Bila Ning Xi terkena lagi buat kali ketiga, dia tidak lagi memilih untuk bercakap benar. "Dicabar."
Kalau dia masih terus memilih untuk bercakap benar, Qiao Kecil pasti tidak lagi akan melontarkan soalan-soalan yang mudah. Siapa tahu soalan jenis apa yang akan ditanya oleh gadis itu kali ini?
Dia tidak kisah untuk menjawab apa jenis soalan sekali pun kalau Si Syaitan itu tidak ada di situ. Tetapi, masalahnya lelaki itu sedang duduk dengan tenang di satu sudut, jadi dia tidak mahu bertindak keterlaluan.
Walaupun Lu Tingxiao hanya duduk di satu sudut bagaikan sekuntum bunga yang tidak dapat dilihat, Ning Xi tetap dapat mengesan kehadirannya. Dia dapat merasakan yang lelaki itu sedang merenungnya dengan tajam...
Hmm, orang yang pernah cemburu dengan Gong Shangze dulu tak mungkin akan cemburu dengan gadis-gadis ini, kan?
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com