webnovel

Tetamu yang Tak Disangka-sangka

Editor: EndlessFantasy Translation

Gadis itu mula menangis selepas memeluk Ning Xi dan tidak lama kemudian, baju tidur Ning Xi basah pada bahagian bahu. 

Ning Xi mengimbas semula memori-memori lama dan menahan air matanya sambil mengusap belakang gadis itu. "Okey sudahlah, berhenti menangis! Masuklah!"

Ning Xi mengalu-alukan gadis itu dan membawanya ke sofa, kemudian dia tuangkan secawan teh panas untuknya. 

Gadis itu berambut hitam yang lurus dan panjang, bulu matanya juga lentik. Dia memakai baju dengan hud dan bulu berwarna putih yang membuatkan mukanya yang kecil nampak comel seakan-akan anak patung. 

Gadis itu menangis sambil merenung Ning Xi seperti anjing sesat yang menjumpai tuannya. 

"Minumlah teh ni!" Ning Xi menghulurkan secawan teh kepada gadis itu.

Annie pun ada dekat sini... Nampaknya maklumat Abang Senior Kedua tu tepat! Lelaki tu dah balik semula.

"Terima kasih, Bro Xi!"

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com