webnovel

Pakar Menempa

Editor: EndlessFantasy Translation

Terdapat banyak jenis perkakas perisai dalam Kawasan Tuhan.

Namun, beberapa jenis sahaja yang sesuai untuk pemain peringkat tinggi. Perkakas Perisai Mana Termaju salah satunya. Perkakas perisai yang sesuai untuk peringkat tinggi diberikan satu nama.

Perkakas Perisai Luar Biasa!

Tatkala perkakas perisai seperti Perkakas Perisai Mana Pertengahan dan Perkakas Perisai Keluli Tuang bolh digunakan oleh pemain-pemain Peringkat 1 dan 2, bagi pemain-pemain Peringkat 3 dan ke atas, Atribut perkakas perisai itu sungguh mengecewakan. Lebih-lebih lagi, apabila pemain mencapai peringkat lebih tinggi, mereka akan menerima Mata Atribut Percuma jauh lebih banyak bagi setiap kenaikan.

Pada Peringkat 0, para pemain diberikan empat Mata Atribut Percuma bagi setiap kenaikan. Manakala, pada Peringkat 1, mereka menerima lapan mata. Selepas mencecah Peringkat 2, para pemain akan menerima 15 mata. Perbezaan pada setiap peringkat sungguh jelas.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com