webnovel

1.9

"Mr. Alwiz!" herdik Litany agak kuat.

Lelaki itu tiba² berpaling. Merenung wajahnya dengan sepasang mata yang dingin.

"Please.....lakukan je apa yang saya suruh atau nyawa Al dalam bahaya" bisik Alwiz dengan wajah serius.

Litany tergamam. Hancur luluh hatinya mendengar ugutan lelaki itu yang entah dah kali ke berapa. Lagi-lagi nama Al hadir menjadi umpan untuk kehendak lelaki itu, membuat dia tidak berdaya dan terpaksa akur. Dengan langkah longlai, Litany mengekori lelaki itu dari arah belakang.

Dari jauh, wajah seorang wanita kelihatan sewaktu dia melewati ruang ketibaan. Wanita itu melambai-lambai kan tangan ke arahnya. Litany membalas di celah-celah orang ramai yang bersesak di situ.

Tiba-tiba dia merasa jari-jemarinya dipaut seseorang. Litany lantas menoleh. Alwiz merenungnya sambil tersenyum. Mata lelaki itu bagaikan mengisyaratkan sesuatu. Dia mulai faham.

Lelaki itu mahukan lakonan mereka berkuat kuasa serta-merta. Mahu tak mahu dia terpaksa membiarkan tangannya dipimpin lelaki itu sambil sebelah tangan Alwiz yang lain menyorong troli bagasi.

Nak je dia lari dari dunia ni tapi otaknya masih waras untuk itu. Rasanya dirinya kini seolah-olah terkunci di dalam lautan biru. Berat dan sekaligus bingung dengan apa yang sudah terjadi.

'haisssh macam aku ni aktor je nak berlakon segala. Eei kalau aku nak pun ingat menipu tu tak berdosa ke!?'

______________________________________

Mata Hana asyik tertumpu ke arah Alwiz yang kelihatan selesa melingkarkan tangannya ke bahu Litany. Lelaki itu kelihatan cukup selamba dan bersahaja. Berbeza dengan Litany yang kelihatan resah dan serba tidak kena.

Hana menarik nafas panjang. Dia masih belum mampu mempercayai berita yang dibawa oleh anak saudaranya itu. Ada rasa aneh manjalar ke dalam kotak fikiran nya tatkala Litany memperkenalkan lelaki itu.

"Auntie, ni Alwiz," ujar gadis itu sebaik sahaja mereka bertembung di tengah-tengah kesibukan orang ramai di ruang legar ketibaan.

Hana memandang lelaki yang berada di samping Litany. Orangnya agak kacak dengan tubuh seperti atlit dan berkulit sawo matang. Seolah-olah tahu dirinya menjadi perhatian, lelaki itu lantas menghulurkan tangannya.

"Saya Alwiz Zarex," ujar lelaki itu.

Mahu tak mahu Hana menyambut huluran tangan lelaki itu sambil melirik ke arah Litany. Dia mahukan penjelasan dari gadis ini tentang siapa lelaki bernama Alwiz itu.

"Auntie, Alwiz ni...err Tany...kita... "

Litany kelihatan cukup sukar mahu melontarkan kata-kata. Dahi Hana semakin berkerut.

"Apa dia Tany?" Soal Hana lagi.

"Kami...err...kami dd..dah bertunang auntie."

"Hah, apa!?"

Hana melopong. Hampir tidak percaya. Dia merenung wajah Litany dengan mata tajam. Gadis itu kelihatan serba salah.

Apabila seorang pelayan menghantarkan minuman yang dipesan tadi, barulah Hana kembali bertenang. Nafasnya dihela perlahan.

"Okey, tell auntie exactly what is going on here?" Pinta Hana, inginkan penjelasan.

Mata Hana berlari ke arah Litany. Gadis itu terpempan. Pucat lesi.

"Betul kamu berdua dah tunang?" Soal Hana lagi sebelum sempat Litany bersuara.

Litany sudah bingung memikirkan perkara baru yang timbul di saat-saat hatinya merisaukan kehilangan Al di Metro Manila.

"Kami dah lama kenal auntie. Dah lima bulan. Kami jatuh cinta dan...dan kami ambil keputusan nak bertunang," ujar Litany dengan nafas gugup.

Litany cuba sedaya-upaya bertenang. Namun dengan kehadiran lelaki itu di sampingnya, ketenangan yang dicarinya bagaikan tidak wujud langsung.

Alwiz tiba-tiba menyentuh jari-jemari Litany lalu membawanya ke bibir. Jari-jemarinya dikucup lelaki itu agak lama.

Litany terpaku. Terkejut bercampur panik dengan reaksi romantis lelaki itu. Hana juga sudah terkelip-kelip memandang gelagat Alwiz.

"Saya dan Litany benar-benar jatuh cinta. Kami tahu kami tak sepatutnya bertunangan tanpa keizinan orang tua, tapi semuanya berlaku mendadak. Saya terlalu takut kehilangan dia. Lagipun saya fikir tentu ianya tak salah jika Al sendiri merestui hubungan kami," ujar Alwiz sambil memandang ke arah Hana.

Ekh elleh palotak kau jatuh cinta. Aku nak kata kenal kau pun tak ni apalagi nak jatuh cintah bagai. Eei nak je aku cakap kat kau yang heh takyah lah nak berlagak pandai sangat nak berlakon. Ni nak buat-buat gaya romantis pun ntah-ntah kau ikut dekat Hollywood akting punya. Ada hati nak berlakon. Dah tu tunang segala restu dengan adik aku dia cakap macam hari esok tu masih ada. Haiish bengang aku ngan makhluk sekor ni. Dari mana lah dia belajar nak tipu orang ni.

.

.

.

.

.