Selepas menukar pakaian, semua orang berpecah dan mula mencari Guan Ziyao di kawasan sekitar.
"Xinyan, janganlah sedih, Ziyao tak selemah tu!"
"Ni semua salah perempuan tu. Dia dah melampau! Dia cuba membangkitkan kemarahan Kak Ziyao sejak semalam. Dia sengaja menyuruh sepupu saya mengangkatnya dan mereka berciuman bila tak ada orang. Waktu malam pula, mereka… ugh, perbuatan yang tidak bermoral di tempat awam!" marah Lu Xinyan.
"Perempuan tu memang dah melampau, saya nak cakap dari semalam lagi. Dia datang sini untuk mendaki ke tidur? Kalau dia nak tidur, dia boleh balik rumah! Kenapa dia datang sini?"
"Kesian Ziyao…"
…
Beberapa orang gadis yang rapat dengan Ziyao mula mengadu dan menyalahkan Ning Xi atas kehilangan Guan Ziyao.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com