webnovel

MR Q DAN MR V

Ruth seorang gadis yang comel dan nakal,sifatnya agak sedikit tulus sehingga nampak kebodohan yang menlucukan,dari keluarga pertengahan,bapaknya memiliki sebuah kedai runcit separuh abad.Ruth tidak mempunyai ibu,tapi mempunyai papa dan dua orang abang yang sangat menyayanggi Ruth dengan sepenuh hati mereka.Aboy abang sulung yang bersifat lembut dan Ate yang sisi tidak pasti baik atau jahat,papa mereka seorang yang kedekut,tapi keluarganya tetap utama. Quan jiran sebelah rumah dan juga teman masa kecil Ruth yang bercita² tinggi,dia sangat pintar dan bergaya,dia seorang anak tunggal di dalam keluarga,jadi dialah harapan ibu bapanya,bapaknya menpunyai sebuah kilang makanan. Villiam seorang chef terkenal yang hemsem berkerja di sebuah restoran lima bintang di kuala lumpur bandar raya yang sibuk,bukan saja hemsem tapi juga pandai masak,satu suka bersaing dan agak romantik. Diana sahabat talam dua muka yang selalu merasakan dia lagi bagus dari Ruth,dari alam persekolahan lagi dia menanggap Ruth sebagai persaingnya dalam diam,tampa Ruth sedari Diana bermain kotor di belakangnya. Ruth dan Quan pernah bercinta,karna salah faham,mereka akhirnya berpisah dan menjalankan kehidupan masing²,di saat Ruth mengenali Villiam.Quan muncul kembali ingin bersama,pada masa yang sama Diana juga muncul sebagai penghalang untuk Quan kembali kepada Ruth.Villiam juga tidak mahu mengalah untuk memiliki Ruth,bagaimana pengakhirannya di antara mereka nanti...

FOX12 · perkotaan
Peringkat tidak cukup
37 Chs

Chapter 36

BERCUTI

Quan membawa Ruth pergi bercuti ke tempat yang dia janjikan,pada mulanya Ruth tidak mahu pergi, tetapi Quan pandai memujuk rayu dan berkata manis, hingga menbuat Ruth tiada alasan untuk menolaknya.Quan sebenarnya ingin membawa Ruth pergi dari negara M, kerana kemungkinan Villiam akan kembali mencarinya.Quan dapat merasakan apa yang akan terjadi seterusnya,dia hanya ingin menbuat isterinya tidak mendekati sesiapa pun,kadang² Quan juga cemburu bila isterinya terlalu rapat dengan kedua abangnya.Semenjak mereka berkahwin Ruth juga sudah jarang bersama keluarganya,sehingga membuat encik Tan makan hati,Ruth sering memberi alasan Quan tidak sihat.Quan seakan mengawal kehidupan Ruth tanpa Ruth sedar.

DI NEGARA J

Bercuti berdua seperti pasangan baru berkahwin,mereka boleh berjalan bersama tanpa rasa bimbang akan masalah,Quan merancang untuk tinggal di Jepun tiga bulan sambil membuat bisnes baru serta bermanja dengan isteri tercinta.Ruth juga dah berjanji yang dia tidak akan memberitahu kepada sesiapa pun tentang Quan sudah boleh berjalan, walaupun kepada ahli keluarganya.Ruth tinggal di rumah yang mereka sewa,dia mengemas rumah dan memasak makanan kegemaran Quan.Bila ada waktu terluang mereka akan bersiar² di tempat pelancongan,Quan juga membawa Ruth pergi membeli belah dan menonton wayang,sekian lama mereka berdua tidak semesra ini, kehangatan hubungan keduanya semakin terasa,mereka berdua juga sering berhubung intim selalu,seperti anak muda yang baru baligh cepat terangsang.

Hampir tiga bulan,Quan mendengar Diana akan ke negara M,dia ingin bertemu dengan Quan,Quan rasa dia tahu apa yang Diana inginkan.Villiam.Villiam menolaknya berkali² dari bertemu, Villiam memberi alasan tanpa Quan, mereka tidak akan berbincang.Villiam akan ke negara M,jadi Diana juga akan ke negara M.Quan tidak mahu lagi ada salah sangka dengannya,dia menceritakan segalanya kepada Ruth.Sekarang Diana ingin mengejar Villiam dan Quan pula takut Villiam mendekati Ruth,Ruth agak terkejut mendengar Quan tidak yakin diri, sedangkan mereka berdua sudah menjadi suami isteri, kenapa perlu rasa curiga?Quan berkata yang dia tidak dapat menjelaskan mengenai perasaannya terhadap Ruth,dia hanya berasa takut kehilangan Ruth.Quan jadi bergini kerana hal dulu,Ruth hampir saja menjadi isteri Villiam,dan saat itu hanya dia saja yang merasai perasaan sakit dan takut di dalam hatinya,bila melihat Ruth dalam pelukan orang lain.Quan meletakkan kepalanya di atas paha Ruth, keduanya tangannya memeluk pinggang Ruth kuat.Ruth dapat merasakan perasaan Quan,sama seperti saat dia mengetahui Quan di tangkap basah bersama Diana di hotel, perasaan sakit yang teramat sangat hingga dia hampir pengsan.Bila mengenangkan kembali semula semua perkara itu hanya membuat hatinya bertambah duka,Quan beruntung kerana kemalangan itu juga.Ruth kembali kepadanya,sebab jauh disudut hati Ruth,dia masih sangat menyayangi Quan,dia tidak sanggup kehilangan Quan.

Ruth berjanji Quan tidak perlu risau akan hal dia dan Villiam, Villiam memang pernah berada di hatinya,sukar untuk dia membenci Villiam yang tiada salah,kalau bukan kerana Villiam, mungkin hingga sekarang Ruth tidak tahu keadaan Quan kemalangan, sememangnya papa Ruth juga sudah tidak menerima Quan lagi.Tapi jodoh mereka masih ada dan bersama semula,dan sekarang mereka berdua merancang untuk memiliki anak,jadi Quan dan Ruth perlu berusaha lebih keras lagi.

VILLIAM KEMBALI KE NEGARA M

Setelah kerjanya selesai,Villiam bersedia kembali ke negara M dengan senan hati,dia juga menbuat temujanji dengan Quan.Diana juga turut serta setelah mendapat maklumat dari Felisha,Villiam dapat merasai sendiri apa yang Quan rasakan,di ekori oleh seseorang yang fanatik benar² terasa merimas.Diana tidak peduli dengan apa yang orang fikirkan tentangnya,dia hanya inginkan apa yang dia nak,selagi tidak dapat selagi itu dia bergitu taksub.Quan dan Ruth juga kembali dari bercuti,pada mulanya Quan menyuruh Ruth tinggal dahulu,dia akan pulang sekejap saja katanya,sebab dia belum puas berhibur di negara Jepun.Tetapi Ruth mendapat khabar dari abangnya Ate,papa mereka tidak sihat.Ruth agak risau keadaan papanya,walaupun mungkin sakit biasa.Quan tidak dapat menghalang isterinya turut pulang bersama,biarpun dia agak bimbang Ruth akan terjumpa dengan Villiam.Dan Villiam pula memang sengaja akan mencari pasal dengannya selepas ini.Rahsia Quan tidak lumpuh pun Villiam sudah tahu,bagaimana kalau Villiam menberitahu kepada Diana?Diana musuh dalam selimut,yang hanya merasa puas bila melihat musuhnya kesulitan.Quan tidak tahu apa yang akan Diana lakukan,kiranya dia tahu selama ini Quan hanya berpura.Quan merasa bimbang,dia hanya ingin melindungi Ruth dari Villiam dan Diana,keduanya benar² menbuat dia terasa pening kepala.

DI SYARIKAT QUAN

Kesemuanya sudah tiba di hari mesyuarat,seperti biasa Quan dan Villiam akan bersalam dan saling memaki dalam hati,kerana keduanya saling berpura.Quan masih duduk di atas kerusi roda,Villiam berasa kasihan kepadanya,apakah Quan tidak berasa penat sering duduk?Villiam berkata sambil tersenyum sinis,Diana dapat merasakan Villiam tidak suka kepada Quan,jadi Diana cuba menyokong Villiam terangan.Diana berkata Quan seharusnya melepaskan jawatannya kepada yang layak,Quan seharusnya berehat di rumah sambil menemani isterinya yang penganggur.Mendengar kata Diana kedua lelaki di depannya menjadi tersinggung tanpa ketahuan Diana,fikir Diana hanya ingin menbuat Quan saja marah,dia tidak tahu Villiam juga pencinta Ruth.Villiam menyatakan pendapatnya tentang Quan,walaupun Quan lumpuh,dia masih menguruskan syarikatnya dengan baik,bukan seperti orang lain yang tahu bermain dengan licik.Tersentak Diana mendengar kata² Villiam,apakah Villiam tahu apa yang dia buat,rasanya kedua lelaki ini tidak berkaitan langsung.Diana berasa curiga dengan percakapan Villiam.Diana cuba untuk tidak berfikir negatif,selesai mesyuarat kerjasama untuk menbuat kilang baru,Diana menawarkan untuk menbayar makan malam,Diana mencuba mengajak Villiam keluar makan,tetapi Villiam menolak dengan alasan untuk bertemu seseorang,bedebar hati Quan saat mendengar perbualan Villiam dengan Diana.Quan dengan cepat menghantar pesan kepada isterinya,dia mengajak Ruth pergi makan malam berdua.

DI KAFE

Tanpa Villiam sedar,Diana menghantar orang mengikutinya,untuk mengintip setiap perbuatan Villiam.Villiam dan Loy pergi menemui Lili,Lili terkejut saat melihat orang yang sudah lama dia rindu dan di benci tetiba muncul dihadapanya.Villiam seperti dulu,dia pasti akan berkata hei setiap kali bertemu dengan Lili.Lili gembira sebab Villiam masih ingat akan dia,dan Villiam masih bujang lagi,fikir Lili mungkin Villiam sukar mencari pasangan,sebab Villiam terlalu memilih.Villiam dan Loy datang untuk melihat bagaimana keadaan Lili setelah bertahun tidak berjumpa,mereka agak janggal seperti baru bertemu.Lili menawarkan minuman yang paling sedap di kafenya,Lili juga menawarkan makanan terbaik di kafenya untuk Villiam rasai,dengan harapan Villiam menberi sedikit pendapat mengenai hidangan di kafenya.Setelah merasai kesemua makanan,Villiam sangat berpuas hati,sebab itu kafe Lili begitu ramai pelanggan.Fikir Villiam tidak sia-sia dia bercerai dengan Lili,Lili boleh berdiri di atas kakinya sendiri.Villiam bertanya kalau Lili ingin mengembangkan bisnes kafenya itu,Lili menolak kerana cukup satu kafe saja,supaya dia fokus di sini.Lili tidak mahu terlalu banyak kafe hingga kualiti makanan dan minuman menjadi kurang baik kerana duit semata-mata.Villiam faham akan niat Lili,jadi dia tidak berkata banyak,kalau Lili ingin menbuka kafe lagi,Villiam pasti akan menolong Lili dengan modal yang ada padanya.Selesai makan minum,Villiam dan Loy ingin beredar,mereka ada temujanji dengan rakan lama,sebelum keluar Lili ingin memeluk Villiam.Villiam tidak menolak kerana perhubungan mereka sebelum ini.Tanpa mereka sedar ada seseorang sudah mengambil foto mereka berdua berpelukan.