Memang tiada orang lain di dalam hotel usang ini selain dari lelaki berpakaian hitam yang duduk di tepi tingkap serta dua Pengawal Gelap yang berdiri di sebelahnya.
Terdapat dua NPC sahaja di hotel ini iaitu pelayan bar dan pelayan.
Memang sukar untuk memanggil tempat ini sebagai hotel.
Dua Pengawal Gelap itu perhatikan setiap tindakan Shi Feng sejak Shi Feng masuk ke dalam dan berhenti di depan lelaki memakai mantel hitam itu. Mereka pasti akan menghapuskan Shi Feng dengan segera jika Shi Feng membuat sebarang pergerakan secara tiba-tiba.
Mereka berdua umpama pengawal peribadi yang terlatih.
"Ini ialah hotel mereka. Kenapa mereka kelihatan sungguh gelisah?" Sikap Pengawal Gelap itu membuatkan Shi Feng rasa keliru. Shi Feng menjadi semakin berminat ke atas lelaki bernama Taring Darah apabila melihat sikap mereka.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com