webnovel

MY LITTLE PRINCESS

pertemuan semula mendatangkan banyak salah faham di antara mereka berdua. siapa yang dapat menyangka kalau lelaki yang di anggapnya sebagai musuh seterunya itu merupakan sahabat baiknya ketika kecil dahulu... wujudkah perasaan cinta di antara mereka? atau persahabatan mereka cuma hanya tinggal kenangan sahaja...

cupideclipse · Masa Muda
Peringkat tidak cukup
39 Chs

BAB DUA PULUH SATU

Ariel duduk bersandar pada birai katilnya. Rambutnya yang masih lagi basah di biarkan kering sendiri. Dia malas mahu menggunakan hair dryer, tengah malam buta seperti itu. Dia malas mahu mendengar bunyi bising. Kertas yang berada di dalam sampul surat yang di berikan oleh Vee tadi, di buka dan di baca satu persatu isi kandungannya. Dia meneliti kandungan surat itu penuh berhati - hati.

"What? Syarat apa pulak macam ini, ni? Memang tidak masuk akal betullah minah celup tu" Ariel menggelengkan kepalanya. Dia tawar hati untuk membaca lanjut, tanpa berfikir panjang dia lantas mengambil pen dan terus menurunkan tandatangannya pada kertas itu.

Syarat Vee kelihatan tidak munasabah langsung. Mana mungkin dia mahu memutuskan pertunangan mereka begitu saja. Tempoh enam bulan juga agak singkat untuk dia mencari sebab, untuk memutuskan pertunangan mereka itu. Ariel meraup wajahnya.

Ikutkan mulut, memang dia akan mengatakan dengan sesiapa sahaja yang dia tidak mungkin akan bertahan lama dengan gadis kacukan itu. Tapi kata hatinya, dia sayangkan pertunangan mereka dan dia tidak mahu mereka putus sampai bila - bila. Malah jauh di sudut hati Ariel, dia turut mengharapkan hubungannya dengan Vee akan kekal sehingga ke jinjang pelamin dan begitu juga seterusnya.

Bunyi telefon bimbitnya membuatkan dia tersentak dari lamunan. Pada mulanya dia mahu mengabaikan sahaja panggilan tersebut kerana agak mustahil untuk dia menerima panggilan pada lewat tengah malam buta seperti itu. Hakimi sendiri tidak pernah menelefonnya selewat itu.

Namun bila bunyi telefonnya tidak putus - putus, Ariel lantas membalas panggilan tersebut dengan nada malas. Sebaik sahaja dia menjawab talian si pemanggil, mulutnya terlopong luas. Dia hampir - hampir tidak percaya dengan apa yang sedang dia dengar ketika itu....

Tidak mungkin!!!

"Kau tolong kami, Riel. Besok pagi kau datang dengan ayah kau, bail aku" ujar Hakimi perlahan dengan nada suara bergetar. Ariel menarik nafas dalam. Dia turut bersimpati.

"Sure. Nanti aku ajak ayah pergi sana… parents kau dah tahu?"

"Papa dengan mama aku mana ada dekat Malaysia sekarang. Mereka dekat Jepun. I'll call them soon. Shak dah call parents dia dah, tadi…"

"Ooo… atau kau nak aku call parents kau?"

"Tak payah. Biar aku sendiri yang cakap dengan mereka. Kau dekat mana sekarang?"

"Aku dekat rumah ni…"

"Alhamdulillah. Glad to hear that..."

"Apa yang dah jadi sebenarnya ni, Kimi? Kenapa kau dengan Shak boleh kena tangkap sampai macam ni…"

"Nanti sajalah aku cerita dengan engkau, Riel. Aku tak ada masa nak cakap panjang dengan kau sekarang. Aku letak dulu, key"

"Okey... I'll see you tomorrow morning..."

"Okey. Thanks, Riel"

"You are welcome, Kimi... anytime, bro... anytime"

Talian di putuskan sebaik sahaja Hakimi meletak panggilannya. Dia memanjat seribu kesyukuran di dalam hati kerana dia dengan Vee selamat tiba di rumah tanpa ada apa - apa kejadian yang tidak di ingini berlaku dengan mereka....

Alhamdulillah...

Ariel kembali termenung panjang di tempat duduknya. Kejadian yang sedang menimpa Hakimi dengan Shakira pasti ada hikmah di sebaliknya. Ariel teringat dengan Fiesyah Zeyha. Dia dan Fiesyah selalu keluar malam dan balik lewat. Malah mereka juga gemar duduk di tempat yang sunyi dan tertutup.

Malah jika mereka makan malam di hotel sekali pun mereka akan mengambil tempat duduk di kawasan yang agak tertutup dari pandangan orang ramai. Kata Fiesyah, privasi amat penting untuk dirinya.

Nasib baik sepanjang dia keluar bersama - sama dengan Fiesyah, mereka tidak pernah bertemu dengan mana - mana kakitangan jabatan agama yang kerap membuat rondaan pada waktu malam di tempat - tempat yang sunyi dan gelap. Walaupun mereka tidak melakukan apa - apa, pasti natijahnya tetap sama juga dan hanya akan mengaibkan nama baik dan maruah keluarga mereka.

Mungkin, Vee sendiri tidak akan sanggup untuk menolongnya jika dia tahu yang selama ini Fiesyah dengan Ariel kerap bertemu dan keluar malam bersama. Di mana dia hendak meletakkan mukanya nanti kalau Vee dapat tahu mengenai perkara itu. Ariel berbaring lemah. Fikirannya melayang memikirkan keadaan Hakimi dengan Shakira pada malam itu.

"Selesakah dia orang berdua dekat dalam tu?"

Suasana sewaktu sarapan pagi di rumah agak sunyi dari hari - hari biasa. Vee pelik melihat renungan dan juga pandangan papa dan mamanya pagi itu. Terasa tekaknya pahit dan perit untuk menelan nasi gorengnya....

Sudah - sudahlah renung aku tu... tak sakitkah mata mama dan papa tengok aku macam tu.. pandang aku macam nak telan hidup - hidup! Takkan sebab aku makan banyak sikit kot pagi ni... pelik! Urmm...

"Ehem.." Vee mendongakkan pandangannya. Pandangan tajam papa membuat Vee telan air liur sendiri.

"Shak ada call kamu tak?" Vee kerut dahi seribu....

Apa maksud papa cakap macam tu?…

Vee pantas menggelengkan kepalanya. Semalam dia tertunggu - tunggu juga panggilan dari Shakira, tapi dia yakin yang temannya itu selamat sampai di rumah semalam.

"Tak ada, Pa. Kenapa?" Tuan Victor Hashim, menarik nafas dalam sebelum melepaskan keluhan beratnya. Vee di buru rasa takut tiba - tiba.

Apa yang sudah jadi dengan minah Korea tu?! Mustahil dia buat parents aku marah? Itu bukan Shakira yang aku kenal. Something bad happen to her last night! Ooo... Shak!

"Vee tahu tak apa jadi semalam dekat dia?" debaran di dada Vee semakin kencang. Fikirannya di penuhi dengan perkara yang tidak elok.

Dia kemalangankah semalam? Dah arwah???? Aish, takkanlah! Kimi lebih cekap memandu jika di bandingkan dengan Ariel. Ya ALLAH.... Apa dah jadi dengan Shak dan Kimi sebenarnya ni?!

"Shak kemalangankah Pa? Ma?" soal Vee dengan nada terkejut....

Ya ALLAH, selamatkanlah temanku itu Ya ALLAH.... seandainya umur dia tidak panjang, tempatkanlah roh mereka di kalangan orang - orang yang beriman yang ENGKAU redahi.... Amin!

"Dia tak kemalangan pun! Dia okey…" Vee menarik nafas lega, selega - leganya....

Alhamdulillah! Hurmm, buat aku suspen maut aje tadi. Ya ALLAH... Alhamdulillah... terima kasih Ya ALLAH! Terima kasih sebab masih panjangkan usia mereka berdua...

"So, Shak ada dekat mana sebenarnya? Dia lari dari rumahkah atau… is she in some kind of trouble?" Tuan Victor Hashim angguk perlahan - lahan.

Dia sempat mengerling wajah isterinya yang agak suram pagi itu. Hati orang tua mana yang tidak risau bila mendengar berita yang mengejutkan seperti itu. Lebih - lebih lagi bila memikirkan soal anak tunggal perempuan mereka yang turut balik lewat semalam semalam.

Kalau kejadian yang menimpa Shakira berlaku pada anak mereka, pasti perasaan mereka jauh lebih teruk dari itu. Mana mungkin mereka mampu untuk bersemuka dengan bakal besan mereka nanti. Perasaan kecewa, terluka dan sakit hati pasti akan menguasai keseluruhan pemikiran mereka.

Namun dia dan isterinya dapat menarik nafas lega kerana anak tunggal mereka tidak terbabit dalam kejadian itu. Sekurang - kurangnya dia dan isterinya punya waktu dan masa untuk merancang semula status perhubungan anak mereka, sekarang.

"Dia ada dekat dalam lokap!" mahu terhambur nasi goreng yang berada di dalam mulut Vee, sebaik sahaja dia mendengar kata - kata papanya.

Jail??... Mak oi!!! Kes berat tu. Shak, what have you done?!

"Jail? But why? Semalam okey aje… mereka langgar orangkah?"

Macam mana dengan kolej? Apa yang akan jadi dengan Kimi dan Shak nanti? Berapa lama mereka kena masuk penjara pulak? Nooo... Shak! Kimi! Ya ALLAH, macam mana sekarang ni?

"Dia tak langgar siapa - siapa pun" balas Puan Aisyah perlahan, acuh tidak acuh melihat reaksi anaknya yang sudah agak keterlaluan. Vee garu kepala yang tidak gatal. Degup jantungnya kembali normal semula. Terlalu banyak teka - teki yang dia perlu jawab sendiri.

"Yang sebenarnya Datuk Sri Zainal call Papa pagi tadi. Dia dengan Ariel pergi jabatan agama, ikat jamin Shakira dengan Hakimi" Vee ternganga besar mendengar berita yang amat mengejutkannya pagi itu...

Masyallah! Astagafirullah Al'azim! Takkanlah dia orang berdua sempat buat cerita telenovela pulak? I'm shock!.... Vee terdiam kaku di tempat duduknya.

"Alhamdulillah, family masing - masing faham dengan kejadian yang menimpa anak - anak mereka. Kalau tidak, semalam lagi pasti dah kecoh" ujar Tuan Victor Hashim.

Dia turut memulakan ceritanya, sementara Puan Aisyah hanya mencela bila perlu sahaja. Kata papa, selepas balik dari food court semalam, Hakimi dan Shakira ikut jalan biasa yang mereka lalui. Tapi malam itu jalan terlalu sesak dengan kereta dan Hakimi mengambil keputusan untuk mengikut jalan lain.

Tiba - tiba kereta Hakimi pula buat hal dan kebetulan tempat kereta mereka berhenti itu merupakan tempat hot spot, jabatan agama untuk menangkap pasangan - pasangan muda yang sedang di lamun cinta. Ramai pasangan bukan muhrim di dapati berdua - duaan di kawasan itu dan pihak jabatan agama sering membuat rondaan di kawasan terbabit.

Lebih - lebih lagi pada musim cuti umum dan hujung minggu, pasti ramai yang akan kena cekup. Dan sebab itu jugalah Hakimi dengan Shakira berada dalam tahanan pihak jabatan agama semalam...

Hurmm... no wonderlah dia dengan Kimi kena tangkap! Poor Shak and Kimi.... Vee tongkat dagu di hadapan kedua orang tuanya. Dia sendiri tidak mahu bercakap apa - apa lagi selepas mendengar penjelasan lanjut dari papa.

"So what do you think about this?"

"About what?" Tuan Victor Hashim menggelengkan kepalanya....

Sengaja buat tak fahamlah tu! Anak sorang pun banyak songeh. Kita tanya soal masa depan dia, dia buat - buat bodoh depan kita pulak! Ehem...

"Papa nak Vee fikir soal masa depan Vee dengan Ariel. Dari dapat berita yang tidak elok macam itu, baik kita cepat - cepat elak selagi kita ada waktu. Jadi bila nak ke mana sekali pun, tak ada orang yang hendak tangkap dan ambil perduli sangat" ujar Tuan Victor Hashim dengan nada serius.

Puan Aisyah turut bersetuju dengan kata - kata suaminya itu. Lagi bagus kalau tarikh untuk Ariel dan Vee di satukan di percepatkan sebaik mungkin. Dia tidak mampu untuk menerima hakikat kalau kejadian yang menimpa keluarga temannya itu terjadi dengan keluarganya sendiri.

"Means? Kahwin??" mata kedua orang tua Vee mencerlung tajam.

Vee yang baru perasan, sekadar tersenyum sumbing. Dia gerun melihat renungan tajam kedua orang tuanya pagi itu.

"I will talk about your engagement with Ariel and his father this late afternoon. In a meanwhile, Papa nak Vee fikir masak - masak, moral dari kejadian yang menimpa Shakira dengan Hakimi" Vee sekadar membalas dengan anggukkan kepalanya sahaja.

"Papa tak nak kejadian yang sama berlaku dekat Vee dan juga Ariel. Before that happens to us, we must act quickly to prevent it. You are an adult now, Vee. Sudah layak pun jadi isteri orang. Papa dengan mama pun taklah risau sangat kalau Vee dengan Ariel sudah bersatu nanti. Vee faham tak apa yang Papa dengan mama cakapkan ni?" Vee angguk tanda dia mengerti dan faham. Dia lantas bangkit dari tempat duduknya.

"Nak pergi mana pulak tu?" Puan Aisyah bertanya sebaik sahaja Vee bangkit meninggalkan meja makan mereka.

"Vee nak pergi kampuslah, Ma. Hari ini Vee ada trial dekat kolej" Puan Aisyah lepas keluhan, lemah. Biasanya anak gadisnya itu akan memprotes habis - habisan kalau dia tidak berpuas hati dengan sesuatu....

Takkan dia tak kisah kalau kami nak satukan dia cepat - cepat dengan Ariel? Humm... agaknya memang betullah kalau mereka memang bercinta dulu sebelum ni..

"Lagi satu, Ma. Vee ada janji temu dengan Zariel petang nanti. Kami nak jumpa dengan land lord, dia petang ni. So I'll be home late!" mata Puan Aisyah membesar.. Hai...

Masih tak makan saman lagi nampak! Nak papa dia rantai agaknya baru dia nak faham! Grr... budak ni kan!!

"Mama jangan risau, Vee minta Pak Deris datang jemput Vee nanti" ujar Vee sambil tersenyum lebar. Puan Aisyah menarik nafas lega....

Orang tahulah mama. Tak payah nak bagi second or third warning dah... kita memang faham!...

Vee lantas mencapai telefon bimbitnya dan menekan nombor talian Shakira.

"Hello..."

"Vee?…"

"Kau dekat mana sekarang?"

"Aku dekat rumah dah... kau dah dengar?"

"Yup. I' m sorry to hear it too, Shak. Kau okey tak sekarang?"

"Alhamdulillah, aku okey. Jumpa kau dekat kolej je nanti"

"Kau masuk kolej?!"

"Lol! Takkan sebab hal itu pun aku tak datang? Kau nak aku kena gantung kelaskah? Kita pun dah final year, tahun ni… aku tak nak ulang kelas balik tahun depan!" ujar Shakira sambil ketawa di dalam talian.

Vee turut sama ketawa. Lega dia mendengar suara ceria Shakira semula pagi itu. Walaupun dia di timpa masalah besar, dia masih lagi berfikiran positif.

"Aku jumpa kau dekat sana ajelah nanti. Bye, Shak"

"Bye… Assalamualaikum"

"Wa'alaikumsalam…" Vee berlari anak masuk ke dalam kereta.

Pak Deris akan menghantarnya ke kolej pagi itu. Lewat petang nanti dia juga akan di jemput semula oleh Pak Deris sebaik sahaja urusannya dengan Zariel Nazmie selesai.