Sambil Shi Feng dan Syurga Mutlak sedang sibuk dengan pertaruhan mereka, malapetaka sedang menimpa Bandar Creek.
Pada asalnya, lebih seribu pemain Nama Merah menghuni Bandar Creek. Namun, selepas dibunuh oleh empat puluh pengawal NPC dan seratus orang ahli Sayap Sifar, pemain Nama Merah yang tinggal kurang daripada 200 orang. Mereka semua tidak berlagak seperti sebelumnya. Sebaliknya, mereka semua berlari bertempiaran ke seluruh arah.
Sebelum serangan dilancarkan oleh Sayap Sifar, pemain-pemain Nama Merah ini merupakan pemain yang sering membunuh dan merompak peralatan pemain-pemain lain. Mereka bukan sahaja menjana pendapatan melalui perbuatan terkutuk ini, malah mereka seronok melihat ketakutan dan wajah kasihan pemain-pemain yang mereka bunuh. Mereka merasakan saat itu saat yang amat indah sekali dan kejayaan yang diraih itu menjadi pembakar semangat kepada mereka terus kekal sebagai pemain Nama Merah.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com