webnovel

Peperangan Pelumpuhan

Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila Shi Feng melog masuk ke dalam permainan, lokasi kemunculannya masih di dalam Ngarai Kabus Putih.

Ketika ini, langit Kawasan Tuhan mulai gelap. Masih berbaki sejam lebih sebelum senja melabuhkan tirainya.

"Tempat ini sunyi sepi."

Shi Feng memandang persekitaran, gagal menemui sebarang pemain mahupun raksasa. Hanya bunyi dedaun ditiup angin lalu menyapu tanah. Kejadian di Ngarai Kabus Putih ketika ini sungguh aneh.

Namun Shi Feng tidak tinggal di kawasan ini terlalu lama. Dia berlari mencari pintu keluar ngarai.

Ketika ini, Pelemahan ke atas Shi Feng telah tamat, dia sudah mencapai prestasi tertinggi. Sekiranya seseorang itu melihat susuk tubuh Shi Feng yang sedang berlari, mereka hanya melihat kelibat samar-samar sahaja. Apa yang dilihat mereka hanya satu lembaga sedang bergerak laju merentasi peta kawasan. Shi Feng bagaikan harimau bintang yang sihat dan megah.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com