Tepat jam empat tiga puluh minit petang, Inspektor David, Marina dan Profesor Kardiff meninggalkan kawasan Bukit Istana dengan segera. Segala apa yang dijumpai di rumah Pakcik Fadhil sebentar tadi dijaga rapi sekali. Inspektor David perlu segera melaporkan perkembangan ini kepada pihak atasan. Ianya sebagai tanda penyiasatan yang dilakukannya membuahkan hasil.
"David, ada apa-apa berita dari ibu pejabat?" tanya Profesor Kardiff.
"Jika dilihat daripada apa yang berlaku. Kebanyakkan menyerang mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan Doktor Adam. Dua kawan baik Doktor Adam, kemudian Doktor Adam sendiri menjadi mangsa. Kini sasaran mereka adalah Marina dan Doktor Sarah"
"Jangan lupa Encik Murukesh juga hilang secara tiba-tiba"
"Nampaknya nyawa saya memang dalam bahaya sekarang ni." Reaksi muka Marina mula berubah. Kebimbangan jelas kelihatan di wajahnya walaupun dia sedaya upaya menyembunyikannya dengan berlagak tenang.
"Jangan bimbang Marina, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menjaga keselamatan kamu" Inspektor David member jaminan. Marina tersenyum mendengar kata-kata Inspektor David itu. Dia berasa selamat berada di sisi lelaki itu. Telefon bimbit Marina berbunyi buat pertama kali setelah mereka tiba di Jeroro. Nama Puan Leela, isteri kepada peguam keluarganya itu tertera.
"Helo Puan Leela"
"Helo. Marina ada di mana sekarang?" Puan Leela segera bertanya. Suaranya kurang jelas dan kedengaran bergema.
"Baru sahaja keluar dari Laguna Selatan. Kenapa auntie?" Marina menjawab soalan wanita itu dan kemudian membalasnya semula dengan soalan. Marina mendengar segala butir-butir perkataan yang disebut oleh Puan Leela.
"Apa?" kata Marina sejurus mendengar mengenai e-mail yang dikirim oleh Doktor Adam itu. Inspektor David dan Profesor Kardiff hanya memerhatikan sahaja gelagat Marina. Mereka tertanya-tanya apa agaknya yang dibualkan oleh anak Doktor Adam itu dengan Puan Leela.
"Baiklah. Tapi kenapa di gudang itu pula" soal Marina.
"Kamu datang sahaja di sini. Saya pasti dia ada jawapan kepada semua masalah yang sedang kita hadapi sekarang ni" Puan Leela mengakhiri perbualan mereka.
"Kenapa Marina?" Inspektor David menyoal sebaik sahaja Marina melepaskan telefon itu dari cuping telinganya.
"We've got to see Puan Leela now" jawab Marina ringkas.
"Di mana?"
"Taman Pusat Perindustrian Kaokolo"