Bila set penggambaran sudah bersedia, dua pelakon utama itu muncul dari kawasan rehat.
Sebaik sahaja Ning Xi muncul dengan pakaian hitam dan merah... Guo Qisheng tidak tahu sama ada dia tersalah lihat atau tidak, tetapi keangkuhan Lu Tingxiao dan auranya yang dingin seperti sedikit berkurangan...
Ning Xi memandang ke arah Lu Jingli dan Lu Tingxiao dari jauh. Lu Jingli serta-merta mengenyitkan matanya ke arah Ning Xi dan menunjukkan ke arah kamera, cuba memberi isyarat yang abangnya sudah dapat tahu tentang segala-galanya.
Ning Xi perlahan-lahan mengalihkan pandangannya ke arah Lu Tingxiao yang sedang memandangnya dengan gaya yang agresif dan posesif bagaikan seekor pemburu yang laparkan mangsanya.
Clapperboard dibunyikan dan Ning Xi kembali mengumpulkan kesedarannya. Dia serta-merta masuk ke dalam penghayatan wataknya di dalam adegan itu---
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com