webnovel

Tuan Besar Peringkat 3

Editor: EndlessFantasy Translation

Shi Feng ketepikan dulu tentang Skrol Magik Peringkat 3 dan menyimpan semua item lain yang terdapat di dalam Peti Harta Karun di dalam begnya. Selepas itu Shi Feng dengan penuh berhati-hati mengeluarkan Kitab Injil Kegelapan.

"Kau mesti berjaya." Shi Feng sebenarnya tidak berapa yakin untuk menyeru Iblis Peringkat 3.

Ini disebabkan Kitab Injil Kegelapan ialah item Serpihan Legenda.

Memang bukan tugas yang mudah untuk meningkatkan Kemahiran oleh item Serpihan Legenda. Kadar kejayaan itu untuk berjaya memang rendah walaupun mempunyai Skrol Magik Peringkat 3.

Shi Feng membuka Skrol Pembesaran Magik dan mula membaca manteranya.

Tiba-tiba Mana di dalam gua mula bergolak. Terdapat arus Mana yang tidak putus mengalir masuk dari luar gua dan meningkatkan kepekatan Mana di dalam gua sehingga boleh dilihat oleh mata kasar. Mana yang pekat ini membentuk kabus berwarna-warni yang memenuhi gua sehingga mencipta pemandangan yang indah.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com