webnovel

Baginda Suka Melihat… Orang Lain Lari Bertelanjang?

Editor: EndlessFantasy Translation

Festival Musim Bunga itu ialah cuti tradisi turun temurun beberapa generasi sejak Empayar Bayu mula ditubuhkan. Festival ini merupakan antara hari-hari yang paling meriah dalam setahun di empayar. Seluruh ahli keluarga di setiap isi rumah akan berkumpul bersama dan meraikan permulaan tahun baru. Pendek kata, ini hari yang diraikan seluruh empayar.

Dalam istana diraja yang megah, strukturnya yang mewah itu tersembunyi di sebalik lapisan salji. Dalam Dewan Utama, semua pegawai kerajaan berhimpun di hadapan maharaja baru yang menaiki takhta iaitu Ji Chengxue.

Ji Chengxue sedang bersemayam di atas takhta sambil mengenakan jubah naga emas dan mahkota emas. Dengan wajah yang tegas, aura berkuasa seorang maharaja jelas kelihatan dan hampir menyerupai Maharaja Changfeng.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com