Atmosfera di dalam bilik itu begitu merunsingkan menyebabkan orang berasa seperti kelemasan. Lin Yan dan yang lain sedang memerhatikan Xiao Yan yang sedang mempamerkan kemarahan hebat di depan mereka untuk kali pertama. Mereka kaget membisu. Orang ini biasanya kelihatan sopan dan penuh senyuman apabila sesiapa berjumpanya. Sungguh tidak dijangka dia begitu menakutkan apabila dia betul-betul marah.
Mata Xiao Yan memandang tepat ke wajah Xiao Li yang pucat itu. Setelah beberapa ketika, dia menarik nafas dalam dan memaksa diri untuk memendam keberangan hatinya. Dia berpusing dan berkata kepada Xiao Yu yang bermata merah itu dengan suara yang dalam, "Apa yang berlaku? Bukankah Abang Ngah patut berada di Empayar Jia Ma? Kenapa dia tiba-tiba berada di Akademi Jia Nan?"
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com