webnovel

Love Blue Flowers

kehidupan Naura Airina sentiasa penuh dengan buku-buku yang ditulis oleh Arif Iskandar. Bahkan dia telah menjadikan Arif Iskandar sebagai idolanya. Hinggalah dia bertemu dengan Nazrul Hadif, adik Arif Iskandar yang merupakan seorang pelajar yang bekerja di kedai buku Naura Airina. Tanpa Naura sedari, Nazrul menyimpan perasaan terhadapnya namun Nazrul tidak mampu ungkapkan kata cinta itu kerana hati Naura sudah mengukirkan nama abangnya, Arif Iskandar. Saat kali pertama, Nazrul membawa Naura ke rumahnya. Arif sudah mula mengimpikan untuk menjadikan Naura suri hatinya tetapi dia seorang lelaki yang tidak pandai meluahkan perasaan. Tanpa berfikir panjang dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sampailah dia sedia untuk memberitahu perasaanya itu.

Irlylune · Masa Muda
Peringkat tidak cukup
52 Chs

Love Blue Flowers

MI GORENG yang dimasak oleh Arif dijamu selera pabila makan bersama pada waktu itu. Masing-masing menunjukkan sisi dalaman yang jarang sekali dapat mereka lihat seperti Dania yang serba boleh itu rupanya takut pada rama-rama dan kurang aktif dalam sukan. Baru panaskan badan sahaja sudah menyuruh Adif mengambil sebotol air.

"Haiya, ini mi kenapa sedap sangat? I boleh gemuk kalau makan lagi ini mi." Ucap Encik Ng dengan begitu gembira. Arif yang sedap menjamu selera turut gembira dengan pujian itu.

"You tengok daddy you. Borak dengan besan macam nak bina bangunan besar je." Kata si Puan Nur kepada anaknya Dania. Dania mengalihkan pandangan lalu dia tersenyum saat melihat detik manis itu. Bukan main rancak Encik Luqman dan Encik Hafiz bersembang dihadapan tanah yang kira-kira 14 ekar milik sahabatnya.

"Mom nak tambah lagi?" Tanya Adif.

"Boleh juga tapi Nazrul tolong ambilkan sekali sos cili ya?" Adif mengangguk perlahan sebelum dia menuju ke meja yang dihidang pelbagai juadah yang berhampiran dengan meja makan itu.

"Kenapa panggil dia Nazrul?" Bisik Dania.

"Kenalah nampak unik sikit. Menantu mom so suka hati momlah. Lagipun nama Adif belah dia dah guna so why not guna Nazrul untuk belah kita." Sengih.

KRING! KRING! Telefon pintar Arif menganggu perbualan mereka semua pada waktu itu. Pantas Arif menjawab panggilan itu tanpa memandang nama yang ada pada skrin itu.

"Hello?" Sapa Arif.

"Hello, Arif. Ayah nak jumpa kamu petang ni kalau kamu free." Arif kerut dahi. Aik siapa pula ni?

"Ayah?" Soal Arif.

"Leka dengan anak ayah sampai lupa bapa mentua ke?" Usik Encik Abdul Dayyan. Arif tepuk dahi. Lah ayah rupanya. Dia ingatkan ayah manalah tadi. Alahai pelupa pula dia.

"Sorry ayah. Arif tak tahu ni nombor siapa itu yang pelik. Lagipun ayah selalu tukar nombor kan? Sorry ayah." Ucap Arif dengan lembut. Encik Abdul Dayyan tersenyum. Inilah menantu yang dia sayang. Lemah lembut bukan seperti haritu. Macam syaitan sahaja perangainya.

"Hah ya lah. Boleh tak kita jumpa petang ni? Ayah nak bincang tentang Naura dengan ibu." Arif mengangguk perlahan.

"Kamu angguk tu macam ayah nampak je." Aik Arif terkejut juga dengan kata-kata itu. Kalau tak nampak macam mana dia tahu?

"Boleh ayah. Ni nak jumpa kat mana? Pukul berapa? Harini Arif cuti so mungkin lepas Asar insyaAllah Arif free. Mak buyung tu susah benar nak bagi Arif keluar." Arif tersengih sambil melihat Naura sedang bersembang dengan tok wan dan encik Ng di meja makan.

"Dekat kedai mamak area rumah kamu tu. Sekejap je tak lama pun. Pukul 5 macam tu on lah."

"Okey boleh. Ayah ada apa-apa lagi ke nak cakap?"

"Kirim salam dekat semua orang. Cakap dengan Rina yang ayah minta maaf. Assalamualaikum, Arif."

Arif kembali kearah meja makan seraya ukirkan segaris senyuman yang manis. Dia menyuap kentang goreng milik Naura lalu masuk ke dalam mulutnya. Naura pula menjeling suaminya.

"Ayuk tak tahu, mak balik balik bawa kayu, tersepak punggung lembu. Ayuk kakak nangis." Usik Dania setelah melihat air mata Naura mula bergelinang di kelopak mata. Arif gelabah.

"Bini kau tu mengandung. Yang gi usik kenapa?" Marah tok wan. Pantas Arif mengisi semula pinggan Naura dengan kentang goreng bersama sosej dan kuih seri muka.

"Biasalah Arif. Orang mengandung kan banyak emosi. Ni baru sekali esoknya tiba-tiba pregnant lagi hah hadaplah kau." Kata Encik Luqman tanpa segan silu. Arif mengelap air mata isterinya lalu menyuapkan kentang goreng kedalam mulut Naura.

"Curi lagi, Naura ikat kat pokok." Naura memberi amaran keras kepada Arif. Arif mengangguk juga tanda faham dengan kata-kata Naura. Alahai niat nak mengusik terus jadi drama air mata.

"Abang, sini jap." Panggil si adik dengan lembut yang berdiri di tepi gelanggang bola keranjang yang bersebelahan dengan kolam renang. Arif mengayun kaki dan tiba dihadapan adiknya.

"Apa kau nak?" soal Arif.

"Putri call Aku lagi. Aku takut dia robohkan rumah tangga Aku lah." ucap Adif dalam nada risau. Arif tersenyum. Nampak benar Adif ingin berkahwin dengan Dania atas sebab sayang dan cinta juga ingin menjaga perasaan itu. Sebernarnya dia masih tidak percaya bahawa Adif telah berkahwin dan dia juga tidak sangka perkahwinan dia dan Naura berkekelan hingga harini.

"Nak Aku tolong ke?" Adif menggeleng. Tidak mahulah dia meminta pertolongan abang dia lagipun dia perlu belajar perkara begini dan juga dia perlu belajar untuk mengawal emosi kemarahan dihadapan isterinya.

"Aku cuma cakap je. Lagipun Aku kenalah bijak dalam hal rumah tangga ni. Ni Adif lah see my leg." Ceh yakin sahaja dia bercakap walhal bab basuh baju pun dia tidak tahu inikan tentang hal rumah tangga pula. Mujur sahajalah si Dania sudi menerima kekurangan Adif. Kalau tidak tak tahulah.

DANIA memerhati skrin telefon pintar Adif dari tadi. Dari pukul 2 hingga pukul 3 notifikasi Adif masih tidak henti berbunyi. Kalau ahli keluarganya dia tidak kisah tapi kalau Putri. Ew memang dia rasa nak tampar semua orang. Ingatkan bila block nombornya akan mengaku kalah rupanya tidak.

"Ya Allah sakitnya pinggang." Ujar Adif sambil melentokkan kepala di atas bahu isterinya.

"Asal masam je muka?" pipi Dania dicubit perlahan namun wajah Dania masih masam seperti tadi.

"Buang nombor dia please. Tukar nombor ke apa ke. Rimas lah dengan tet tet tet. Sakit hati ni." Luah Dania. Adif mengangguk perlahan dia tahu isterinya itu cemburu. Senyuman manis Adif membuatkan Dania hilang arah. Kadang-kadang ada sahaja pasang surut rumah tangga mereka. Ada kalanya Dania memarahi Adif kerana bersikap kebudak-budakan ada kalanya juga Adif cemburu saat Zixuan datang bertandang ke rumahnya tanpa diundang.

"Tadi kak Naura kata kata Nia suruh kita jagakan anak-anak dia after dia bersalin. Tapi Nia tak tahulah kenapa."

"Tak ada hal lah. Anak buah kita juga so tak kisah mana pun. Tapi kenapa tiba-tiba?" Dania angkat bahu. Manalah dia tahu kenapa kakak iparnya kata begitu. Ada juga dia hempuk kepala si suami ni. Dah sah-sah tadi dia cakap tak tahu. Alahai.

TANGAN kanan Arif bersalaman dengan tangan kanan ayah mentuanya. Arif menundukkan pandangan dia saat ternampak beberapa gadis berpakaian seksi yang lalu lalang di kedai itu. "Kalau tak selesa kita borak dalam kereta." Cadang Encik Abdul Dayyan.

"Tak apa lah ayah. Sekejap je ni."

"Dah cepat. Nanti anak ayah menangis sebab suami dia tak ada." Arif tersengih. Dia mengikut juga arahan bapa Naura. Masuk sahaja ke dalam kereta Encik Abdul Dayyan, Arif sedia untuk mendengar cerita si ayah. Sudah lama menghilang tiba-tiba sahaja datang untuk berbincang, mana tak peliknya.

"Ayah cadang nak minta maaf dengan Naura dan nak..."

Dekat 3 jam mereka berbincang tentang hal keluarga dan mereka sebulat suara untuk mengotakan janji mereka. Ini demi masa depan Naura, Puan Khalidah dan anak-anak mahupun cucu mereka. Kalau perkara buruk yang lebih baik untuk keluarga mereka maka itulah yang akan dilakukan oleh Arif dan Encik Abdul Dayyan.

NAURA AIRINA terkejut melihat buku-bukunya dicampak keluar dari rak buku yang dibeli oleh Arif. Qayyum mengutip semula buku-buku itu lalu meletak buku itu ke tempat yang asal. Gara-gara Naura Airina berkahwin dengan Arif Iskandar maka peminat setia Arif Iskandar muka mencampak semua novel Naura Airina aka Rina. Entah macam mana status Rina boleh 'terkantoi' susah payah sahaja dia membina nama sepanjang 2 atau 3 tahun ni tak sampai berapa saat dah jatuh.

"Hai saya- ni kenapa masam je?" soal Arif seraya memandang wajah Qayyum. Qayyum pula menunjuk ke arah peminat fanatik si Arif yang berada di dalam kedai.

"Why? Kau tunjuk bukan Aku faham." Marah Arif pula. Qayyum mengeluh.

"Dalam tu semua peminat Arif Iskandar dan mereka telah membuat kecoh dengan mencampak karya Naura Airina dan inilah punca isteri anda jadi begini. Saya bukan tak nak halau tapi kuasa mereka lebih tinggi daripada Saya. Sekian terima gaji."

"Kadang-kadang Naura rasa perkahwinan kita ni satu kesilapan." Ungkap Naura dalam nada kecewa.

"Sayang, awak cakap apa ni? Tak akan disebabkan hal ni sahaja awak dah cakap bukan-bukan? Awak tahukan Saya separuh mati buat yang terbaik untuk keluarga kita. Awak tahukan Saya ikhlas sayangkan awak. Dan, dan kalau awak rasa perkahwinan kita ni satu kesilapan. Means awak salahkan takdir Allah."

"Naura nak jalani hidup macam orang biasa. No more Arif Iskandar novelis just suami Naura. Doktor bedah yang tak ada fans. Just me and you."

"Awak boleh jalani hidup macam orang biasa but how about me, sayang? Berapa tahun Saya menulis? Macam mana Saya dapat jumpa awak? Awak tak ingat? Awak lupa dengan cara tu kita berjumpa, kita kenal-kenal, kita jatuh cinta dan kita berkahwin." Lengan Naura dipegang erat oleh Arif. Dia tidak mahu Naura lari membawa diri. Keadaan di kedai pula sudah kembali sunyi kerana mereka semua tertumpu pada drama dihadapan mata.

"Saya ingat Arif! Saya ingat semua tu! Cuma Saya takut salah seorang peminat jatuh di tangan awak. Macam Saya. Saya tak nak dimadukan Saya tak nak hilang Arif." Air mata mula tumpah dan itu

membuatkan Arif berasa bersalah. Pantas dia mendakap tubuh itu tanpa menghiraukan mulut disekelilingnya. Biarlah orang nak kata apa asalkan Naura Airina selamat disisi dia.

'Uish jauh benor cik puan ni fikir. Sampai jadi drama tv3 kat tepijalan ni hah. Bisik hati Qayyum seraya menggelengkan kepalanya.

BUKU DIARI Naura dibuka perlahan lalu dia menyelak ke halaman yang kosong. Setelah Arif Iskandar melelapkan mata, Naura mula berjaga kerana terlupa menulis sesuatu pada buku catatan dia. Segala emosi, setiap hari bahkan setiap tragedi yang dia lalui pasti dia mencoret di dalam buku itu.

"Bukan perempuan namanya kalau tiada rasa cemburu,

Bukan juga manusia kalau tiada perasaan,

Senyuman, tangisan, gelak tawa ini,

Akankah dia dapat menemui selepas Aku tiada?

Aku harap dia mampu mencari pengganti yang mampu menjaga dia,"

Naura tersenyum. Entah kenapa dia berasa dia akan pergi meninggalkan anak-anaknya dan Arif setelah dia melahirkan junior mereka. Anak mata jatuh kepada Arif yang mungkin diulit dengan mimpi. Kini tangan kanan suami menjadi tempat menghangatkan tangan si isteri yang kesejukan. Tanpa disedari air mata mula jatuh.

"Naura tak janji yang kita akan berjumpa lagi tapi Naura janji akan jaga diri. Mungkin Naura tak sekuat yang Arif sangkakan tapi Naura harap pengorbanan Naura ni dapat beri Arif kekuatan. Naura berjuang demikita, sayang." Lafaz sahaja kata-kata terakhir itu membuatkan Naura makin sebak.

Arif berjuang demi keluarga dia begitu juga Naura. Siapa yang akan tumpas dalam perjuangan itu? Naura atau Arif? Mungkinkah mereka akan bersama semula ataupun tidak? Love Blue Flowers yang boleh dimaksudkan dengan yang penuh misteri, istimewa begitu juga cinta yang mustahil.

Mustahil seorang lelaki dapat setia dengan seorang wanita apabila wanita tersebut mula memberontak tapi adakah Arif Iskandar lain dari lelaki itu? Begitu juga maksud setia yang terdapat dalam kisah cinta Naura dan Arif. Saling bersama walaupun ujian mula datang. Ada kalanya ujian berat itu juga dapat memisahkan mereka berdua namun untuk seketika sahaja. Tapi belum tentu penamat cerita ini akan dikatakan sebagai happy ending buat Naura Airina.

"Naura will make sure the ending of our story is very meaningful for me." senyuman manis Naura menambahkan lagi seri ibu mengandung.

Dia menuju ke arah bilik tidur disebelah bilik Qayyum. Arif memecahkan dinding disebelah bilik Qayyum bagi membina bilik buat anak-anaknya kerana urusan dia dan pihak hospital akan berjalam lagi 4 tahun kerana mereka akan menubuhkan hospital yang baharu.

"Cantik." puji Naura seraya memegang kain baju berwarna merah jambu itu.

"Sayang?" tegur Arif yang berdiri di belakang tubuh Naura. Naura tersentak.

"Comel kan?" tanya Naura yang menunjuk ke arah mainan bayi di tepi katil bayi. Arif mengangguk. Dia meletakkan dagunya di atas bahu Naura. Mainan bayi itu dipegang buat seketika.

"Sayang, kalau kita dapat anak ramai mesti best." ujar Naura dalam keadaan sebak.

"Arif kisahkan kesihatan tu. Bersalin ni libatkan nyawa juga. Jangan cakap je banyak nanti tak pasal-pasal Arif jadi duda terlebih awal." sengih.

"Duda kaya. Best tu." Naura turut bergurau dengan suaminya. Entah kenapa dia berasa akan pergi buat selamanya.

"Naura mimpi arwah mak. Mak kata dia rindukan Naura." Tangan Arif yang sedang mengemaskan bilik itu mula terhenti.

"Can I?" Naura mengangguk bagi membenarkan suaminya menyentuh pipi Naura.

"Walau apa pun terjadi. Arif tak akan tinggalkan sayang. Sebab tanpa Naura, Arif tak akan jadi Arif yang sekarang. Maybe kisah percintaan kita tak sehebat orang lain tapi bagi Arif cerita kita sangat hebat. Sebab Arif jumpa insan yang betul-betul kuat. Naura hidup dalam dunia yang mama cipta. Mama maki Naura, mama marah Naura...tapi sekarang. Jangan sekali Naura kata penat dalam perkahwinan kita. Sebab Arif ada untuk dijadikan tempat bersandar buat sayang."