Pandangan penuh harapan Zhao Jianhua membuatkan Chen Wun sukar untuk membalas pertanyaannya tadi.
Sebelum ini, dia tidak tahu kekuatan sebenar Shi Feng. Dia merasakan mustahil bagi Shi Feng berjaya mencapai alam tersebut. Namun, dia telah menyaksikan tindakan Shi Feng dan hanya terkejut sahaja yang mampu menggambarkan keadaannya pada masa ini.
Chen Wu tidak berani membayangkan seorang jejaka awal dua puluhan berjaya memiliki pengetahuan dalam seni bela diri dengan mendalam.
Sekiranya pengetahuan Shi Feng tentang seni bela diri hampir sempurna, Chen Wu akan memanggilnya seorang genius. Namun, apabila Shi Feng membuka langkah, langkahnya kelihatan tulen yang penuh dengan semangat dan seakan-akan bernyawa. Kejadian seperti itu mustahil berlaku dengan pemahaman teori sahaja. Seseorang itu perlu menjalani latihan pertempuran yang lasak dan merasai sendiri pertempuran antara hidup dan mati untuk mendapatkan tahap seperti itu.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com