webnovel

CEO Sombong

Editor: EndlessFantasy Translation

"Ini kali pertama Si Cilik melukis potret," kata Lu Tingxiao selepas melihat lukisan dalam tangan Ning Xi.

"Betul? Ini satu penghormatan!" Ning Xi berkata dengan gembira.

"Kamu nak makan apa petang nanti?" tanya Lu Tingxiao.

Nampaknya, bukan sahaja perbelanjaan hidup, malah perbelanjaan makan juga turut terjaga.

Sebelum Ning Xi sempat menjawab, telefon bimbitnya tiba-tiba berdering.

Panggilan itu daripada Chang Li.

Adakah dia mengatur satu lagi watak kecil untuknya?

"Halo, Kak Chang."

"Ning Xi, majlis perasmian <Dunia Ini> akan diadakan pada tengah hari di Hotel Mutiara. Jangan lewat."

"Apa? Tengah hari? Hari ini?

"Ya, betul. Hari ini."

"Kak Chang, kenapa tak beritahu awal? Sekarang sudah hampir pukul sebelas!"

"Apa maksud kau awal? Kan aku beritahu sekarang ini. Masih ada satu jam lagi sebelum majlis perasmian."

"Satu jam ini tak cukup untuk saya sampai ke sana. Saya masih kena tukar pakaian dan bersolek…"

"Itu masalah kau, bukan masalah aku. Aku sibuk, saya letak sekarang."

Sebaik sahaja dia selesai, talian terus terputus.

"Chang Li! Pergi matilah!" Ning Xi menbaling telefon bimbitnya.

Ning Xi tergamam dalam kesunyian yang mengikuti perbuatannya.

Si Cilik tergamam.

Lu Tingxiao juga tergamam.

Ning Xi menyapu mukanya, membenci dirinya dan ingin menggali lubang untuk sembunyi diri sendiri.

Dia telah terlalu mengikut perasaan, sampai terlupa dia berada di kediaman Lu dan seorang budak kecil tersayang turut ada di sini…

Dia tidak peduli perangai dia dan tidak mahu seperti wanita yang berbudi bahasa di depan Lu Tingxiao. Tetapi ia tidak baik jika Si Cilik belajar sifat yang buruk daripadanya.

"Uhuk, uhuk. Si Cilik, mari kita pura-pura tak dengar apa-apa tadi! Kamu tidak boleh ikut perbuatan Mak Cik dan memarahi orang seperti itu, kerana orang yang Mak Cik marah tadi bukanlah manusia pun!" jelas Ning Xi dengan serius.

Mata Si Cilik berkelip beberapa kali, lalu mengangguk kepalanya seperti memahami situasi tersebut.

Lu Tingxiao berasa terhibur. "Apa yang terjadi?"

Ning Xi mengetap gigi dan menjawab, "Majlis perasmian untuk <Dunia Ini> akan diadakan tengah hari ini. Sekarang sudah hampir pukul sebelas dan pengurus saya baru beritahu saya perkara ini. Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima puluh minit untuk sampai ke Hotel Mutiara dari sini. Adakah saya patut muncul di hadapan kamera tanpa solekan?"

"Kenapa tak boleh? Kamu sudah cantik sekarang."

Ning Xi terkejut seketika. Dia tidak pernah terfikir Lu Tingxiao mampu mengungkap kata-kata itu. Dia menggeleng malu. "Ehem. Saya berterima kasih atas pujian Tuan Xiao…tetapi saya perlu berpakaian yang sesuai untuk majlis seperti ini. Yang paling penting, saya tidak mempunyai pakaian yang sesuai. Dan banyak wartawan akan berhimpun di sana. Ahhh, geramnya…"

"Tunggu sebentar." Lu Tingxiao mengangkat tangannya untuk beritahu supaya dia tidak perlu bimbang, dan kemudian membawa telefon bimbitnya ke halaman untuk membuat panggilan.

Sepuluh minit kemudian, seseorang bergegas ke mari, sambil termengah-mengah.

"CEO Lu, barang yang kamu pesan tadi semuanya ada di sini. Boleh kita mulakan sekarang?" Orang baru sampai itu memakai 'ripped jeans" dan baju berwarna kelabu. Telinga kirinya ditindik anting biru gelap yang menyerlah.

Ning Xi terkejut kerana orang ini biasa dia nampak.

Sudah tentu, maksud Ning Xi dengan istilah 'biasa nampak' ialah dia kenal siapa lelaki itu, tetapi lelaki itu tidak mengenalinya.

Orang ini adalah Arthur, orang Syarikat Hiburan Keagungan Dunia yang dikenali sebagai 'Tangan Tuhan', dan juga penata peribadi kepada ratu filem, Su Yimo.

Dia seorang yang terkenal. Watak kecil seperti Ning Xi hanya boleh melihat dari jauh!

"Ini?" Wajah Ning Xi penuh dengan syak wasangka.

"Kamu tidak kenal dia?" tanya Lu Tingxiao.

"Ini Arthur yang terkenal, sudah tentu saya kenal dia! Maksud saya, kenapa kamu panggil dia ke sini…"

"Dia di sini untuk menata gaya kamu." Lu Tingxiao menjawab dengan senang.

Kerutan muncul di dahi Ning Xi. Dia merapatkan diri dan berbisik di telinga Lu Tingxiao, " Kamu…kamu mahu guna orang di bawah Hiburan Keagungan Dunia untuk menggayakan saya? Kamu bergurau! Kamu tahu saya artis di bawah Syarikat Hiburan Cahaya Bintang? Hiburan Keagungan Dunia dan Hiburan Cahaya Bintang bermusuhan!

"Apa masalahnya?" tutur Lu Tingxiao dengan wajah CEO yang sombong.