webnovel

Chapter 3 : Musang, Zaman gelap dan Serbuk putih

Oyen bertemu dengan Detektif Siti semasa dalam perjalanan ke rumah . Kerana tersalah memilih selekoh mereka berdua tersesat sehingga matahari mulai terbenam . Disitu mereka terserempak Nico Walch, Orang ketiga berkuasa dalam pemasaran serbuk putih di Selangor.

Detektif Siti Menunjukkan rupa sebenarnya di bawah sinah bulan penuh yang dan membunuh Nico dengan memakan hatinya.

"Sebelum saya mula bercerita biar saya perkenal diri semula. "

Detektif Siti berkata .

"Nama betul saya adalah Kodokami Gu-miko dan saya berasal dari kaum mihosune, iaitu hasil perkahwinan Sami diraja dengan Musang ekor sembilan. "

Terang Detektif Siti .

"Wah menarik ni, saya pernah ingat yang Rai pernah bercerita tentang asal-usul Kaum Yildrim iaitu mereka ni hasil dari perkahwinan Pasha yang dipecat dengan Kvara ."

Oyen membalas.

"Terima kasih, Kisah kaum kamu pun menarik juga. "

Detektif Siti memuji .

"Baiklah saya mula ya. "

Detektif Siti berkata.

Pada awal kurun 1500. Manusia berperang antara satu sama lain sehingga sungai bertukar warna kepada merah kerana dipenuhi dengan darah .Tak cukup dengan kemenangan mutlak , Mereka , Raja-raja asia Baik mahaja Cina sehinggakan Sultan-sultan negara Islam mula memajukan kerajaan dalam pelbagai teknologi dan kemajuan .

Tetapi Raja-raja di eropah yang masih tersekat dalam bayangan zaman gelap dan wabak bubonik. Mereka dengki akan kejayaan yang sepatutnya dicapai oleh orang berkulit putih dirampas oleh Dunia islam dan sekutunya . Jadi mereka berpaling dari jalan yang suci dan mula melakukan satu amalan pelik iaitu persetubuhan manusia Yahudi dengan syaitan demi mencipta puaka. Puaka hidup dengan memakan daging manusia lain dan hanya boleh dibunuh dengan menghancurkan jantung mereka.

Paderi ketika itu telah melarang Raja-raja dari berbuat demikian tetapi dihiraukan dan digantikan dengan paderi yang lebih memihak kepada raja-raja tersebut. Justeru pada 1510

Mereka menhantar Puaka yang menyamar sebagai askar portugis lalu meruntuhkan kesultanan Melaka dan satu-persatu kerajaan Islam seperti Mughal dan Mesir mula jatuh ke tangan mereka.

Sultan uthmaniyah pada masa itu perasaan akan kejadian tersebut lalu mengadakan mesyuarat dengan sekutunya. Korea dan Jepun menawarkan diri dengan mencipta beberapa manusia hybrid seperti Mihosune dan lain-lain manakala Uthmaniyah mencipta satu ubat terbaru yang dipanggil Serbuk Putih yang dicipta dari pokok Karavarn yang hanya boleh hidup dengan menggunakan Baja dari Tulang-temulang Puaka.

Dengan persiapan yang sebegitu. Disaat dunia dilanda dua kali perang dunia. Uthmaniyah menyamar sebagai sekutu austria-hungry dan jerman demi membunuh puaka-puaka dari dalam

Namun mereka gagal dan ilmu pembuatan serbuk Putih dirampas oleh raja-raja eropah dan mereka sekaligus menyalah gunakannya . Dengan puaka yang rela berkorban demi tuannya , mereka dapat mencipta Bekalan serbuk putih tanpa had.

Walaupun majoriti negara sekarang adalah demokrasi namun raja-raja tersebut tetap mendapat keuntungan dari penjualan serbuk putih di setiap pelosok negara.

"Jadi kami sebagai Kaum Mihosune wujud untuk makan jantung puaka dan memastikan kaum tersebut tidak membiak . "

Detektif Siti berkata.

"Takpa mendengar kisah itu mungkin terlalu berat untuk kamu faham . Jadi saya tak boleh nak buat apa. "

Detektif Siti berkata sambil mengusap Oyen yang sedang kesedihan .

"( Memori dia...Macam mana boleh termasuk dalam pemikiran aku ?...Oyen tak apalah aku anggap kau macam anak aku sendiri jadi rehatlah sementara dan terimalah hadiah aku .)

Pendam hati Detektif Siti lalu mencium dahi Oyen ,

"Eh apa yang…"

Oyen terbangun dari tidur dan terkejut melihat Detektif Siti.

" Selamat pagi ~ Macam mana ? Seronok tidur atas saya punya peha ?"

Kata Detektif Siti dengan senyuman bagaikan bidadari.

"HUH!? MAAF "

Oyen segera bangun dan berdiri.

" takpe lah , tidurlah sekejap lagi 10 minit, "

Pelawa Detektif Siti.

" Takpa -Takpa maaf tapi dah pukul berapa sekarang ?"

Oyen bertanya dengan gelisah '

"Pukul 2 rasanya."

Detektif Siti berkata.

"Arghhh"

Oyen segera berlari pulang karena teringat yang dia lupa memasukkan sesuatu ke dalam peti ais .

"Oyen… Nescaya satu hari nanti kita akan berjumpa lagi. Aku akan sentiasa berada di sisi kau."

Detektif Siti berkata dengan tangisan air mata mengalir .

Keesokan harinya.

"Weh..Soalan ni nak kena buat macam mana ?"

TG Bertanya.

"Tu soalan pecahan darjah 4 lah, takkan tu pun tak reti. Kau dah tingkatan 4 kot . "

Murni menyapa .

"Hahaha tengok ni !! Aku dah siap dulu "

Rizky menunjukkan kertas soalannya dengan bangga.

"Umm ...Salalah ."

Murni membalas.

"Huh!? "

Rizky menangis penuh hampa.

Tiba-tiba bunyi pintu masuk terbuka.

"Eh..Oyen ? Lambatnya kau balik, kau buat buat apa ?"

Murni bertanya.

"Eh apa dah jadi ngan kau? Asal badan kau penuh dengan luka?!"

Rizky terkejut.

"Kejap aku buat air"

TG bangun dan pergi ke dapur.

"Apa yang korang buat kat apartment aku ni ? "

Oyen Bertanya.

"Oh diorang ajak kita buat ulang kaji berkumpulan bersama. Maaf sebab lupa nak bagi tahu kau Oyen . "

Terang Rai.

"Kiyoko pun sama."

Kiyoko meminta maaf.

"Takpa ..Aku tak marah pun "

Oyen berkata sambil menggosok kepala Kiyoko dan Rai Sambil memandang muka TG,Murni dan Rizky dengan Niat membunuh.

"Hehe janganlah marah . "

Rizky Berkata.

"Eh tapi sekarang dah pukul 2 , Apasal lama sangat korang ulang kaji ni ?"

Oyen bertanya dan Riak wajah pada muka TG dan Rizky berubah.

"WAHHH OYEN TOLONG!! "

Jerit Rizky.

"Tolong!! Murni tak benarkan kami pulang selagi tak betul semua soalan wuu..wuu…"

Nangis TG.

"Hahaha..Kelakarlah korang ni."

Oyen berkata.

Sementara itu di Pejabat PDRM . Ahli-ahli P.K D.A.M.A.I sedang berbincang.

" Tuan Pengarah , Izinkan saya melapor diri tuan!. "

Inspektor Tahsin berkata.

"Silakan ."

Pengarah Abdulhamid memberi izin.

"Baiklah, Mula-mula sekali kami sudah periksa latar belakang Inspector Mahmud mim bin Tipudagar dan dia ni boleh tahan jugak…"

Sarjan Kemalatin membaca dengan hati yang tak tentram .

"Kenapa Sarjan ?"

Pengarah Abdulhamid bertanya.

"Dia ni memang kuat makan rasuah dan mempunyai banyak rekod berkenaan keganasan polis. "

Inspektor Tahsin berkata.

"... Dan macam mana pula dengan pembantunya ? "

Pengarah Abdulhamid bertanya.

" Sub-Inspektor Sudirman Sebahattin A/L Mahmud. Dia..Takda sangat rekod pasal dia tapi dia berjaya naik pangkat dalam masa yang singkat dan merupakan yang paling bijak dalam kelasnya. "

Jelas Sarjan Kemalatin .

"Begitu ya… Baiklah kalau macam tu-"

Pengarah Abdulhamid mahu memberi arahan seterusnya tapi diberhentikan Hamood.

"Kenapa ?"

Pengarah Abdulhamid bertanya.

"Ada Mesej dari Sub-Inspektor Celal Amudobo. "

Hamood berkata dengan suara cemas.

"Mesej? "

Inspektor Kemalatin dan Tahsin berfikir .

"Ini dia tuan ."

Hamood membentang sebuah kertas yang ditulis dengan Bintik dan garisan .

"Ini Macam telegraf ...Sarjan ambilkan Buku -"

Inspektor Tahsin berkata lalu dihentikan oleh Pengarah Abdulhamid.

"Tak payah ! "

Pengarah Abdulhamid berkata lalu membaca surat telegraf tersebut dengan khusuk.

"!!!'

Pengarah Abdulhamid memberi reaksi lalu segera keluar dari pejabat .

"Pengarah Tunggu!!"

Semua terkejut dengan tindakan pengarah yang spontan .

Sementara itu . Di lorong jalan yang terpinggir.

"Aku harap diorang dapat dan mesej yang aku beri "

Pendam Sub-Inspektor Celal.

"!!!"

Tiba-tiba Celal cepat-cepat menyorok apabila nampak Inspektor Mahmud dan Sebahattin keluar dari pintu bar belakang.

"Aduh peningnya…*Burb*"

Ngeluh Inspektor Mahmud lalu sendawa .

"Tulah , Abah minum banyak sangat! Tengok kan dah merana."

Kata Inspektor Sebahattin sambil mendukung Inspektur Mahmud .

"Cepat..Cepat masuk kereta...Aku nak balik !"

Kata Inspektor Mahmud.

"Abah!? Diorang ni Anak- bapak ke!?""

Terkejut Celal mendengarnya.

Dengan rasa ingin tahu yang mendalam Sub-Inspektor Celal melihat ke arah kereta yang di dalamnya Inspektor Mahmud sedang berehat , Tiba-tiba…

"Sekejap mana Inspektor Sebahattin !?"

Sub-Inspektor Celal terkejut.

"Mak babak kau tak pernah ajar kau ke pasal mengintal itu sat perbuatan yang hina?"

Inspektor Sebahattin menhalakan pistol ke arah Kepala celal .

"!!!"

Dengan sepantas kilat Celal segera menangkis pistol sebahattin lalu menembak peha sebahattin.

"Arghh.."

Sebahattin menjerit kesakitan

Namun sebaliknya , luka di peha Sebahattin mula sembuh dengan kepantasan yang tak normal.

"Apa!?"

Sub-Inspektor Celal terkejut dan panik lalu melarikan diri. Tetapi apakah daya apabila dia ditembak di bahagian lengan,kaki dan tangan.

"Maaf tapi aku tak boleh benarkan kau tahu siapa aku yang sebenarnya…"

Inspektor Sebahattin berkata lalu memasuki kereta.

"Bunyi bising apa tadi tu ?"

Inspektor Mahmud berkata kepada Sebahattin.

"Tak ada apalah.."

Inspektor Sebahattin berkata lalu menekan undur pada kereta.

"Nanti...Tunggu! JANGAN!!!"

Celal menjerit meminta tolong namun tidak diendarkan dan digilis dari bahagian kepala sampai ke kaki.

"Eh sejak bila ada lorong ni ada bumper?"

Inspektor Mahmud terkejut.

Sementara itu di kediaman Oyen .

"Jadi maksudnya ada lebih dari satu gang yang bertanggungjawab menyebarkan Serbuk putih ?"

Kata Murni sambil minum teh.

"Bukan Geng kongsi gelap sahaja malah PDRM ,Samseng bahkan satu persatuan Eropah adalah musuh kita mulai sekarang kalau kita nak hancurkan piramid yang bertanggungjawab dalam penyebaran serbuk putih..."

Oyen berkata dengan ekspresi yang mati.

"Oyen ..Janganlah paksa diri kau sangat nanti silap-silap kau yang merana ."

Rai berkata.

" Di saat kita sedang duduk berbincang...Ramai orang di luar sana sedang sedih akibat dikhianati dan membunuh diri akibat rasa malu dan stress dan semuanya disebabkan oleh Serbuk Putih!"

Oyen bangun dan memberi hujah .

"Ceh bukan kau seorang sahaja yang bercita-cita tinggi tau! Jangan risau aku , Ketua Jakarta Jaya Cawangan Malaysia akan menyokong kau ! Haha."

Rizky berkata.

"Korang semua!"

Oyen berkata sambil menangis teresak-esak

DI asrama Sekolah permata bulan untuk lelaki .

"Eh cuba kau kira balik senarai nama yang dah bayar keahlian . '

Wadi berkata kepada Aidit sambil menghulurkan documen pengenalan ahli-ahli Geng Kuala Harimau dan Jakarta Jay.

"Kenapa tiba-tiba aku rasa pening kepala yang lain dari lain ?"

Aidit berkata lalu mengecup Diterima pada borang permohonan.

"Hahalah sabarlah ...Lagi pun kau yang nak sangat Oyen mengulang-kaji supaya dia tak ketinggalan dalam pelajaran dan terus tenggelam dalam dunia delinkuen . "

Wadi berkata.

"Tapi aku peliklah Sejak bila kau kisah sangat kat ketua kita ? Bukan kau pendam rasa cinta terhadap bekas ketua kita semasa kita berkhidmat untuk Jakarta Jaya ke?"

Wadi bertanya. Dengan ekspresi ingin tahu.

"Takde Lah. Hatiku tetap menjadi kepunyaan Rizky...Tapi Yalah kan Kenapa eh?"

Aidit membalas.

"Sabar sajalah. Lagi pun dia masih 13 tahun dan tanggungjawab yang dipikulnya sudah cukup membebankan."

Wadi berkata.

Saya masak nasi goreng guna pelbagai aneka sos...Dan hasilnya memang amjink banget ~

Tahsin_Tarabascreators' thoughts