webnovel

Teknik Ajaib

Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila Shi Feng kembali ke kumpulannya, Arnab Malam Elit hanya tinggal baki satu-pertiga HP-nya.

Pasukannya telah menyerang dengan selaras; Cola menyerbu bahagian depan seorang-seorang, manakala yang lain memusnah dengan deras. Tetapi, untuk mengawal keagresifan, Si Hitam tidak memusnah dengan terburu-buru. Sebaliknya, dia telah menggunakan Cemeti Kejahatan untuk menyekat Arnab Malam, dan memberi Cola ruang bernafas. Prestasi Cola juga amat bagus. Dia menyerbu makhluk itu dengan mantap, sambil mengawal keagresifannya dengan baik. Cola bukanlah orang baru, tetapi jalan masih jauh untuknya menjadi seorang pakar.

"Cola, jangan selalu tepis pakai pelindung. Menepis bukannya wajib macam permainan virtual yang lain. Awak boleh juga mengelak serangan. Itu akan mengurangkan tekanan ke atas perawat. Yang lain, fokus saja pada sasaran. Jangan serang dengan rawak saja, acu ke kuku arnab liar itu, atau cari kelemahan lain. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengurangkan tekanan ke atas MT." Shi Feng tidak terus turun untuk membantu Cola, sebaliknya, dia mengajar semua orang cara melawan makhluk.

Jika semua orang melawan sambil menganggap Kawasan Tuhan seperti permainan tradisional hasilnya tentu membawa padah. Hal ini kerana rawatan yang diberi biasanya jauh tidak mencukupi untuk menandingi kemusnahan yang diterima. Sesetengah kumpulan akan membawa perawat tambahan. Akan tetapi, ini pula akan menyebabkan kerosakan pula berkurangan; hasilnya kumpulan tersebut masih akan disapu. Pemain-pemain biasanya mengambil masa beberapa bulan untuk perlahan-lahan membiasakan diri dengan gaya perlawanan di Kawasan Tuhan. Setelah itu, sudah tentu pemain-pemain tersebut tidak lagi comel dan mentah macam sekarang.

Shi Feng ingin memupuk semua orang untuk membina tapak untuk Persatuannya kelak. Jadi tentunya, dia harus membenarkan mereka mempelajari gaya-gaya perlawanan Kawasan Tuhan terlebih dahulu.

Semua orang menyangka Shi Feng juga amatur, jadi mereka kurang berpuas hati dengannya dalam diam. Pakar pun berdiam diri, jadi mengapa amatur seperti Shi Feng memberi arahan? Akan tetapi, arahan-arahannya masuk akal, jadi mereka masih mengikuti tunjuk ajarnya.

Cola juga mula menukar gaya perlawanannya. Dia tidak lagi menggunakan pelindungnya untuk menepis serangan-serangan dengan kaku. Sebaliknya, dia mengundur selangkah ke belakang apabila arnab liar melepaskan serangannya, dan mengambil peluang untuk mengelaknya. Walaupun Cola masih memerlukan pelindungnya untuk menepis kebanyakan masa, ia telah mengurangkan tekanan ke atas perawat dengan banyak.

Perubahan sebegitu memudahkan lagi pembunuhan Arnab Malam.

Amatur-amatur Tahap 1 yang lainn juga sedikit terperanjat. Dia tidak menghiraukan pendapat mereka langsung. Shi Feng hanya merasa Cola cukup hebat setelah menyaksikan perlawanannya.

Walaupun Cola merupakan pakar tingkat teratas sepuluh tahun kemudian, dia kini masih jauh daripada tahap tersebut. Seorang MT pakar takkan berundur, tetapi akan memilih untuk mengelak serangan tanpa bergerak sekalipun. Keputusan sebegini kerana pergerakan MT akan mengalukan pergerakan daripada makhluk juga. Situasi ini bakal menimbulkan masalah untuk pemusnah jarak-jauh, sekaligus menyebabkan kehilangan kuasa pemusnah yang banyak. Walau bagaimanapun, teknik sebegitu memerlukan pengalaman berlawan dan memiliki reaksi badan yang tangkas dan Cola masih perlu berlatih banyak lagi.

Arnab Malam Elit gugur sedetik kemudian. Ia mencicirkan sebuah buku kemahiran untuk Berserker, [Tetakan Badai]. Ia juga mencicirkan tiga Tembaga.

Semua orang kagum dengan kadar penciciran dalam Mod Neraka. Sebuah buku kemahiran telah tercicir sebaik sahaja mereka membunuh seekor makhluk Elit. Jika mereka membunuh lebih sepuluh makhluk Elit, tidakkah mereka dapat memperolehi lebih sepuluh buku kemahiran? Pasti mereka tahu buku-buku kemahiran sangatlah jarang terjumpa, dan sebuah buku kemahiran Biasa pun boleh mengaut 1 Perak.

Shi Feng tahu-tahu sahaja pemikiran mereka. Akan tetapi, Mod Neraka pun tidak mempunyai kadar penciciran yang begitu tinggi. Hanya tiga hingga empat kali Mod Susah. Setelah itu, Shi Feng memberi Tetakan Badai kepada Si Hitam yang tergamam; kemudian memberi Perisai Plat Perlindungan Gangsa Tahap 1 kepada Cola; yang telah dicicirkan Renjer Malam. Dengan peralatan-peralatan ini, kekuatan kumpulan menaik sedikit.

Cola tidak boleh duduk diam setelah menerima Perisai Plat Perlindungan. Dia segera berterima kasih kepada Shi Feng. Dengan Perisai Plat Gangsa ini, bukan sahaja Perlindungan Cola naik sebanyak 14 mata, HP-nya juga menaik sehingga 350 mata.

Selain Shi Feng dan Si Hitam, semua yang hadir penuh dengan iri hati. Peralatan Gangsa merupakan tanda seorang pakar. Luar Dungeon, mustahil untuk memperoleh walau sebuah Peralatan Gangsa, biarpun merayu. Dan peralatan ini telah didapati oleh Shi Feng berseorangan. Tetapi, Shi Feng telah memberinya kepada Cola tanpa teragak-agak. Pandangan mereka terhadap Shi Feng berubah serba sedikit. Mereka merasa pemimpin kumpulan sepertinya tidaklah teruk mana. Shi Feng bukan seperti pemimpin-pemimpin kumpulan yang lain yang mengutamakan diri mereka apabila peralatan dicicirkan. Manakala Peralatan Gangsa pula, jangan harap peserta kumpulan sementara boleh dapat; mereka pasti menyimpannya untuk diri sendiri.

Kemudian, semua orang mengikuti Shi Feng sambil bergerak ke hadapan.

Dari masa ke masa, seekor dua Arnab Malam Elit akan muncul di hadapan mereka, dan mereka akan bertindak balas dengan pantas. Apabila terdapat dua ekor Arnab Malam, Cola akan menyerbu seekor, manakala Shi Feng dan Salji Sunyi akan bergegas ke seekor lagi dan membunuhnya. Bagi pemain jarak jauh pula, mereka akan mengutamakan Arnab Malam di hadapan Shi Feng.

700 HP Arnab Malam akan hilang sekelip mata akibat pukulan bertubi-tubi tersebut.

Kemudian, kumpulan mereka membantu Cola dan menyelesaikan Arnab Malam yang tertinggal. Dalam beberapa detik, dua ekor Arnab Malam tersebut sudah tiada. Dengan proses ini, sebuah buku kemahiran, [Pemulihan], terutamanya untuk perawat juga dicicirkan. Kemahiran tersebut mempunyai masa lancaran 2 saat. Apabila dipelajari Oracle, kemahiran tersebut boleh memulihkan 37 HP serta-merta. Ia jauh lebih berkesan daripada Doa Nyawa. Masa rehatnya tidak sama seperti Doa Nyawa, jadi kedua-duanya boleh digunakan dengan selaras untuk membatalkan sepenuhnya kemusnahan yang disebabkan Arnab-Arnab Malam Elit.

Sloth Mengantuk berterima kasih tanpa henti kepada Shi Feng dan ahli-ahli kumpulannya yang lain kerana membenarkannya mempelajari buku kemahiran tersebut. Pemulihan merupakan salah satu kemahiran yang amat penting untuk melepasi Dungeon. Jika dijual di luar, harganya boleh sampai 2 atau 3 syiling Perak.

"Usahlah. Buku kemahiran harus dipakai. Mari kita teruskan." Shi Feng tersenyum sambil menjawab.

Selain buku-buku kemahiran serangan AoE, kemahiran kelas perawat merupakan antara yang paling mahal dan jarang dijumpai. Akan tetapi, Hutan Maut merupakan Dungeon yang bertujuan membolehkan pemain-pemain membina asas di Kawasan Tuhan. Dalam Mod Neraka kadar penciciran untuk kemahiran-kemahiran merawat asas sangat tinggi. Dalam hayat lampau Shi Feng, dia telah memperolehi empat buku kemahiran merawat selepas hanya memasuki Mod Neraka Hutan Maut sekali. Ia bukanlah sesuatu yang dianggap berharga.

Setelah lebih sejam, kumpulan Shi Feng tiba di kawasan tanah pamah berumput. Akhirnya mereka bertemu Bos Dungeon yang pertama.

[Willie] (Pangkat Ketua)

Tahap 3

HP 6000

Willie merupakan Arnab Malam yang ganas. Ia setinggi dua orang, dan tapak kakinya dihiasi kuku besi panjang. Kuku-kuku tersebut gemar mencipta jamuan darah segar, dan sesiapa yang terperangkap dengan cakarannya akan dicincang hingga menjadi cebisan, lalu menjadi sungai darah. Bilangan pemain yang telah maut ngeri akibat kuku-kukunya tidak diketahui.

Tidak jauh dari Willie, terdapat tujuh Arnab Malam Elit yang berdiri sedia. Tujuh arnab tersebut sangat rapat antara satu sama lain. Apabila salah seekor diserang, yang lain akan bergegas untuk membantunya. Terdapat juga kebarangkalian besar untuk menarik perhatian Bos.

Shi Feng pun tidak mampu melawan tujuh ekor Arnab Malam, jangankan dengan Bosnya sekali.

Tetapi, jika mereka tidak mengalahkan kesemua tujuh Arnab Malam tersebut, tiada cara untuk menyerang Bos mereka.

"Abang Feng, macam mana sekarang? Tempat ini ramai sangat Arnab Malam. Permainan ini memang tak bagi peluanglah." Si Hitam sangat cemas. Walaupun Bos sudah pun di hadapan mereka, Sistem telah menjodohkan mereka. Kesukarannya terlampau tinggi. Patutlah dipanggil Dungeon Mod Neraka. Mustahil untuk melepasinya tanpa kekuatan penuh.

Tetapan Sistem juga menimbulkan kemarahan pada semua orang. Siapa yang mampu mengalahkan tujuh Arnab Malam Elit? Kesatria Pelindung Tahap 5 pun takkan mampu.

"Kamu semua tunggu belakang batu itu. Cola, sedia terima makhluk itu. Yang lain jangan serang tanpa arahan saya," Shi Feng menunjukkan sebuah batu besar yang berdekatan; Shi Feng sudah tahu memang ada tujuh ekor Arnab Malam Elit di sini.

Semua orang akur akan arahan Shi Feng tanpa soal. Kecemerlangan mereka dalam membunuh makhluk-makhluk sehingga kini disebabkan arahan-arahan Shi Feng. Tidak kurang juga Arnab Malam yang telah mereka bunuh, dan kesemua mereka telah memperoleh satu atau dua buah Peralatan Gangsa. Si Hitam pun telah dapat lima buah Peralatan Gangsa. Kekuatan kumpulan mereka sudah pasti melepasi kumpulan-kumpulan elit yang lain. Kejayaan mereka disebabkan arahan-arahan Shi Feng.

Shi Feng telah melarikan diri ke sebuah kawasan 40 ela dari tujuh Arnab Malam tersebut. Dia bersembunyi dengan senyap dalam semak sambil memerhati setiap pergerakan Arnab-Arnab Malam tersebut.

Seluruh kumpulannya terus memahami tindakan Shi Feng itu bertujuan mengumpan makhluk. Akan tetapi, Arnab-Arnab Malam tersebut terlalu dekat antara satu sama lain. Shi Feng merupakan seorang pemain pedang. Dia tidak mempunyai apa-apa serangan jarak jauh, jadi bagaimana dia hendak mengumpan makhluk?

Masa berlalu detik demi detik. Semua orang berasa cemas. Jika Shi Feng tiba-tiba gagal, sudah pasti kumpulan mereka dilenyapkan. Akan tetapi, Shi Feng tenang. Dia tidak bergerak walau seinci sementara memerhati Arnab-Arnab Malam yang berjauhan.

Tiba-tiba, angin yang dingin meniup, menerbangkan sehelai daun mati daripada pokoknya.

Melihat daun tersebut terapung ke arah Arnab Malam, Shi Feng mencapai sebutir batu di sisinya. Dengan lembut, dia melontarnya ke arah mereka.

Batu tersebut meluru ke arah Arnab Malam yang berada paling dekat dengan Bos.

"Habislah kita."

Semua orang faham akan situasi mereka kini. Sudah pasti gabungan tujuh ekor Arnab Malam dengan seekor Bos akan meluru ke arah mereka, lalu mengorbankan mereka semua.

Batu tersebut terkena pada daun mati tersebut, lalu menghempaskannya pada Arnab Malam.

Arnab Malam tersebut tersentak dan berpusing untuk mengawasi kelilingnya, tetapi hanya menjumpai sehelai daun. Apakah sehelai daun boleh menyakitkannya sehingga begitu? Sejurus kemudian, Arnab Malam tersebut meninggalkan unitnya untuk memerhatikan kawasan sekeliling. Ia mencari-cari buta-buta, tanpa mengetahui apa yang hendak dicarinya. Ia sudah sampai 20 ela dari unitnya, namun tetap masih bergerak lebih jauh lagi.

"Oh Tuhan!" Salji Sunyi terpaksa menyuarakan isi hatinya; matanya hampir terkeluar daripada lubangnya.

Yang lain juga mengangguk dengan mulut terlopong.

Apa jenis keperincian yang diperlukan untuk mengenakan daun mati tersebut sehingga boleh menembak ke arah Arnab Malam, dan mengelirukannya sehingga ia terpaksa mencari pengacaunya buta-buta?

Itu dianggap melampau melainkan kemahiran tersebut dianggap kemahiran Ultimate.

Benarkah Shi Feng seorang amatur? Takkanlah dia sebenarnya seorang dewa permainan yang ke sini untuk memperbodohkan mereka?

"Penyeru, yang selebihnya kau punya." Shi Feng menjalan ke arah batu tadi. Dia memandang Penyeru tersebut, sambil menepuk bahunya dan tersenyum.