webnovel

NAGA PUSAR

Empayar bangun dan jatuh di Benua Yulan. Saint, makhluk abadi dengan kuasa yang tidak boleh dibayangkan, pertempuran menggunakan jampi dan pedang dan jampi, meninggalkan api kehancuran. Binatang buas berkuasa ajaib memerintah gunung, di mana yang berani - atau yang bodoh - pergi menguji kekuatan mereka. Bahkan yang berkuasa juga kalah, dibaham oleh mereka yang lebih kuat. Yang kuat hidup seperti raja; yang lemah berusaha untuk hidup untuk satu hari lagi. Ini ialah dunia di mana Linley dilahirkan. Dibesarkan dalam pekan kecil Wushan, Linley ialah keturuan puak Baruch, puak yang satu ketika dulu legenda Pahlawan Berdarah Naga. Kemasyhuran mereka pernah menggoncang dunia, tetapi puak itu telah menjadi lemah bahkan barang pusaka puak itu telah dijual. Ditugaskan untuk menuntut kembali kemuliaan puak yang hilang itu, Linley perlu melalui ujian dan kesengsaraan yang tidak terkira banyaknya, mendapat sahabat yang berkuasa dan juga musuh yang membunuh. Mari saksikan legenda baru yang sedang ditempa. Legenda Linley Baruch. This is the world which Linley is born into. Raised in the small town of Wushan, Linley is a scion of the Baruch clan, the clan of the once-legendary Dragonblood Warriors. Their fame once shook the world, but the clan is now so decrepit that even the heirlooms of the clan have been sold off. Tasked with reclaiming the lost glory of his clan, Linley will go through countless trials and tribulations, making powerful friends but also deadly enemies. Come witness a new legend in the making. The legend of Linley Baruch.

I Eat Tomatoes · Fantasi
Peringkat tidak cukup
806 Chs

Bergerak Penuh Hati-hati

Editor: EndlessFantasy Translation

Akhirnya, Paderi Tertinggi bersuara selepas pakar manusia dan makhluk ajaib memasuki Nekropolis Dewa.

"Tuan Beirut?" Paderi Tertinggi memandang ke arahnya. "Bagaimana jika Bebe bertembung dengan makhluk ketuhanan, 'Ular Ba'?"

Mungkin Beirut tidak peduli dengan nyawa mereka yang lain tetapi ia pastinya mengambil berat tentang Bebe. Sepanjang mereka berada di Nekropolis Dewa, Beirut sendiri tidak dapat menyelamatkannya. Paderi Tertinggi keliru… mengapa Beirut berani melakukan perkara sedemikian!

Beirut ketawa. "Tak mengapa. Bebe tak akan terserempak dengan Ular-Ba sebab ia melalui terowong kanan."

"Apa maksud Tuan Beirut?" Air muka Cesar berubah.

Beirut ketawa tenang lalu mengangguk. "Sebentar tadi, sewaktu saya membuka terowong, saya membuat penyiasatan dengan pantas. Ular Ba berada di terowong kiri dan di bawah tingkat lima… disebabkan itu, saya membiarkan makhluk ajaib tahap Dewa memasuki terowong kanan."

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com