webnovel

Love After Met

"Bagi saya, bintang ni umpama manusia yang paling bermakna dalam hidup saya. Sinaran cahaya yang terang , membuatkan saya ingat dekat orang yang saya sayang." "Ceh, ayat google eh? hahaha" Sara gelak selepas mendengar kata-kata dari Akif. "Ish, awak pergi masuk rumah, tidur lagi bagus" "Bagi saya pula, bintang ni membawa sinar harapan seseorang terhadap sesuatu perkara. Kalau malam tu ada bintang, adalah harapan, kalau tak ada bintang pula bukannya tak ada harapan. Tapi mungkin harapan seseorang tu tak dapat jadi realiti atas sebab-sebab tertentu." Pendapat Sara tentang bintang.

Haqi_11 · Sci-fi
Peringkat tidak cukup
9 Chs

Bab 4 : Perginya Orang Yang Disayangi

Love After Met

Akif menerima kejutan daripada Sara sempena ulangtahun kelahirannya.

"Happy birthday Akif! Semoga awak diberikan kesihatan yang baik dan menjadi seorang anak yang baik untuk ibu awak". Sara memberi ucapan kepada Akif.

"Thank you. By the way,macam mana awak tahu harini hari jadi saya?"

Akif bertanya.

"Mak yang bagitahu. Semalam mak nampak Sara masuk billik tamu masa mak keluar dari bilik.Mulanya mak fikir negatif dah. Mak pergi tengok sendiri ,Sara rupanya," Ujar mak ngah Kiah.

"Lambat lagi aku nak buat benda yang tak elok". Bisik hati Akif. Pandangan mata Akif tertumpu pada Sara. Sekali lagi Akif cair melihat keayuan Sara.

"Awak tengok apa tu?" Sara menegur Akif yang sedang angau memandang Sara.

"Bakal makmum saya". Akif menjawab dengan senyuman. "Ouh,tiang tu ya.Tinggi betul cita rasa anak mak ngah ni ya". Sara mengusik Akif.

" Haih,ada je korang berdua ni.Mak ngah nak pergi dapur jap". Mak ngah Kiah pergi ke dapur.

"Penat saya nyalakan api lilin ni,awak sempat berangan. Cepat tiup lilin". Sara membebel. "Saya harap, awak akan jatuh cinta kat saya satu hari nanti". Akif berhajat di dalam hati dan meniup lilin.

"Apa yang awak hajatkan?" Sara bertanya. Akif hanya menjawab menggunakan body language sambil mengangkat bahunya.

"Hey, saya tanya ni". Sara masih ingin tahu. "Ish awak ni,diam boleh tak? Sibuk je nak tahu hajat orang.Sekarang ni saya nak bersiap pergi balai polis,buat laporan". Akif meminta Sara untuk diam dan mengajak Sara keluar. "Awak nak buat laporan pasal apa?" Sara bertanya.

"Ada orang mencuri". Akif menjawab persoalan Sara.

"Laaaa, iya ke? Awak tak cerita kat saya pun".

Sara mula cemas. "Buat apa saya nak bagitahu awak? Awak bukan nak pulangkan pun.Dah curi hati saya,tak nak pulangkan".

"Eeee Akif.Geli lah. Awak nak pergi mana sebenarnya?" Sara bertanya lagi.

"Betul lah,saya nak pergi balai buat laporan pasal orang yang pecah masuk rumah awak tu. Kalau tak nak ikut tak apa,bye". Sekali lagi Akif menjawab pertanyaan Sara. "Nak ikut!".

Di pusat membeli belah…..

"You nak pergi mana pula ni?" Zaif menanyakan soalan kepada teman wanitanya, Erina. Mereka berdua keluar berjanji temu di pusat beli belah.

"I nak tengok-tengok baju jap". Erina menjawab pertanyaan Zaif.

Hubungan antara Zaif dan Erina sudah memasuki tahun yang ke 2. Kelihatan baik dalam perhubungan ,mereka berdua ini tampak serasi bersama. Erina yang merupakan seorang anak kepada pengusaha syarikat terkemuka tidak pernah bongkak atau sombong terhadap orang lain meskipun statusnya bagi langit dan bumi jika dibandingkan dengan orang lain. Cuma tabiatnya yang suka membeli belah dengan sakan apabila pergi ke pusat beli belah, kadangkala membuat Zaif berasa kurang selesa.

"Kita makan dulu nak tak? Perut I dari pagi tadi lagi tak berisi". Zaif mengajak Erina untuk makan dahulu. Erina menganggukkan kepala dan mengikut Zaif mencari kedai makan di dalam pusat beli belah tersebut.

"Cik nak buat laporan tentang apa ya?" Pegawai polis di balai yang dikunjungi Sara dan Akif bertanya. "Macam ni encik, semalam ada orang pecah masuk rumah saya." Sara memberi penerangan. Hampir setengah jam berada di dalam balai, Akif dan Sara pun beredar dari situ.

"Awak bagi penerangan tadi dah macam rapper,laju sangat sampai dahi pegawai polis tadi kedut seribu dengat penerangan awak". Akif menyindih Sara.

"Eeee. Suka hati sayalah nak rap ke apa. Bukan masalah awak". Sara geram dan menjentik dahi Akif.

"Auch, sakitlah. Awak ni garang sangatlah. Dah macam singa lapar". Akif mengusik Sara lagi.

"Ish! Suka sangat buat saya marah. Awak ni saja je kan buat saya marah ,lepas tu awak samakan saya dengan singa lapar. Saya ni tak hairan pun kalau orang kacau saya,tapi kalau dengan awak ni boleh gila saya jadinya". Sara membebel panjang dan Akif pula hanya diam sambil berjalan masuk ke kereta.

"Penat aku membebel, dia selamba je jalan masuk kereta". Sara bekata dalam hati sambil mengangkat keningnya. Sara mengangkat bahu dan terus masuk ke dalam kereta.

"Awak tahu tak,walaupun awak asyik marah saya macam singa lapar,awak still good looking kat mata saya". Sara tersenyum dengan kata-kata Akif itu. Akif pun ikut tersenyum melihat Sara senyum dengan kata-kata yang dikeluarkan darinya.

"Ha amik!" Sekali lagi dahi Akif dijentik oleh Sara.

"Awak ni. Sakitlah." Akif mecembeng mulut.

"Padan muka! Saya buat tu sebab awak sebut lagi singa lapar and because you make me feel like nak muntah dengar ayat macam tu".

Akif berdiam diri dan fokus pada pemanduannya.

"Lepas habis makan ni, kita balik lah iya. Saya ada hal pula kat luar". Zaif mengajak Erina pulang.

"Hm, dahlah susah nak keluar dengan you". Erina tidak mahu pulang.

"Ok fine. Kita tengok wayang dulu, lepas tu kita balik". Zaif cuba mengambil hati Erina dengan mengajaknya menonton wayang.

"Yeah, macam ni lah bf yang I sayang sangat". Erina gembira.

Zaif selalu menuruti segala kehendak Erina sehingga waktu untuk dirinya sendiri tidak cukup samada untuk belajar mahupun buat hal sendiri.

Ibu Sara menelefon.....

"Assalamualaikum Sara". Ibu Sara memberi salam.

"Waalaikumsalam ibu, ada apa ibu call Sara ni?" Sara bertanya.

"Tadi Mak Usu kamu telefon ibu. Dia bagitahu Pak Usu dah meninggal dunia." Khabar sedih dari ibu Sara yang menyatakan bahawa Pak Usu Sara telah meninggal dunia.

"Innalillahiwainnailahirojiun. Sekarang arwah kat mana ibu? " Sara bertanya lagi.

"Ada kat hospital, petang nanti baru pihak hospital bawa arwah ke sini. Kalau tak menyusahkan Sara,boleh tak ibu minta Sara balik kampung".

"Insyaallah kalau tak ada halangan, tengah hari ni Sara balik kampung.Ibu tunggu Sara tau." Sara berhasrat untuk pulang ke kampung.

"Ok Sara, ibu tunggu kamu sampai". Panggilan ditamatkan.

Air mata Sara jatuh berlinangan. Sara terlalu rapat

dengan Pak Usu nya itu semasa kecil.

"Hm awak, sabar tau. Kita kena redha dengan ketetentuan Allah, DIA lebih sayangkan Pak Usu awak". Akif cuba menenangkan Sara.

"Kak, Sara balik kampung ke?" Mak Usu bertanya kepada ibu Sara.

"Insyaallah tengah hari ni dia gerak balik kampung". Ibu Sara menjawab pertanyaan Mak Usu.

Sebaik sahaja sampai di rumah, Sara mengemas pakaiannya, sementara Akif pula tunggu di dalam kereta. Habis sahaja mengemas pakaian, Sara keluar dari rumah dan terus ke keretanya.

"Eh, kenapa pula dia start enjin kereta dia? " Akif hairan.

"Akif, apa lagi awak buat kat depan rumah saya ni?" Sara menanyakan soalan kepada Akif yang tidak pulang ke rumah lagi.

"Saya nak teman awak balik kampung. Lagipun, saya dah bagitahu mak saya and your mom already know it". Akif menjawab soalan Sara.

"Tak payahlah, baik awak ambil Comot ni, jaga dia sepanjang masa saya tak ada kat sini". Sara melarang Akif mengikut dia pulang ke kampung dan memintanya menjaga Comot ,kucing peliharaan Sara.

"Hm, iyela. Hati - hati tau bawa kereta. Jangan pandu laju sangat, nanti terbabas masuk hati saya, susah pula". Akif bergurau.

"Eeee, iyela .Bye". Sara bergerak terus pulang ke kampungnya.

Akif juga turut meninggalkan perkarangan rumah Sara dan pulang ke rumah. Kelihatan mak ngah Kiah berdiri di hadapan pintu rumah. Akif dengan mengada dengan Comot di dukungannya keluar dari kereta.

"Eh, bukan ke kamu nak temankan Sara. Tak jadi ke? " Mak ngah Kiah hairan .

"Hm, Sara kata tak payah ikut. Dia minta Akof jagakan si Comot ni ha". Akif memberitahu ibunya.

"Alah kamu pun. Bijak la sikit. Pergi je ikut dia dari belakang. Comot tu mak boleh jagakan". Mak ngah Kiah menyuruh Akif untuk mengikuti Sara ke kampung.

"Tak apa ke ni mak? " Akif risau.

"Iya Akif. Pergi cepat".

Selepas mendengar cadangan ibunya, Akif pun terus bergerak, mengikut Sara pulang ke kampung. Sara sudah 50km jauh dari Akif. Tiba - tiba enjin keretanya mati.

"Aduh, kereta buat masalah lah pula ". Sara mula panik.

Sara cuba mendapatkan bantuan. Dia cuba menghubungi mekanik berhampiran dengannya namun gagal kerana sambungan rangkaian di kawasan keretanya rosak, kurang memuaskan.

"Eh tu macam kereta..... ". Sara terlihat kereta seseorang yang menghampirinya.

♡LOVE AFTER MET♡

BERSAMBUNG