Selain lamaran itu, tarikan utama yang seterusnya adalah hidangan pada malam itu.
Majlis makan malam itu turut dihadiri penggemar-pengggemar makanan, termasuklah beberapa kolumnis makanan dan penulis blog makanan yang terkenal. Mereka semua teruja menunggu kehadiran chef utama, William Fee.
Jamuan itu sendiri sudah cukup hebat untuk dijadikan tajuk utama berita.
Tiba-tiba, Fang Ya menjerit di dalam kelompok orang ramai itu, "Ah, saya tiba-tiba teringatkan sesuatu!"
Suaranya yang lantang serta-merta menarik perhatian hampir semua orang yang ada di situ.
Selepas memastikan perhatian semua orang tertumpu kepadanya, dia berpura-pura membuat muka ingin tahu dan memandang Ning Xi yang sedang duduk di satu sudut. "Ning Xi, bukankah peminat romantis kamu yang tulis surat cinta semalam tu kata dia akan memberikan kejutan kepada kamu? Kenapa kami belum lihat apa-apa kejutan lagi?"
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com