webnovel

Seseorang akan Kehilangan Tuah

Editor: EndlessFantasy Translation

Ketika cawan itu hancur, air teh mengalir di jari jemari Ning Xi.

Jiang Muye menatap wajah Ning Xi, kemudian dia melihat cawan teh di tangan gadis itu. Dia menelan air liurnya.

Oh… Ning Xi sangat menakutkan…

Kenapa dengan Meng Shiyi? Dia kan ratu filem. Kenapa dia sengaja menggoda artis lelaki biasa seperti Ke Mingyu tu?

Meng Shiyi seorang yang berpengalaman dan agak sensitif di hadapan kamera. Dia sengaja mengelakkan diri supaya tiada sesiapa yang menyedari tipu muslihatnya yang kotor…

Walau bagaimanapun, hanya Ning Xi dan beberapa orang yang duduk di sana sahaja dapat melihat dengan jelas daripada sudut mereka…

Tidak mungkin Meng Shiyi dapat menyembunyikan perbuatannya. Walaupun di mata orang lain nampak seperti dia tidak sengaja, dia tidak dapat menipu orang yang berpengalaman dalam percintaan seperti Jiang Muye dan juga Ning Xi.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com