Rasa teruja mula terpapar di muka pasukan ini apabila mendengar yang mereka boleh masuk ke Perpustakaan Titan jika dapat melepasi ujian itu. Terutama sekali pemilik kelas magik di dalam pasukan ini. Mata mereka penuh ternanti-nanti dan tidak sabar untuk masuk ke dalam perpustakaan secepat yang boleh.
"Semua orang, pergi berehat dahulu. Pastikan keadaan kau semua berada di tahap paling tinggi sebelum mencabar ujian tersebut," kata Shi Feng yang memberi arahan kepada pasukannya.
Setiap orang hanya mempunyai satu peluang sahaja untuk melepasi ujian itu. Mereka tidak akan mendapat akses masuk ke dalam perpustakaan itu jika gagal. Mereka hanya akan mendapat peluang yang lain untuk mengambil ujian tersebut apabila sekali lagi memasuki ujian tersebut. Tetapi memang perkara yang sangat sukar untuk sampai ke Perpustakaan Titan lagi.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com