webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Game
Peringkat tidak cukup
856 Chs

Sahabat Doktor

Editor: EndlessFantasy Translation

"Gemuk, jom pergi, ada satu cabaran istimewa yang aku nak kita buat bersama!" kata Zhang Yang kepada Han Gemuk selepas meninggalkan dungeon.

"Apa ganjarannya?"

"Kesan penggunaan Pembalut akan meningkat sebanyak 100%!"

"Psh, tak berbaloi!" Han Gemuk berkata dengan tidak sabar, "Si Gemuk ini ialah seorang Pemburu. Kesayangan aku akan menghadang serangan untuk aku dan aku tak perlukan sebarang pembalut! Si Kecil Yang, gadis cantik telah datang untuk berbual dengan aku lagi. Kau buat sendiri, aku tak ikut kau!"

"Tak guna!" Zhang Yang menunjukkan riak tidak puas hati.

Oleh sebab Han Gemuk menolak untuk menyertainya, Zhang Yang terpaksa bergerak sendirian. Setelah Zhang Yang meninggalkan dungeon, dia keluar dari lembah dan menuju ke arah timur. Dia merentasi beberapa hutan belantara dan akhirnya tiba di sebuah perkampungan kecil.

Dia terus berjumpa dengan Ketua Kampung dan menerima cabaran "Kehilangan Haiwan Ternakan". Kemudian, Zhang Yang meninggalkan kampung itu dan tiba di sebuah tasik yang sangat besar. Kebanyakan raksasa di sini berada di Tahap 15 dan ke atas manakala kebayakan pemain berada di Tahap 10, jadi mereka sama ada sedang menyerang Makam Bangar ataupun melakukan grind untuk membunuh Babi Hutan di Tahap 11 atau 12 di Pergunungan Babi Hutan. Kawasan ini masih lengang tanpa kehadiran pemain lain selain dirinya.

Ketika di bawah bayang-bayang gelap sebuah pokok besar, Zhang Yang berjumpa seorang lelaki tua berpakaian kot perubatan berwarna putih dan kening dan janggutnya juga putih seperti salji. Tanda "Ketua Doktor Deckard" berada di atas kepalanya.

"Orang tua, mengapa kau di sini?" Zhang Yang memulakan perbualan dengan NPC itu.

"Pengembara, aku seorang doktor di Istana Zamrud Putih! Aku sedang mencipta satu antidot dan memerlukan [Hempedu Ular Sawa] dalam jumlah yang banyak. Boleh kau kumpulkan bahan tersebut untuk aku?" kata Deckard.

"Ding! Ketua Doktor Deckard ada satu cabaran untuk anda: Kumpulkan [Hempedu Ular Sawa]. Adakah anda menerima cabaran tersebut?"

Sudah tentu dia akan lakukannya!

"Pengembara, ular sawa tersebut sangat berbisa. Binatang tersebut amat merbahaya, kamu mesti berhati-hati!" Deckard menyuarakan keprihatinannya.

Zhang Yang ingat dengan jelas NPC ini akan menghantar cabaran seterusnya yang memberikan ganjaran terhebat iaitu gelaran "Sahabat Doktor". Apabila <Pertolongan Cemas> digunakan, kesan penyembuhan Pembalut akan meningkat sebanyak 100%!

<Pertolongan Cemas> dikategorikan sebagai kemahiran sokongan yang tidak berkaitan dengan kemahiran kelas. Setiap pemain boleh mempelajari kemahiran ini dengan Pelatih Pertolongan Cemas aapabila mereka telah mencapai Tahap 20. <Pertolongan Cemas> akan membenarkan pemain untuk mencipta pelbagai jenis pembalut yang boleh menyembuhkan jumlah HP berbeza. Kemahiran ini ialah kemahiran pemulihan alternatif selain posyen bagi profesion bukan penyembuh.

Demi mencetuskan cabaran susulan, 2 syarat perlu dipenuhi: pertama, pemain mesti belum mempelajari <Pertolongan Cemas> di Ibu Kota. Kedua, pemain perlu melengkapkan cabaran pra-syarat "Kumpul Hempedu Ular Sawa" berulang-kali. Menurut pemain yang telah melengkapkan cabaran tersebut dalam kehidupan lepas Zhang Yang, dia telah melengkapkan cabaran pra-syarat ini sebanyak 99 kali!

Setelah cabaran susulan lengkap, Deckard akan kembali ke Ibu Kota sehari selepas itu yang secara teorinya bermaksud terdapat kemungkinan di mana semua pemain boleh mendapatkan ganjaran tersebut.

Sudah tentu, Zhang Yang bukan hanya mengejar ganjaran tersebut semata-mata! Terdapat sebuah peti Perak Kelabu akan muncul secara rawak di sekitar tasik ini dan ada peluang tipis peti tersebut mengandungi [Resepi: Posyen Anti-Bayangan Pemula]. Itu tujuan utamanya!

[Kumpul Hempedu Ular Sawa] (Kesukaran: C)

Keterangan Cabaran: Ketua Doktor Deckard memerlukan pertolongan anda untuk mengumpulkan 20 [Hempedu Ular Sawa] untuk membangunkan satu antidot. Raksasa akan berada di Tasik Sentosa.

Kemajuan: Kumpul [Hempedu Ular Sawa] 0/20

[Kehilangan Haiwan Ternakan] (Kesukaran: C)

Keterangan Cabaran: Ular sawa di dalam Tasik Sentosa tersebut sangat mengerikan. Mereka telah makan banyak haiwan ternakan di perkampungan ini. Pergi, bunuh mereka!

Kemajuan: Bunuh Ular Sawa Berbisa Emas 0/40

2 cabaran ini boleh dilakukan pada masa sama!

"Ambil ini. Benda ini akan membantu kau dalam cabaran itu!" Deckard memberi sebotol posyen kepada Zhang Yang.

"Ding! Anda telah dapat item [Posyen Selam]!"

[Posyen Selam] (Boleh Diminum)

Kegunaan: Membenarkan anda bernafas di dalam air selama 1 jam.

Keperluan Tahap: 10

Zhang Yang minum posyen tersebut dan satu ikon buff muncul di atas kepalanya dan membolehkan dia bernafas di dalam air.

"Toong!" Dia menyelam ke dalam tasik.

Suatu cahaya keemasan yang gelap terpancar di kiri Zhang Yang dan "-14" teks kerosakan timbul melintasi kepalanya pada masa yang sama.

Zhang Yang menyelam ke dalam air untuk mendapatkan penglihatan dalam air tasik tersebut.

Seekor ular berjalur emas berukuran 2-meter panjang yang setebal lengan telah membuka luas mulutnya dan menyusur laju menuju Zhang Yang.

Jika di darat, sudah tentu Zhang Yang dapat mengelak serangan ini. Namun, pergerakannya terbatas di dalam air, bagaimana dia mahu mengatasi ketangkasan ular tersebut?!

'Ding! Anda telah terkena <Racun Ular Sawa Emas> (Tindanan 1). Kurang 10 HP setiap 3 saat. Bertahan selama 15 saat!'

Muka Zhang Yang bertukar menjadi gelap apabila ikon debuff muncul di atas avatarnya.

[Ular Sawa Emas Berbisa] (Normal)

Tahap: 15

HP: 750

Pertahanan Zhang Yang amat tinggi, jadi kerosakan fizikal yang dialaminya sangat minima. Walau bagaimanapun, racun ular sawa itu mengenakan kerosakan ajaib, jadi ia menjadi masalah jika dia banyak terkena racun tersebut!

Zhang Yang menghunus pedangnya dan memulakan serangan sepantas yang boleh terhadap raksasa itu.

Output kerosakannya tinggi sejak dari mula dan dengan 4 peralatan baru Tembaga Hijau yang dmilikinya hari ini, HPnya telah meningkat kepada 950 mata manakala kerosakan serangannya telah mencapai 115 – 123. Amat menakjubkan!

Hanya 3 – 4 serangan sudah cukup untuk membunuh ular sawa. Zhang Yang meregangkan tangannya dan merampas hempedu dengan mudah dan bernasib baik apabila dia memperolehi 2 [Taring Ular Sawa Berbisa]. Taring tersebut bertingkat Putih 'Etc1' iaitu item yang boleh dijual untuk mendapatkan wang.

Tasik tersebut dipenuhi Ular Sawa Emas Berbisa. Zhang Yang tidak mengetahui di mana peti itu akan muncul, jadi dia perlu mengelilingi seluruh kawasan tasik.

Sejam kemudian, dia telah mengumpulkan 23 [Hempedu Ular Sawa] manakala cabaran "Kehilangan Haiwan Ternakan" sudah lama dilengkapkan. Dia telah membunuh lebih 100 ekor ular sawa!

Disebabkan buff [Posyen Selam] sudah hilang, Zhang Yang hanya boleh kembali semula kepada Deckard untuk melengkapkan cabaran.

"Pengembara berani, rakyat Istana Jed Putih tidak akan melupakan jasa baik kau!" Deckard berkali-kali memuji Zhang Yang, tetapi tidak memberikan ganjaran item sebenar kepadanya. "Pengembara, sudikah kamu membantu aku lagi?"

Bolehkah dia tidak 'sudi' untuk menerimanya? Zhang Yang mengeluh dan sekali lagi menerima cabaran yang sama .

Dia kembali semula ke tempat dia keluar dari tasik dan melompat kembali, serta memburu [Hempedu Ular Sawa] sambil mencari peti itu.

Zhang Yang sudah lupa berapa kali dia telah melengkapkan cabaran tersebut dan berapa kali dia telah mengambil [Posyen Selam] untuk membunuh ular sawa tersebut sehingga dia sudah bosan, tiba-tiba matanya bercahaya apabila terpandang sebuah peti perak di atas batu di dasar tasik itu!

Akhirnya, dia berjaya menemui peti tersebut! Tasik jahanam ini terlalu besar! Dia telah berenang untuk tempoh yang lama untuk meneroka dua pertiga tempat ini.

Namun, terdapat 4 ekor ular sawa yang mengawal peti tersebut, tetapi mereka sekadar gerombolan raksasa normal dan bukan bos ataupun elit.

Zhang Yang meletakkan sasaran pada salah satu ular sawa tersebut dan melancarkan<Serangan >, menerpa laju ke arah ular itu.

"-105!"

Lagi 3 ekor ular sawa berbisa itu berenang dengan pantas dalam percubaan menyerang Zhang Yang dengan taring berdarah mereka.

"<Hadangan >!"

"-84!"

"-84!"

"-84!" <Hadangan > menunjukkan kerosakan.

"-183!" <Hentaman Perisai>!

"-224!"

"-215!"

"-231!"

"-222!"

"-20!"

<Sambaran Mendatar> telah menyebabkan 4 teks kerosakan dan pada masa yang sama mencetuskan rantai leher <Kemurkaan Bayangan>.

2 saat kemudian, kesemua 4 ekor ular sawa itu menyerang Zhang Yang semula.

'Ding! Anda telah terkena <Racun Ular Sawa Emas> (Tindanan 1). Kehilangan 10 HP setiap 3 saat. Berterusan selama 15 saat!'

'Ding! Anda telah terkena <Racun Ular Sawa Emas> (Tindanan 2). Kehilangan 20 HP setiap 3 saat. Berterusan selama 15 saat!'

''Ding! Anda telah terkena <Racun Ular Sawa Emas> (Tindanan 3). Kehilangan 30 HP setiap 3 saat. Berterusan selama 15 saat!'

''Ding! Anda telah terkena <Racun Ular Sawa Emas> (Tindanan 4). Kehilangan 40 HP setiap 3 saat. Berterusan selama 15 saat!'

Ular sawa ini ternyata sangat rumit!

Zhang Yang fokus kepada serangan terhadap seekor ular sawa dan membunuhnya segera, diikuti ular kedua.

Zhang Yang telah terkena 5 tindanan <Racun Ular Sawa> ketika dia membunuh kesemua 4 ekor ular sawa itu. HPnya turun kepada 358 mata apabila kesan racun ular sawa itu telah lenyap. Separuh HP Zhang Yang telah hilang!

Raksasa dengan kesan DoT merupakan sesuatu yang tidak boleh diambil remeh! Zhang Yang mengeluh semasa dia membuka peti itu.

DoT, Kerosakan mengikut Masa, satu kesan kerosakan yang berterusan mengikut tempoh yang telah ditetapkan seperti racun ular sawa yang telah diterangkan di atas dan <Sumpahan Api dan Air> oleh bos kedua di Makam Bangar.

10%, 20%, 30%, … 100%!

'Tsst'. Peti itu terbuka.

Zhang Yang merampas dan –

[Paru-paru Undine]: Item Istimewa. Membenarkan anda untuk bernafas di dalam air tanpa peralatan. Item penting untuk pengembaraan santai dan pembunuhan!

Meh, walaupun ia telah mengambil satu slot dalam inventorinya, sekurang-kurangnya dia tidak perlu mencari Deckard selepas setiap satu jam.

[Cebisan Peta Harta Karun (2)] (Perak Kelabu)

Kegunaan: Kumpulkan kesemua 3 cebis peta harta karun dan dapatkan sekeping [Peta Harta Karun Lengkap ].

[Cebisan Peta Harta Karun]!

Mata Zhang Yang bersinar-sinar. Terdapat beberapa tempat harta karun dalam 'Keajaiban Tuhan', tetapi ia hanya boleh digali apabila sekeping [Peta Harta Karun Lengkap] berjaya dimiliki. Secara semula jadi, peta harta karun yang berbeza gred akan menunjukkan tempat di mana harta karun yang tertentu itu tersembunyi!

Malangnya, ada secebis sahaja dan ada lagi dua yang perlu dicari!

Sekali lagi!

[Resepi: Tali Pinggang Sutera] (Resepi Kerja Kulit)

Kegunaan: Anda akan belajar bagaimana untuk menghasilkan [Tali Pinggang Sutera].

Keperluan: Kerja Kulit Pemula

"Ding! Anda telah menerima 50 syiling perak!"

Peti tersebut bertukar lutsinar dan seterusnya hilang.

"Tiada lagi?" Zhang Yang mengeluh kerana resepi yang baru diterimanya itu bukan apa yang dia mahu!

Berbalik kepada grind!

Zhang Yang mula grind tanpa henti. Dengan [Paru-paru Undine], dia tidak perlu keluar dari tasik untuk menghirup udara, jadi dia grind sehingga 40 slot inventorinya telah penuh. Kemudian, dia keluar dari air dan melengkapkan cabaran [Hempedu Ular].

Di penghujung hari tersebut, Zhang Yang log keluar pada pukul 12 tengah malam. Dia telah melengkapkan cabaran "Kumpul Hempedu Ularl" sebanyak 14 kali. Masih panjang perjalanannya berbanding 99 kali seperti yang dikatakan oleh pemain itu. Bagaimanapun, Zhang Yang telah naik satu tahap tetapi dia masih tidak tersenarai dalam Kedudukan Tahap Pemain. Dia tertanya-tanya jika orang gila yang berada dalam kedudukan itu pernah log keluar untuk tidur atau tidak!

Nasib baik, dia masih bersemangat kerana resepi [Posyen Anti-Bayangan Pemula] masih belum ditemui. Jika tidak, sudah tentu dia hilang sabar untuk grind dan membunuh ular yang menakutkan itu berkali-kali!

Perisai dada Perak Kelabu akan muncul sekali sahaja setiap 3 hari dan ini bermaksud dia perlu grind gerombolan raksasa itu tanpa apa-apa perasaan esok.