"Mm, jom." Lu Tingxiao mengangguk dan memandu ke pangsapuri Ning Xi.
Ning Xi fikir dia sudah lari daripada kematian, tetapi selepas melihat gerak-geri Lu Tingxiao, dia berasa cemas. "Saya boleh pergi sendiri. Saya ada banyak barang, jadi saya akan suruh syarikat pemindahan untuk datang dan angkut barang itu semua dengan lori nanti!"
"Tak apa, akan muat nanti."
Di dalam hati Ning Xi berkata, 'Luas macam mana pun bahagian dalam kereta kamu, mana mungkin boleh muat semua barang. Kamu fikir kamu tu Doraemon?'
Tetapi, Lu Tingxiao nampak yakin, jadi Ning Xi tidak mahu berdebat dengannya dan hanya mampu membiarkan lelaki itu memandu hingga ke bangunan pangsapurinya.
Lupakan saja, lupakan saja. Berpindah rumah bersama adalah pilihan yang lebih selamat. Sekurang-kurangnya ia tidak akan menimbulkan sebarang suasana intim.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com