Shi Feng lantas menggunakan Kristal Komunikasi untuk menghubungi Seliora.
"Helo, Cik Seliora. Saya Ye Feng. Saya mahu minta pertolongan Cik Seliora. Bolehkah kita berjumpa?" Shi Feng tanya dengan berhemah.
Statusnya kini jauh lebih tinggi berbanding Seliora. Meskipun hubungan mereka berdua agak rapat, Shi Feng masih lagi mengekalkan budi bahasa sewaktu meminta pertolongan.
"Oh, kamu. Saya amat sibuk ketika ini. Lekas, katakan hajat kamu," balas Seliora. Walaupun dia tidak segera menolak permintaan Shi Feng itu, dia masih tidak menunjukkan sebarang tanda berminat.
Bagi Seliora, tiada apa yang lebih penting selain mengumpul bahan menempa pangkat Epik ketika ini. Jikalau dia tidak terhutang budi pada Shi Feng, dia sudah lama tolak permintaannya. Tetapi, dia masih lagi memberi peluang kepada Shi Feng untuk berkata-kata.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com