Kenapa mereka tak boleh biarkan dia hidup tenang?
Jiang Muye menjeling memandang Ning Xi yang jelas kelihatan resah. Dia berkata, "Orang yang berada di Bar No. 8 semalam tu kamu, kan?"
Ning Xi melentokkan kepalanya dan hanya mendiamkan diri, tetapi riak wajahnya sudah cukup memberi jawapan kepada Jiang Muye.
Jiang Muye mendengus. "Saya dah agak dah!"
Selepas itu, dia memandang Ning Xi dengan wajah bimbang. "Ada... Sesuatu yang berlaku ke?"
Kalau pasukan perhubungan awam tidak menguruskan hal ini dengan baik, kejadian itu sudah cukup untuk memusnahkan semua imej dan populariti diusahakan oleh Ning Xi dengan susah payah selama ini.
Berdasarkan etika kerja Ning Xi yang bagus, mustahil dia akan melakukan kesilapan yang mudah seperti itu.
"Tak ada apa-apa." Jelas sekali Ning Xi enggan bercakap lebih lanjut tentang hal ini.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com