Pintu batu berat itu terbuka dengan perlahan-lahan selepas Shi Feng mengesahkan pilihannya.
Sementara itu pula baki masa Shi Feng di Puncak Dunia terus berkurangan sebanyak 50 minit.
Shi Feng terjumpa tangga yang menuju ke atas apabila masuk ke Kuil ini. Terdapat ukiran rune dan gambar yang menghiasi dinding tangga ini. Terdapat juga gambar para Dewa sebelum Pembinasaan Agung.
Shi Feng selangkah demi selangkah menaiki tangga Kuil ini.
Pada mulanya Shi Feng tidak rasa apa-apa perkara yang lain dari biasa. Walaupun begitu Shi Feng mula rasa sesuatu yang tidak kena apabila berada di separuh jalan.
"Kenapa graviti di sini semakin meningkat?"
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com