Pakaian Ning Xi agak sopan kerana gaunnya labuh menutupi lutut dan lehernya juga tidak terdedah, tetapi dia masih mengeluarkan aura yang membuatkan Wang Shengzhe berasa teruja.
Cantik betul!
Wang Shengzhe membuat keputusan untuk mendapatkan gadis itu untuk dirinya sendiri, dia terus lupa tentang amaran Mo Lingtian kepadanya.
"Oh, saya tak tahu lagi nama kamu. Saya patut panggil kamu apa? Nama keluarga saya Wang. Saya Wang Shengzhe," tanya Wang Shengzhe sambil merapati Ning Xi.
Wang Shengzhe menganggap kemahiran memikat yang dimilikinya ialah yang terbaik, tetapi Ning Xi menjeling dengan perasaan menjengkelkan.
Apa semua ini!? Dia ini orang yang paling pandai menggoda di Empayar?
Dengan standard begini?
"Saya…" Ning Xi memandang Si Syaitan yang sedang berjalan ke arahnya dengan perlahan.
Selepas berbual-bual panjang dengan kawan zaman kanak-kanaknya, akhirnya… dia datang juga!
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com