webnovel

Raja Orc yang megah dan luar biasa itu secara perlahan berjalan ke altar yang berada di Menara Kematian dan membaca mantera tanpa henti sambil mendekati altar hitam legam itu. Tiba-tiba rune merah darah yang banyak terus muncul dari altar tersebut. Langit juga menjadi gelap sambil angin yang kuat bertiup.

Orc Berdarah Panas yang tidak terkira banyaknya berkumpul di bawah altar itu. Seseorang itu akan perasan terdapat berpuluh ribu Orc di dalam kubu kuat ini jika seseorang itu melihat ke bawah dari atas tembok…

Semua Orc ini terus melutut dan berdoa selepas berkumpul sekitar altar hitam itu.

Adegan yang berlaku ketika ini membuatkan Shi Feng juga rasa tergamam.

"Apa yang mereka cuba buat?" Shi Feng memang rasa keliru.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com