webnovel

Kau Dengar Tak?

Sedang kami semua diam tanpa kata,aku terdengar panggilan seseorang dari luar.Borhan menoleh ke arah pintu yang tidak jauh dari kami, mengisyaratkan aku untuk membukanya.

"Wuih,siapa mau buka?Indak berani aku joo.." Borhan memandangku dengan raut wajah yang begitu melucukan.Haha, rupa-rupanya rakanku yang kononnya alim ini pengecut juga rupanya.

"Pengecut ahh kau,biarlah Raffli jer yang buka," aku memandang Raffli,dengan harapan agar dia mahu menyelamatkan aku dari detik-detik mencemaskan ini.

"Heh,takde apelah.Biar aku buka,"Raffli tersenyum,aku rasa memang dia mentertawakan kami dalam hatinya.Ku rasa memang agak lucu juga tentang kes kami berdua yang penakut ini.

*Tok!Tok!*

Bunyi ketukan pintu semakin kuat.Aku dan Borhan menutup mata.Siapalah yang mengetuk itu? 'Dah pukul 8:10 kot,takkan lah masih ada orang yang datang?'fikirku dalam hati.

Sebaik sahaja tombol pintu dipulas oleh Raffli,aku menutup mata namun meninggalkan sedikit celahan ruang melalui jari-jariku agar dapat kulihat sedikit sebanyak keadaan waktu itu.

"Wuih, indak ada oranglah!" ujar Borhan selepas melihat keheningan setelah pintu dibuka.Aku membuka mata.Alahai.... Kenapa lah aku tak tidur awal tadi,tak perlulah aku berhadapan dengan situasi gila, yang seram seperti ini.

"Tak laaa,ada orang tadi,warden keselamatan.." kata-kata Raffli membuatku hairan.Gila! Aku dan Borhan tidak nampak apa-apapun tadi..

"Merepeklah kau ni Raf..Mana ada siapa-siapapun tadi," Aku merenung wajah Raffli.Ku lihat Borhan mulai pucat.Aku lantas mengatur kata bertanyakan kepadanya, "Haa? Kau pulak kenapa doe?Jangan main-main lah.."

''Indada apalah,aku O.K,yalah Mir,aku mau tidur dulu,"Borhan bingkas bangun dari kerusinya,lalu segera merebahkan badannya yang cukup tinggi itu di atas katil.

Raffli yang ku lihat tercegat di muka pintu tadi mulai berenggang juga menuju ke katilnya.Tahulah aku bahawa aku juga harus tidur.Takkan lah aku yang penakut ni nak berani-berani berjaga seorang?Tunggu semut hitam terbanglah..(1)

Sejurus ketika aku baring diatas katilku

yang bersebelahan dengan katil Borhan, aku dengar suara yang mengongoi(2) keras di tingkat atas itu memanggil aku lagi.

"Amiiir..."bisikan itu seolah-olah begitu dekat denganku.Perlahan-lahan, aku berpaling memandang Borhan..

"Kau dengar tak?"Aku mencuba untuk bersuara...

(1)Semut hitam bersayap maksudnya mustahil.

(2) menangis teresak-esak

_p/s: Hai kamuurang!Hope enjoy yaa😋 Sorry kalau ada lawak yang ndak jadi HOHOHO🤣🤣btw,tqs readers 🙂Iloveyou all😍😘