webnovel

"Ini memang perasaan yang menakjubkan." Shi Feng melihat rekahan hitam yang berada di depan dia dan tidak dapat menahan diri untuk teringat semula perasaan yang dia rasa apabila menghayunkan pedangnya sebelum ini.

Malangnya dia hanya mencapai Kadar Keserasian super-sempurna ini secara tidak sengaja. Cuba untuk menangkap perasaan ini seperti cuba untuk menangkap mimpi.

Ketika Shi Feng ingin bertembung lagi dengan Pengawal Kuil itu, tiba-itba terdapat bunyi notifikasi sistem yang sampai ke telinganya.

Sistem: Jangka masa aktif di Kuil ini telah tamat. Pemain akan dihantar keluar dari Kuil ini dalam masa tiga saat.

"Masa sudah tamat?" Shi Feng tidak dapat menahan diri untuk rasa terkejut.

Shi Feng rasa yang dia hanya berlawan dengan Pengawal Kuil itu untuk seketika sahaja. Dia masih mempunyai banyak persoalan yang berharap untuk mendapatkan jawapannya. Tetapi 50 minit sudah berlalu tanpa disedari.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com