webnovel

Kemahiran Tabu Peringkat 2

Editor: EndlessFantasy Translation

Asalnya, Serena terbayang wajah Shi Feng yang cuak. Namun, Shi Feng langsung tidak terkejut walaupun dia telah mendedahkan kandungan ujian. Sebaliknya, dia seperti telah menduga semua itu.

"Tidakkah kamu terkejut setelah diberitahu perlu mengalahkan saya dalam ujian terakhir?" Serena bertanya, wajahnya bingung ketika melihat Shi Feng.

Manusia Peringkat 1 berlawan dengan Bidadari Tersingkir Peringkat 5.

Manusia berfikiran waras sudah berasa kecewa dengan perbezaan kekuatan yang begitu besar. Jika bukan perasaan kecewa, mungkin emosi mereka dipenuhi kemarahan dek kerana pertarungan yang berat sebelah..

Namun, Shi Feng langsung tidak terganggu dengan ujian ini. Jadi, bagaimana dia tidak terkejut?

"Memandangkan ganjarannya begitu mewah, saya sudah mempersiapkan diri dengan segala kemungkinan. Lagipun, saya tidak punya pilihan lain, betul tak?" Shi Feng ketawa, wajahnya kelihatan pasrah.

Tiada makanan percuma di Kawasan Tuhan.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com