webnovel

BAB 9

Mendengar nama Gerd , Simon seperti teringat sesuatu . Gerd adalah salah satu orang selalu ingin mempermalukan dia sewaktu sekolah menengah .

Hari ini sungguh bagus sekali bagi Simon . Dia bertemu dengan musuhnya di sini . Dia juga tahu bahawa Gerd juga terlibat dengan masalah Simon tidak mempunyai pekerjaan sampai sekarang tetapi Simon tidak mahu membuat gerakan .

Sekarang , musuh dia datang sendiri ke arah dia .

" Oh , Gerd ye. Kali terakhir aku lihat kamu ketika kamu lari dengan seluar yang dibasahi air kencing " kata Simon. Wajahnya tetap tenang berhadapan dengan Gerd .

" Kau..." Gerd hendak sangat memukul Simon . Berani sekali Simon membongkarkan aib dia sewaktu sekolah menengah . Belum sempat dia menghabiskan ayatnya , Simon bercakap semula .

" Kalau kamu tak ada urusan lagi , sila pergi dari sini " kata Simon kepada Gerd. Simon datang ke restoran untuk menjamu makan tengahari. Dia tidak mahu hilang selera disebabkan oleh Gerd .

" Aku akan lepaskan kamu kali ini " kata Gerd lalu beredar pergi bersama perempuan itu . Dia tidak mahu dipermalukan oleh Simon lagi setelah kejadian yang lalu .Gerd ingin menggunakan helah supaya Simon menderita kerana mempermalukan dia.

[ Kenapa host lepaskan dia tadi?. Dia selalu ingin mengganggu host sejak dari dulu lagi. Aku sangat geram dengan dia sejak dulu lagi ]

' Itu urusan kemudian' balas Simon kepada sistem . Simon mahu memfokuskan untuk mengembangkan perniagaannya terlebih dahulu . Setelah itu baru dia mengutuskan musuhnya satu-persatu.

Setelah dua orang itu pergi , hidangan yang dipesan Simon telah sampai dan siap untuk dihidangkan . Simon terus menjamu dengan sopan santun sekali .

_________________________

Di suatu tempat yang lain .

Di dalam pejabat di bangunan tinggi di kota itu .

" Jessica, saya belanja kamu makan malam di Restoran Melentia " kata Jega Riz . Dia telah mengejar Jessica sejak dia mula berjumpa pertama kali dengannya. Paras rupa Jessica sangat cantik dengan matanya yang bewarna biru . Ini menyebabkan Jega sangat tergilakan Jessica .

Jega selalu menggunakan pelbagai cara supaya Jessica menyerahkan dirinya kepada dia . Dia selalu memberikan pelbagai tekanan kepada Jessica setiap hari tetapi dia tidak pernah mengalah .

Jega Riz sangat dikenali ramai di kota ini kerana kelakuannya suka yang berfoya-foya dengan perempuan . Pada suatu masa juga dia pernah merogol seseorang . Walaupun mangsa telah membuat laporan polis , tiada tindakkan yang diambil disebabkan tekanan yang diberikan keluarga Jega .

Keluarga Riz adalah keluarga terkaya dan sangat berkuasa di kota ini dengan kekayaan $3.5 billion . Sejarah keluarganya sangat panjang dan sangat ditakuti dari dulu lagi .

Jega tidak tahan lagi dengan Jessica yang selalu menolaknya . Dia adalah orang yang kaya di kota itu . Ramai lagi perempuan yang nak bersama dengan dia .

" Encik Jega Riz . Kalau tiada apa-apa urusan lagi , sila keluar dari sini " teriak Jessica Teresa . Dia sudah tidak tahan lagi dengan perangai Jega. Setiap hari Jega selalu datang dan membuatnya pening kepala . Kalau bukan kerana syarikatnya baru tiga tahun berdiri , dia sudah lama memukul Jega .

Dia selalu ikut kemanapun dia selalu pergi . Dia bahawa Jega pernah berjumpa dengan ayahnya untuk menjadikannya sebagai tunang dia .

Keluarga Teresa lebih kaya dari keluarga Riz tetapi ayahnya menyetujui pertunangan itu tanpa pengetahuan dia . Ayah selalu mementingkan kekayaannya . Ayahnya menganggap Jessica seperti barangan yang boleh dijual

Lebih-lebih Jessica sangat tidak disukai oleh ahli keluarganya . Hanya datuk dari keluarga ibunya yang menyaingi dia .

Ibunya telah lama meninggal sewaktu dia berumur 3 tahun . Dua tahun setelah ibunya meninggal , ayah Jessica kahwin lagi . Perempuan yang dikahwini ayahnya sudah mempunyai anak perempuan. Adik tirinya sama umur dengan Jessica . Dia juga sangat mahir dalam pelbagai perkaea dan selalu berpura-pura . Ibu tiri dan adik tirinya sangat tidak menyukai dia dan selalu memukul dia tetapi ayahnya tidak ambil peduli .

Datuknya yang mengetahui keadaan Jessica sangat risau dengannya . Oleh itu , datuknya mula menjaga Jessica pada usia 7 tahun dan pindah ke sini pada waktu itu . Datuknya selalu mengajar dia tentang seni pertahankan diri supaya Jessica dapat melindungi dirinya.