webnovel

My bodyguard be my lover

Banyak orang yang membenci Elita kerana sikapnya yang sangat sombong dan berlagak.Suatu hari,ketika dia balik dari Amerika Syarikat,dia bertemu dengan Gavin.Disebabkan Elita mempunyai ramai musuh,ayahnya meminta pertolongan daripada Gavin untuk menjadi pengawal peribadi Elita dan dapat mengubah sikap Elita.Elita sentiasa menghina Gavin sehingga mereka selalu bergaduh.Tanpa disangka Elita telah jatuh cinta terhadap Gavin secara tiba-tiba.Kerana Gavin juga,dia telah berubah.

zur_nie · perkotaan
Peringkat tidak cukup
28 Chs

Pertama kali

Elita berjalan sambil menilik telefonnya.Tiba-tiba seorang lelaki terlanggar dia secara tidak sengaja.

"Maaf cik"

Lelaki berkaca mata hitam itu memberikan senyuman manis padanya.

"Awak ingat saya senang nak maafkan ke?Nasib telefon saya tak jatuh!"Elita berpeluk tubuh dan geram melihat lelaki itu yang hampir membuatkan telefonnya terjatuh.

"Awak memang hati batu ke? Kenapa susah sangat nak maafkan?Saya tak sengaja pun nak langgar awak faham?"

"Diam!Buang masa nak layan awak!"

Elita meninggalkan lelaki yang tidak dikenali itu.

"Muka cantik tapi hati busuk"

Gavin bercakap di dalam hatinya dan merenung wajah perempuan itu dengan tajam sehingga hilang dari pandangan matanya.

Elita mengeluarkan telefonnya dan menekan nombor telefon ayahnya.

"Hello ayah,cepatlah ambil Elita,Elita tak suka tunggu lama-lama kat sini"

"Hello,ya sekejap lagi ayah akan sampai kat sana"

Elita menamatkan perbualan mereka.

Dia terkejut kerana lelaki tadi sedang menuju ke arahnya.

"Awak nak apa lagi?Nak sakitkan hati saya?"

"Saya nak awak maafkan saya"

"Maaf?Jangan nak berangan-angan!Sampai bila-bila pun saya tak akan maafkan awak!"

"Baiklah.."

Elita menjeling dia lalu lelaki itu meninggalkan dia dan berjalan ke tempat lain.

Tidak lama kemudian,Encik Alvis iaitu ayah Elita telah pun sampai di depan lapangan terbang untuk menjemput Elita balik ke rumah.

Elita membuka pintu kereta ayahnya dan duduk di tempat penumpang.Elita masuk tanpa memberikan salam pada ayahnya.

"Elita akan ada pengawal peribadi"

Elita merenung ke luar cermin dan mengabaikan ayahnya yang masih bercerita.

"Kenapa Elita perlu ada pengawal peribadi?Elita boleh jaga diri sendirilah!Tak perlu pun pengawal peribadi!"

"Pengawal peribadi itu yang akan menjaga keselamatan Elita daripada musuh dan akan jadi pemandu kereta Elita.Kenapa Elita tak suka ada pengawal peribadi?"

"Elita nak sendirilah ayah"

"Mungkin pengawal peribadi tu akan jadi jodoh Elita juga haha"

Elita memandang wajah ayahnya itu dengan tajam.

"Apa?Jodoh?Tak ada maknanya Elita suka pengawal peribadi sendiri!"

"Sebab Elita masih sayangkan Alden?"

"Mestilah"

Encik Alvis menganggukkan kepalanya.

"Baiklah,ayah tak akan halang"

Elita gembira kerana ayahnya selalu menyokong pendapatnya.Dia termenung dan mengingati kenangannya bersama Alden.

"Saya tak sabar nak jumpa awak, Alden"Elita berbisik di dalam hatinya.Dia sangat menyayangi Alden kerana Alden sentiasa mengambil berat tentangnya.

"Sampai!"

Elita terjaga dari tidurnya dan keluar dari kereta ayahnya.

"Mama!"

Elita berlari dan memeluk ibunya,Puan Jefina.

"Elita rindu mama!"

"Mama pun rindu Elita"

Puan Jefina membelai lembut rambut anak tunggalnya itu.

"Jom masuk Vivi dah masak makanan kegemaran Elita"

"Nak nak!"

Elita menarik lengan ibunya dan berjalan menuju ke dapur.

***

Elita bangun pagi dan menuju ke bilik air.Setelah bersiap,Elita berjalan menuju ke ruang tamu mencari ibu dan ayahnya.

"Mama dengan ayah nak pergi mana tu?"

"Kami nak pergi melawat seseorang,Elita duduk di rumah sahajalah ya,sarapan sudah ada di dapur"

Elita menganggukkan kepalanya.Puan Jefina dan Encik Alvis membuka pintu dan masuk ke dalam kereta.Elita berjalan menuju ke dapur.

Semasa Elita sedang makan,terdapat panggilan daripada Alden.

Elita lekas mengunyah makanan yang masih di dalam mulutnya lalu menjawab panggilan Alden.

"Hi sayang apa khabar sihat tak?"

Terukir senyuman di bibirnya apabila mendengar suara daripada Alden.

"Hi ,Elita sihat.Bila kita boleh jumpa?"

"Sekarang pun boleh sebab saya dah kat depan pintu rumah awak sekarang"

Elita terkejut.

"Depan pintu?"

"Ya awak tak nak jemput saya masuk ke?"

"Kejap!"

"Ok sayang"

Elita menghabiskan makanan yang masih tinggal sedikit.Dia meletakkan pinggan di sinki dan membiarkan Vivi yang mencuci.

Elita berjalan menuju ke depan pintu dan membuka pintu.Alden senyum melihatnya dan Elita turut membalas dengan memberikan senyuman manis pada Alden.

"Hi sayang"

"Hi! masuklah"

Elita menarik tangan Alden dan mengajaknya ke ruang tamu.Mereka berdua duduk di sofa.

"Mana mama dan ayah awak?"

"Lawat seseorang,awak tak kerja ke hari ini?"

"Tak sebab saya nak lawat awak, sayang"

"Thank you"

Alden memegang tangan Elita.

"Demi awak sayang,saya sudi nak luangkan masa bersama awak"

Elita menyandarkan kepalanya di bahu Alden.

"Saya sentiasa rindu awak Alden dan setia pada awak"

***

"Inilah anak saya yang akan menjadi pengawal peribadi anak awak"kata Encik Damian,ayah Gavin.

Gavin berjabat tangan dengan Encik Alvis dan Puan Jefina.

"Nama saya Gavin"

"Kacak dan sopan"

Encik Alvis mengusap bahu Gavin.

"Gavin,saya harap awak dapat ubah perangai anak kami jadi baik macam awak,saya tak nak jika anak kami akan terus dibenci oleh orang sekelilingnya"

"Baiklah,saya akan membantu anak encik dan puan"

"Dan saya ada 1 permintaan lagi"

"Apa permintaan encik?"

"Saya nak awak buat Elita jatuh cinta terhadap awak"

Gavin menganggukkan kepalanya.Dia terpaksa jujur kerana mahu menjaga hati Encik Alvis dan Puan Jefina.Gavin masih merindui teman wanitanya iaitu Amelia.Mereka telah lama berpisah sejak Amelia bekerja di London.Gavin juga berjanji pada Amelia untuk setia menunggunya.

"Kalau dah setuju,kami akan membawa awak ke rumah kami"

"Baiklah Encik Alvis dan Puan Jefina"

"Tak perlu panggil kami encik dan puan,panggil sahaja kami uncle dan aunty.Kami sudah menganggap awak sebahagian daripada keluarga kami"

"Okay uncle dan aunty"

Encik Alvis dan Puan Jefina senyum melihat Gavin.

"Kalaulah anak kami sopan seperti awak,pasti dia tidak akan dibenci"

"Saya berjanji akan mengubah perangai anak uncle dan aunty dan membuatkan dia jatuh cinta pada saya"

Gavin terkejut kerana perkataan 'janji' terkeluar dari mulutnya.

"Kenapa saya berterus terang tanpa ada niat pun,oh tidak!Kata-kata tak boleh ditarik semula apa lagi bila ada perkataan janji!"

Gavin bercakap di dalam hatinya.

"Kami akan ingat janji awak Gavin"

Gavin memberikan senyuman paksa pada mereka.Gavin bersalaman dengan ibu bapanya lalu mengikut Encik Alvis dan Puan Jefina ke rumah mereka.

***

Elita membuka pintu dan terkejut kerana seseorang lelaki berada di belakang ibu bapanya itu adalah orang yang hampir terlanggar dia semalam!

"Kenapa dia ikut mama dengan ayah?"

Gavin terkejut melihat Elita dan berbisik dalam hatinya.

"Dia?Perempuan yang hati busuk?Adakah saya sedang bermimpi?"

"Dialah yang akan menjadi pengawal peribadi Elita,namanya adalah Gavin"

Puan Jefina memperkenalkan Gavin kepada Elita.Elita merenung tajam muka Gavin dan menjelingnya.

"Elita tak suka bodyguard macam dia!"

Encik Alvis dan Puan Jefina terkejut dan mengalihkan pandangan ke arah Gavin.

"Kenapa Elita tak suka Gavin jadi pengawal peribadi?Apa salah dia?"

"Elita benci dia!"

Elita berjalan ke ruang tamu dan menyuruh Alden mengajaknya keluar.

Alden hanya mengikut apa yang disuruh oleh Elita tanpa bertanya sebab.

Encik Alvis melihat Elita dan Alden hendak keluar dari rumah.

"Kamu berdua nak ke mana?"

"Elita nak keluar dengan Alden, Elita benci tengok muka lelaki yang akan jadi pengawal peribadi Elita!"

Elita menjeling Gavin dan mengikut Alden sampai ke keretanya,

Gavin merenung tajam muka Elita.

Encik Alvis menepuk bahu Gavin.

"Elita selalu seperti itu, saya harap Gavin dapat bersabar dengan sikap dia"

Gavin menganggukkan kepalanya.

"Marilah masuk"kata Encik Alvis.

Mereka berjalan ke ruang tamu.

Puan Jefina memanggil pembantu rumah mereka yang sedang berada di dapur.

"Vivi!"

"Ya puan Jefina"

"Buatkan air untuk kami bertiga"

"Baiklah Puan Jefina"

Vivi memberikan senyuman manis pada Gavin.Gavin membalas dengan memberikan senyuman sehingga membuatkan Vivi cair melihat senyumannya."Kacak sungguh dia!"bisik hatinya dan berlari menuju ke dapur.

Gavin melihat Encik Alvis dan Puan Jefina sedang sibuk melihat telefon mereka.

Gavin ingin mengajak mereka berbual agar keadaan tidak sunyi.

"Cantik rumah uncle"

Tiada balasan dan mereka berdua hanya menumpukan perhatian pada telefon.

Gavin berdiam dan beberapa minit kemudian,Vivi berjalan ke ruang tamu sambil membawa teh dan kek.

Vivi menuangkan air ke dalam cawan sambil melihat Gavin.

Gavin berasa rimas kerana dipandang lama oleh Vivi.Tiba-tiba Vivi tidak menyedari air yang dituangkan ke dalam cawan itu jatuh membasahi lututnya.

"Panas!"

Vivi berlari ke dapur.

Uncle Alvis dan Puan Jefina terkejut dan melihat Vivi berlari.

Puan Jefina mengelengkan kepala melihat gelagat Vivi.

"Haih buat kerja pun menghayal!"

Vivi berlari ke ruang tamu dengan membawa lap meja.

Vivi mengelap sisa air di lantai.

"Maaf puan"

"Kalau kerja tu jangan menghayal!"

Vivi menganggukkan kepalanya.

"Baiklah puan"

Vivi berjalan ke dapur meninggalkan mereka bertiga di ruang tamu.

Gavin tersengih melihat gelagat Vivi.

***

"Kacaknya pengawal peribadi awak"kata Alden.

"Tapi saya tak suka dia jadi pengawal peribadi!"

"Awak bulilah dia"

"Haha apa? buli?"

"Ya buli.Awak buli dia sampai dia nak berhenti menjadi pengawal peribadi awak"

"Betul juga apa yang awak katakan"

Mereka berdua senyum dan Elita membayangkan cara dia akan membuli Gavin.

"Boleh hantar saya balik sekarang?"

"Boleh sayang"

Alden memegang tangan Elita dan mereka berdua masuk ke dalam kereta.

Alden memandu kereta dan menghantar Elita balik ke rumah.

Sesudah sampai di depan rumah Elita,Alden membantu Elita untuk membuka pintu.

"Besok kita jumpa lagi ya sayang"

Elita menganggukkan kepalanya mencium pipi Alden.

"Goodnight sayang,thanks for today!"

Alden mendekatkan mukanya ke bibir Elita.

Elita menutup mulutnya.

"Tak boleh!"

"Kenapa?Kita kan tak pernah buat macam tu lagi"

"Saya malu,nanti ada yang nampak"

"Tak perlu malu sebab kita akan berkhawin sayang"

Elita menutup mulutnya lagi dan Alden masih memaksanya.

Gavin pergi ke luar kerana disuruh oleh Encik Alvis untuk menjemput Elita masuk.

Elita menolak Alden apabila dia ternampak Gavin membuka pagar rumah.

"Maaf cik Elita,ayah awak yang suruh saya bawa awak masuk ke rumah"

Alden mencium pipi Elita.

"Goodnight sayang"

Alden melambaikan tangan pada Elita dan masuk ke dalam kereta.

"Gelinya"Gavin hanya berdiam dan menjadi pemerhati.Mahu sahaja dia muntah ketika melihat mereka berdua tadi.

Elita senyum melihat Alden.Selepas Alden balik,Elita masuk ke dalam rumah tanpa mengabaikan Gavin.

"Awak tak nak ucap terima kasih pada saya ke?"

Elita berhenti berjalan dan menoleh ke belakang melihat Gavin.

"For what?"

"Sebab saya tolong awak buka pagar"

Elita berpeluk tubuh melihatnya.

"Tolong?sedar diri sikit ya!Awak tu cuma penganggu faham!Saya pun boleh buka pagar sendirilah"

"Tapi tadi kan pagar berkunci,kalau saya tak tolong awak tentu saja awak tak dapat masuk"

Elita menjeling melihat Gavin dan berjalan.Gavin mengelengkan kepalanya melihat Elita.Gavin mengunci pagar dan masuk ke dalam rumah.

Gavin membaringkan badannya di katil.Dia termenung mengingati kenangan bersama Amelia.

"Dah lama kita berpisah,awak dah tukar nombor tapi awak langsung tak call dan mesej saya, kenapa Amelia?"

Gambarnya bersama Amelia diletakkan di dadanya dan dipeluk erat.

TOKK2!

Gavin terjaga dari tidurnya dan melihat jam tanggannya.

"Dah jam 12 siapalah yang ketuk pintu pula ni tak tidur lagi ke apa haih?Menganggu je orang tidur"

Gavin sambung tidur tetapi pintu masih diketuk dan lebih kuat ketukan itu. Gavin berdiri dan berjalan dengan perlahan.

Dia membuka pintu dengan perlahan dan melihat orang yang mengetuk pintu.

Gavin terkejut melihat Elita berada di depan pintu.

"Oh cik Elita pula,ada apa cik Elita nak cari saya ni?"

"Ikut saya"

"Nak pergi mana?"

"Ikut je tak payah banyak tanya!"

Gavin mengekori Elita dari belakang.

Elita menuding jari telunjuk ke luar cermin.

"Tengok tu ada orang tidur kat sana,so awak sebagai pengawal peribadi saya nak awak halau lelaki tu dari sini"

"Kenapa cik tak nak halau dia?"

Elita bercengkak pinggang melihat Gavin.

"Amboi awak nak curi tulang pula!Awak tu pengawal peribadi so awak yang sepatutnya jaga keselamatan kami kat sini!"

"Tapi bukannya orang tu masuk dalam rumah pun dia kat depan pagar je"

"Ikut jelah apa yang saya cakap!Lembab!"

"Ok cik Elita"

Gavin membuka pintu dan Elita mengikutinya dari belakang.

Elita berdiri di depan pintu melihat Gavin berjalan ke arah pagar.Gavin berasa kasihan melihat lelaki itu tidur di depan rumah Elita.

"Hi kenapa tidur kat sini?"

Lelaki itu terkejut ditegur oleh Gavin lalu lekas dia membawa barang-barangnya dan berlari.

Gavin mengabaikan lelaki itu dan berjalan ke pintu rumah.

"Dia dah pergi sekarang saya boleh sambung tidur ya cik Elita"

Baru sahaja Gavin ingin masuk tetapi dihalang oleh Elita.

"Kenapa awak tak marah dia?Jangan lembut sangat boleh tak?!"

"Kenapa?"

"Mungkin dia tu pencuri ke! kalau awak marah dia mesti dia tak akan tidur lagi kat depan rumah kami!"

"Dear cik Elita,awak tak rasa kasihan ke kat dia?Awak tak nampak ke dia berlari tadi pun hampir terjatuh sebab kaki dia dibalut mungkin juga kaki dia luka"

"Awak ni memang senang ditipu kan?Kenapa awak percaya dengan dia tu?"

"Saya tak ada cakap pun yang saya percaya kat dia,tapi sebagai manusia yang bertamadun kita mesti tegur orang dengan betul faham tak cik Elita?"

"I don't care!Awak tu tak payah nak berlagak alimlah lembab!"

"Suka hati awaklah cik Elita sama ada nak percaya ataupun tak saya tak kisah yang penting saya dapat bagi nasihat pada awak"

"Who are you want giving me advice?!"

"I'm your bodyguard and your discipline teacher"

"For me you are idiot!"

Gavin senyum melihat Elita dan menarik dagu Elita.

"I think you must have teacher to teach you about courtesy"

Gavin mengenyit mata kirinya.

Elita menepis tangan Gavin.

"Tak menggoda pun awak buat macam tu!"

"Goodnight cik Elita"

Elita menjeling Gavin dan berjalan masuk ke dalam biliknya tanpa membalas ucapan Gavin.