari motorbike untuk berjalan2 di kawasan indah untuk menenangkan hatinya yang sedih. Dia pun berjalan2 tanpa menghiraukan orang lain sambil melihat pemandangan di kawasan itu. Tiba di sebuah cafe, dia pun masuk lalu memesan chocolate smoothie bersama toasted bread with peanut butter. Ini kerana dia baru merasa lapar ketika itu. Seleranya seakan terbantut setelah dimarah oleh Raphael. Jadi sekarang dia mahu menjamu selera.

Sedang dia melayani perasaan sendiri, tiba2 muncul empat orang jejaka kacukan iaitu Keith, Xander, Kayden dan Renzo. Mereka berempat baru keluar dari cafe itu dan ternampak Oxana bersendirian di meja makan luar. Mereka pun terus pergi mendekati wanita itu dan menyapanya.

"Hai Oxana.", sapa Kayden mesra.

"Haiii..", balas Oxana semula.

"Can we sit here?", kata Keith pula.

"Yeah, sure.", jawab Oxana.

"Why are you alone? Where's Raphael?", tanya Renzo.

"That man scold me this morning.",  ringkas Oxana.

"Why?", tanya Xander pula.

"Sebab saya kata lelaki lain akan jatuh sayang dengan saya walaupun kahwin terpaksa sebab saya menawan tapi dia terus marah2 saya kata jangan sebut nama lelaki lain. Lepas tu, saya katalah habis awak tak layan saya baik2 kenapa? Awk layan saya macam gitu2 je.", kata Oxana panjang lebar.

Empat jejaka kacukan itu hanya mengangguk sambil fokus mendengar aduan wanita cantik itu.

"Ouhhh macam tu... Kalau awak nak tahu kan, Pael memang macam tu. Dia acah je tak suka awak tapi sebenarnya dia dah mula suka cuma dia ego je tu. Percayalah cakap saya.", kata Kayden sambil tersenyum.

"Yeke, sebab saya selalu usik2 dia tapi dia suka tolak2 saya. Huhuhuhu. Keras betul hati dia ni korang tau tak?",  jawab Oxana sambil mencebik.

"Raphael memang ego Oxana. Awak cuba bertahan ye. Kami tahu awak boleh cairkan hati dia yang beku macam besi tu. Fightinggg!!!", balas Keith pula dengan bersemangat.

"Hahahahha adoii. Takpelah nanti saya fikir2 dulu la ye. Saya cuma nak tenangkan hati je ni. Biasalah la bila sedih, mesti nak tengok tasik, laut gunung ke kan.",  cakap Oxana dengan tersenyum.

"Awak datang sini naik apa tadi? Jauh tau dari hotel korang tu.", tanya Xander dengan hairan.

" Ouh.. Saya naik motorbike hitam saya tu. Malas nak naik kereta.", balas Oxana lagi.

"Woahhh... Seriuslah Oxana. Hebat gila. Perempuan comey lotey macam ni bawa motorbike perghh bapak gila style doo.", kata Kayden dengan riak bangga.

"Hahahahaha. Takdenya hebat pun. Biasa2 je. Saya memang suka bawak motorbike dari kereta sebab mudah nak menyelit hahahah. Tak payah redah jem ke apa kan.",  balas Oxana dengan tersengih.

"Kami pun setuju. Hahahaha.", kata Keith, Renzo dan Kayden.

Xander pula hanya berdiam diri. Dia hanya mendengar setiap butir yang dilontarkan oleh mereka berempat. Tiba2 dia mendapat call dari Raphael. Dia pun terus bangun dan meminta untuk menjawab panggilan sebentar.

"Hello."

"Hello, yes."

"Boleh tak kau track mana Oxana pergi? Aku tak dapat trace dia."

"Ada ni haaa dengan kitaorang duk lepak kat cafe."

"Mana tu?

"Dekat Lac D'Anney."

"Okay aku on the way."

"Alright."

Setelah selesai, dia pun kembali duduk di meja makan itu dan menyertai perbualan mereka semua.

"Oxana ni cantik gila do takkan la Raphael tak terpikat kan. Pelik tu.",  tanya Kayden.

"Tulah. Macam2 saya buat masakan apalah semua dia cakap sepatah2 je susah benor nak bukak mulut.", jawab Oxana dengan geram.

"Dia balas sepatah2? Dia memang macam tu tau. Ada emas dalam mulut dia tu susah nak cakap panjang lebar. Ish2 suami jenis apalah.", bebel Kayden lagi.

" Sabar jelah ye Oxana. Lelaki berhati besi memang gitu. Nanti lambat-laun dia akan jatuh cinta jugak dengan Oxana. Jangan risau.", kata Renzo.

"Hmm tulah. Nanti saya cuba lagi. Ni korang datang sini ada urusan apa2 ke?",  ringkas Oxana.

"Haah. Kitaorang saja jalan2 sini ambik angin sebab bosan. Tup2 jumpa Xana kat sini. So yeah lepak sekalilah hahaha.", kata Keith.

"Sembang dengan korang lagi best dari mulut besi tu. Menyampah cakap.", cakap Oxana dengan riak mahu mencekik leher Raphael.

"Hahahahaha jangan begitu sih. Hahahahaha lawak la Xana ni.", kata Keith, Kayden dan Renzo serentak.

"Xander. Awak okay ke? Ada masalah? Kenapa diam je?",  tanya Oxana.

"Ohhh yeah. Okay je. Takde masalah pun. Hehe.", balas Xander dengan riak biasa.

"Kalau Xana nak tahu, haaa Xander ni pun sama la jugak ikut dengan makhluk kutub besi tu. Mulut banyak bijih timah pulak. Elok la sorang emas. Sorang bijih timah.", jelas Kayden panjang lebar.

"Hai.", sapa Raphael dengan wajah dingin.

Mereka berlima terus memandang ke arah Raphael sambil tercengang. Perghh magik sekali ya. Udah ada si makhluk kutub besi di sini. Hahahahaha. Raphael yang berpakaian kasual itu terus mendekati Oxana.

"Woww, seronok kutuk aku nampak.",  perli Raphael sambil menarik kerusi di sebelah Oxana.

Oxana menjauhkan kerusinya dari Raphael dan mendekatkan dirinya Kayden.

"Memang seronok pun kutuk kau.", sindir Kayden lagi.

"Kemain eh. Dosa kutuk belakang orang tau.", perli Raphael yang tersengih sinis.

"Kisah apa. Hari2 memang keje aku kutuk kau je. Dah jadi rutin harian dah.",  kata Kayden.

"Yela. Kisah apa aku.", jawab Raphael.

Oxana yang tadi rancak berbual terus mengunci mulutnya dan bangun lalu menarik jaket kulit Kayden untuk berlalu dari situ. Kayden hanya mengikut sahaja langkah wanita itu. Tiga jejaka kacak itu hanya melirik sahaja langkah Oxana dengan Kayden yang mula menjauh. Raphael termangu2 di situ. Yela baru dia datang, Oxana dah blah. Hahahha sian member.

Oxana dan Kayden sampai di sebuah tasik dan duduk di atas bangku. Oxana menunduk dan hanya berdiam diri sahaja.

"Xana. Are you okay?", tanya Kayden.

"I'm not.", jawab Oxana.

Oxana mula mengangkat kepalanya dan merenung tasik di hadapannya sambil berkata, " Saya kan sebenarnya dah jatuh cinta dekat Raphael masa saya kerja jadi PA dia lagi. Lepas tu, saya minta tolong papa saya untuk mengaturkan perkahwinan saya dengan dia sebab saya taknak dia diambil oleh wanita lain. Lepas tu, saya cuba ambik hati dia pe semua. Macam biasalah, dia tepis pe semua. Tapi saya cuba sabar dan tahan. Tapi bila dia tinggikan suara tu, saya rasa sedih sangat.", cerita Oxana panjang lebar.

Kayden mula bersimpati dan dia hanya memujuk dengan kata2.

"Sabar ye. Lelaki macam Raphael tu memang keras hati sebab dia memang tak pernah bercinta. Tu yang kaku semacam. Tak berapa reti.", pujuk Kayden.

" Saya tahu cuma yela. Kadang2 saya rasa macam terhegeh2 pula kat dia. Padahal lelaki lain ramai je nak saya tapi saya rela dengan dia sebab saya cintakan dia."

"Saya faham. Takpe2 awak tenangkan hati dulu ye. Okay hari ni, saya gembirakan awak. Awak nak aiskrim tak?", tanya Kayden ceria.

"Nakkk... Heheheh."

"Okay jom kita beli kat sana. Nampak best je aiskrim dia tu ada banyak topping boleh letak."

"Wahhh yeke. Jom2 hehehe. Bestnya dapat aiskrim."

Sampai sahaja di kedai aiskrim itu, mereka memesan mint chocolate ice cream dua dan chocolate icecream satu. Sangat menyelerakan lagi2 dengan cuaca yang panas terik sekarang ini. Oxana membeli dua aiskrim untuk dirinya manakala Kayden pula satu sahaja.

Selepas itu, mereka pun kembali semula di bangku tadi untuk duduk sambil menikmati aiskrim itu.

"Ermmm sedapnyaaa aiskrim ni...",  kata Oxana.

"Kan... Sedap gilaaaa hahahhaa...",  balas Kayden pula.

"Okay makan2 nanti kita bersiar2 pula tempat lain nak tak?", tanya Oxana.

"Boleh saja. Untuk Xana semua boleh ehehhe.",  balas Kayden sambil tersengih busuk.

"Yeayyyy. Thank you sebab sudi layan saya. Saya cuma nak hilangkan rasa sedih hari ni. Hehehe tak pikir pasal mamat kutub besi tu.", jelas Oxana.

" Tak payah pikir paasal mamat besi tu tak berbaloi. Semak otak je. Hahahaha hari ni kita pergi funfair ke kan? Best jugak yuhuuu nak tak?", tanya Kayden lagi.

"Woahhh... Nakkk laaaa. Saya dah lama tak pergi situ... Yela takde sape nak temankan.. Hehehhe.. Boleh2 habis makan aiskrim kita gi sana tau. Janji?", balas Oxana sambil tersenyum lebar.

"Hahahahah janji Xana oiii. Takde hallah hahahaha. Hari ni kita jadi kanak2 terlepas kandang. Biar je apa orang fikir janji kita happy ok?",  cakap Kayden sambil mengenyit mata.

"Hahahahha yeah btul kanak2 terlepas kandang pun boleh lah ahhahaha. Janji tenang jiwa dan raga haksss. Betul tak?"

"Mestilah betul kalau orang yang cakap tu Xana. Perempuan tak pernah salah."

"Wahhh perli saya ke ni?"

"Hahahahah mana ada perli. Saya cakap umum saja awak. Jangan marah ye. Hehehhe gurau2 minta penampar."

"Hahahahaha nak penampar saya ke?"

"Hahahahah taknak lah mummy tampar2 ni. Nanti Ayden nangish macam mana?"

"Ahahahhaha mummy pulak dah. Kelakar la awak ni. Lagi happening dari kutub besi tu."

"Of course la awak. Saya di sini suka menceriakan hari2 orang sekeliling heheheh."

"Hahahah yela."

"Dah habis makan kan? Jom kita gerak gi funfair nak?"

"Jom. Yeay yeah gi funfair yeay yeay gi funfair.",  nyanyi Oxana dengan riangnya.

"Kita nak naik apa ni? Awak tadi datang naik motorbike kan? Saya pula naik kereta."

"Kalau gitu takpelah saya naik kereta awak jelah. Motorbike saya tu nanti saya minta tolong kawan saya ambik.", jelas Oxana.

"Okay2 jom naik kereta saya."

Sampai sahaja di parking lot, terpampang kereta bugatti edisi Chiron Noire berwarna hitam. Sangat mewah dan eksklusif. Oxana dan Kayden terus masuk ke dalam kereta tersebut. Kereta bugatti itu terus mengaum kuat membelah jalanraya untuk ke destinasi seterusnya iaitu funfair. Mereka rancak berbual sehingga tidak sedar sudah sampai di funfair itu yang dikenali sebagai Jardin Des Tuileries Funfair.

Oxana berasa teruja sebaik sahaja keluar dari kereta bugatti milik Kayden. Dia mula berjalan masuk seiring dengan jejak langkah Kayden. Kayden hanya tersenyum melihat keterujaan Oxana itu. Dia pun terus mengajak Oxana untuk membeli tiket.  Selesai sahaja pembelian tiket, mereka pun mula masuk untuk menyertai permainan kerusi terbang. Oxana menjerit kesukaan dan melihat riak wajah ketakutan Kayden. Hahahhaha sian member takut ketinggian. Dia pun menegur setelah melihat muka pucat Kayden.

"Ayden, awak okay tak? Muka pucat je ni?"

"Ermm okay Xana. Saya cuma seriau."

"Laaa yeke. Takpelah awak tunggu bawah saya main permainan tu kejap."

"Takpe2 saya teman. Saya cuba hadapi ketakutan saya. Awak jangan risau okay? Kalau saya pengsan, awak kena dukunglah saya bawak gi hospital. Hahahhaha."

"Hahahaha sempat berlawak lagi eh dengan muka pucat ni. Hahaha adoii."

"Hahahaha takpe2 jom kita naik."

Naik sahaja kerusi terbang itu, gelagat Kayden sudah seperti dirasuk. Hahahahahah ya Allah. Tulah Xana dah bagi amaran. Dia nak jugak join pastu dah macam apa dah meroyan. Hahahaha.

"Huw..aaaa!!!! ma..ma... ma...ma..... !!!!Ayd...en taku..tttttt..!!! Hikkss... Hikkkss...!!!

Kayden hanya menjerit ketakutan manakala Oxana hanya menjerit kesukaan dan ketawa sahaja melihat gelagat Kayden itu.

Kayden sudah menangis sangat teruk sambil dipujuk oleh Oxana setelah mereka sudah habis bermain permainan itu.

"Ayden. Janganlah nangis dah. Hahahaha adoiii saya tak tahan gelak la. Awak ni dah tak handsome dah dengan air mata menjurai2 tu. Hahahah"

"Huwaaa.... Janganlah ketawa... Huwaaaa kita takutttt tauu... Hukhukhuk hikss hikss...", kata Kayden sambil mendayu2 menangis akibat ketakutan yang amat sangat ahhahaha. Sabar jela woiii.

"Alolololo sian anak mummy ni. Takut eh. Takpe kita makan gula2 kapas jom."

"Hikss.... Hiksss tak...uttt mu..mmy.... Ben..da tu.. tin..ggi san...gat tit..ewww taku..ttt..."

Adoiii dua ekor ni bermummy2 pulak dah hahahahah. Gasak la dua2 masuk air kan.

"Alaaa takpe jom mummy beli gula2 kapas okay. Duk sini jangan lari mana2 tau. Kalau kena culik payah nanti tau.", pesan Oxana.

" Okay mummy hehehe. Ayden tunggu shini tau. Mummy cepat tau."

"Okay tunggu jap eh."

Oxana pun terus pergi ke kedai yang menjual gula2 kapas itu dan membeli dua jenis iaitu berwarna biru dan pink. Dia pun melangkah je arah Kayden sambil tersenyum manis.

"Nah gula2 kapas. Makan. Sedap tau manis hehehe."

"Okay hehehe."

"Haaa kan handsome tu bila dah tak nangis dah."

"Ermmm Ayden trauma laaa mummy.", kata Kayden manja dengan membahasakan mummy kepada Oxana. Hahahahahha adoiii otak tingtong betul dua ketul ni.

"Alaaa tkpe slow2 okay. Lama2 hilanglah tu trauma tu. Anak mummy kan hebat. Hakss."

"Ermm okay mummy Xana hehehe."

"Hahahahha adoii kelakar la. Dah macam ibu dengan anak dah kita ni."

"Kan hahahaha tulah saja je main2 hehehehe tapi nangis tadi betul2 tau sebab takut gila huhhhuhu. Jatuh maruah saya. Nanti hantaran mesti 1k je. Adehh.", balas Kayden dengan mencebik bibirnya seperti itik.

"Hahahahha tahu takpelah saya faham. No hallah. "

"Okay awak. Lepas ni kita nak main apa pulak?"

"Saya teringin nak main roller coaster. Bestnya. Awak sanggup tak?"

"Oh my gucci!!! Roller coaster??? Saya akan mati satgi. Bukan setakat menangis lagi tapi dah menangis darah la citenya.", cakap Kayden dengan lemah sekali.

"Kalau macam tu. Takpelah, kita main permainan langgar2 kereta nak?"

"Boleh jugak hehehehe. Jom jom. Woahhh selamat tak naik roller coaster hakss. Kalau tak habis kemachoan saya tercalar."

"Hahahaha. Yela awak. Jomlah pergi sana."

Mereka pun terus pergi permainan seterusnya dan masuk ke dalam tempat itu. Mereka saling ketawa dan menjerit kesukaan dengan bermain permainan tersebut. Kanak2 terlepas kandang. Macam tu la lagaknya hahahaha.

Selesai sahaja puas bermain, mereka duduk kepenatan dengan perasaan yang gembira.

"Thank you Kayden teman saya main funfair hari ni. Happy gila sampai rasa nak jerit satu dunia hahahaha."

"Hahahahah sama2 no hallah saya on saja kalau awak ada benda nk share atau minta saya temankan ke okay?"

"Hahahaha ok saja. So mulai sekarang kita bestfriend tau. Kalau saya ada masalah, saya bagitau awak punya."

"No hallah Xana. Awak pun officially dah jadi bestfriend saya jugak ok."

"Hahahaha yeahhh bff forever alright."

"Xana, saya ada idea la. Apa kita kenakan Raphael nak?"

"Woahhhh macam best je. Hahahahah apa tu?"

"Meh sini. Nak bisik."

Oxana pun mendekatkan telinganya kepada Kayden dan Kayden mula berbisik tentang rancangannya. Setelah itu, mereka pun berpandangan sambil tersengih jahat. Hahahahah.

Don't forget to vote and comment. Love you guys. Thank you for reading my story